Time tak cuti, mati-mati minta cuti. Tapi bila dah cuti, aduhai~ bosan pula duduk rumah. Cuti semester tanpa perancangan memang boleh buat masa terbuang begitu saja. Jadi, kenalah bijak cari aktiviti bermanfaat supaya cuti tak sia-sia.
"Jangan dibiar masa kita itu tanpa agenda. Nanti pasti syaitan dan nafsu menyusun agenda untuk kita. Hati-hati." - unknown
Antara aktiviti masa cuti bermanfaat yang boleh dibuat sepanjang cuti semester, cuti sekolah atau cuti panjang yang lain.
Cuti Panjang? Lakukan 8 Aktiviti Ini untuk Elak Masa Terbuang!
1. Kerja Part-Time dari Rumah
Kerja part-time memang selalu masuk dalam perancangan bila cuti semester. Tapi memandangkan parents sibuk kerja, adik-adik semua sekolah, dan abang pula kerja, terpaksalah cancel plan nak kerja part-time. Akhirnya, jadi full-time babysitter kat rumah. Hahaha~
Manfaatnya, bukan saja dapat jaga adik, tapi dapat juga pahala bila ikhlas bantu keluarga. Kalau dapat kerja part-time pun, boleh tambah duit poket. Antara kerja part-time yang popular ialah buat dropship, freelance menulis, dan jaga online shop.
2. Belajar Memasak Resepi Viral
Cuti semester nie lah masa terbaik nak asah skill memasak. Hahaha. Tak kisahlah lelaki atau perempuan, memasak ni kemahiran penting! Kalau dulu belajar dari mumy, sekarang boleh je cari resepi viral dekat YouTube atau TikTok.
Masalahnya, bila bahan tak cukup atau duit pokai, memang terbantut sikit. Tapi jangan jadikan alasan. Mulakan dengan resepi mudah macam Korean garlic bread atau burnt cheesecake. Selain dapat jimat, puas hati dapat makan air tangan sendiri.
3. Membaca Buku Motivasi & Self-Improvement
Buku-buku self-improvement atau motivasi memang banyak membantu untuk perbaiki diri. Borong buku bukan main rajin, tapi nak habiskan satu buku pun liat betul.
Sepanjang cuti nie, cuba buat target baca beberapa muka surat sehari. Buku macam "Atomic Habits" atau "Rich Dad Poor Dad" antara yang popular. Kalau rajin, boleh buat review buku kat blog atau TikTok. Bukan saja menambah ilmu, tapi bagus untuk tambah konten juga!
4. Travel Bajet atau Day Trip
Bagi yang suka travel tapi bajet ciput, boleh je buat day trip kat tempat-tempat menarik yang dekat. Contohnya, pergi pantai, hiking, atau explore kafe hipster. Walaupun tak jauh, at least dapat juga hirup udara luar.
Jangan lupa update blog travel atau Instagram. Konten travel bajet memang tengah hot! Tambah pula kalau pandai edit video ringkas, memang syok.
5. Reunion dengan Kawan-Kawan
Cuti semester nie lah masa sesuai nak jumpa kawan lama. Tapi bila semua busy dengan FYP dan kerja, memang tak semua plan menjadi.
Tak perlu buat gathering besar-besaran pun. Kadang-kadang lepak minum teh tarik pun dah cukup nak hilangkan rindu. Tapi ingat, reunion nie bukan nak throwback benda negatif, tapi nak jaga silaturahim.
6. Aktiviti Kemasyarakatan & Kerohanian
Kalau tak dapat join program sukarelawan sebab kena balik kampung, cuba fokus pada aktiviti kerohanian. Contohnya, ikut kelas agama online, hafal surah pendek, atau buat solat sunat Dhuha secara konsisten.
Program sukarelawan pun bagus untuk tambah pengalaman dan skill komunikasi. Banyak NGO dan universiti buat program secara percuma. Join program macam nie dapat bantu tambah nilai diri dan pahala sekali.
7. Mulakan Bisnes Kecil-Kecilan
Nak buat bisnes kecil-kecilan masa cuti pun satu idea yang bagus. Tak perlu modal besar, mulakan dengan dropship atau pre-order barang trending kat Shopee.
Kalau ada kemahiran design, boleh cuba jual sticker atau digital products. Produk digital macam planner dan template Instagram memang tengah laku keras! Jangan lupa promote kat Instagram, TikTok, atau blog untuk tarik pelanggan.
8. Update & Optimize Blog
Untuk blogger sepenuh masa macam aku, masa cuti nie lah nak update artikel lama dan optimize SEO. Fokus pada keyword yang tengah trending dan buat backlink untuk boost trafik blog.
Cuba buat artikel tentang topik-topik evergreen macam tips SEO, review produk, atau pengalaman peribadi. Jangan lupa juga belajar sikit-sikit pasal Google Search Console dan Google Analytics untuk pantau prestasi blog.
Kesimpulan:
Setakat ini je perkongsian tentang aktiviti bermanfaat masa cuti semester. Mana-mana yang rasa sesuai, bolehlah buat masa lapang. Yang penting, jangan biarkan masa terbuang begitu saja.
Enjoy cuti korang dan jangan lupa jaga kesihatan serta keselamatan! Happy holiday minna-san!
Idea yang best! Paling penting, berfaedah...
BalasPadambljr memasak jela.. hihi
BalasPadamtak lupa tengok drama-drama yang terbengkalai
BalasPadamsama! saya pun nak belajar masak tapi bahan selalu takde pastu terus malas nak belajar masak haha
BalasPadamBelajar memasak lah
BalasPadamlepak masak2 kat dapur best jugak. dapat asah skill hehe..
BalasPadammasa untuk upgrade diri dalam bidang yang lain selain bidang pengajian
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.