Bahaya Rabies (Penyakit Anjing Gila) Terhadap Kanak-Kanak

Assalamualaikum
Bismillah

Rabies (penyakit anjing gila) adalah sejenis penyakit zoonotik bawaan virus Lyssa dari famili Rhabdoviridae. Virus ini boleh menjangkiti mamalia termasuk manusia melalui air liur gigitan haiwan yang terjangkit. Tempoh inkubasi penyakit rabies didalam haiwan adalah boleh berlaku antara 10 hari sehingga 6 bulan. 

Tanda-tanda klinikal haiwan yang terjangkit adalah perubahan kelakuan samada agresif (menyerang objek yang bergerak seperti manusia dan haiwan lain) atau monyok/dungu, lumpuh (paralysis) dan berakhir dengan kematian.


Sebenarnya kes ini pernah berlaku pada tahun 1999 di Malaysia. Walaubagaimana pun telah berlaku satu laporan kes gigitan anjing yang positif rabies sekitar tahun 2015 di Negeri Perlis. Lanjutan dari itu, dilaporkan pula satu kes gigitan anjing pada kanak-kanak di Kuala Sungai Pinang pada tahun yang sama.
Sumber: Bahagian Pengurusan Biosekuritidan SPS, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya.www.dvs.gov.my
Perkara ini sangatlah membimbangkan para ibu bapa termasuk keluarga aku. Biasalah budak-budak ini suka bermain di luar. Tambahan pula kawasan rumah aku ini banyak anjing. Oleh itu, ibu bapa kena ambil langkah berjaga-jaga terhadap keselamatan anak-anak anda. 

Sekiranya anak-anak anda diserang gigitan anjing anda haruslah tahu simptom-simptom Rabies atau penyakit anjing gila ini. Tanda-tanda awal termasuk :

  • Rasa bimbang, sakit kepala, demam, lesu dan perubahan deria di sekitar tempat gigitan.
  • Mudah terangsang, berhalusinasi dan berasa takut pada tiup­an angin (aerophobia). 
  • Sesetengahnya berasa gerun atau bencikan air (hidrofobia) disebabkan kekejangan otot kerongkong yang sakit ketika menelan. 
  • Pesakit menjadi celaru, mengalami sawan sehingga boleh membawa maut.
  • Jenis rabies yang dinamakan paralytic rabies (sawan lumpuh) mempunyai tanda dan gejala seperti kehilangan deria, lemah badan, badan berasa sakit, dan lumpuh.
Sumber rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia

Info grafik tentang Penyakit Anjing Gila 



8 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Bahaya Rabies (penyakit anjing gila) ni. Sebab tu kalau berisiko, disarankan ambil vaksin. Vaksin anjing skali. Berhati2 ya. And thanks share info penting macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yea betul tue Ainniah Zulkefli, mudah-mudahan kita dijauhkan drp penyakit yg merbahaya..

      Padam
  2. bahaya ni,info ni sangat berguna untuk orang ramai tahu
    ~ Kisahsidairy~

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. yea kak ..smoga info nie memberi manfaat kpd smua

      Padam
  4. penyakit ni datang semula... bahaya ! TQ for sharing

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama