Type Here to Get Search Results !

Permohonan Google Adsense Telah Diluluskan Buat Pertama Kali

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, belum sampai seminggu entry tentang Blog Sii Nurul Skor SEO 100% aku dikejutkan lagi dengan email daripada Google Adsense bahawa permohonan Google Adsense telah diluluskan buat pertama kali. Yuhuuuu~


Sejak akhir-akhir ini banyak sangat menerima kejutan terutama berkaitan dengan blog. Apabila SEO blog mencecah 100% tu yang aku bersemangat mahu memohon adsense pula. Dulu aku pernah memohon tetapi masa tu Blog Sii Nurul ini belum wujud. Setelah aku menggunakan blog ini, aku berfikir agak lama juga untuk memohon adsense sebab nak memohon itu mudah saja tetapi untuk Google menerima permohonan kita itu agak payah sekali.

Banyak tips yang aku baca daripada blogger lain dan aku cuba aplikasikan dalam blog sebelum aku memohon adsense. Malah aku sanggup menempah design blog baru daripada Mayy Jie supaya nampak lebih kemas. Thanks a lot to her~~ Muuaahh! I really inspire her and makes her blog as references in blogging. 

Selain itu juga setiap kali berblog aku akan baca satu-persatu entry blog aku untuk diperbaiki dari segi penulisan dan juga menambah patah perkataan. Dan aku akan pastikan bahawa blog ini tidak mempunyai unsur plagiat atau copy paste daripada blog lain. Sekiranya ada aku akan bagi kredit kat owner tu. Dari segi gambar pula, aku banyak edit gambar dan hias dengan sebaik-baiknya supaya nampak kemas dan sesuai dengan setiap entry yang telah ditulis.

Nampak tak banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum memohon adsense ini. Memang akan memakan masa jugalah untuk memperbaiki semuanya. Setelah aku berpuas hati dengan kandungan dalam blog ini, pendek kata keseluruhan blog ini aku terus memohon adsense. Alhamdulillah, permohonan Google Adsense telah Diluluskan buat pertama kali dan email diterima pada 17 Julai 2017 (Isnin).




Tadaaa~~ Gembiranyaaa

Masih terlalu awal untuk bergembira tetapi tidak salah untuk berkongsi sesama blogger kan? Manalah tahu dengan post ini dapat membangkitkan semangat, rasa tidak putus asa serta membantu rakan blogger yang lain untuk memperbaiki apa yang kurang dalam blog supaya permohonan adsense pada masa akan datang diluluskan.

Akhir kata terima kasih kepada rakan-rakan blog yang memberikan tips tentang Google Adsense. Aku doakan supaya rezeki korang untuk adsense ini dipermudahkan. Insya'Allah, Amiinn~

Catat Ulasan

50 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. tahniah nurul...

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. yup.. seronok sgat!
      Alhamdulillah.. terima kasih Amira :)

      Padam
  3. Bestnya Nurul! Tahniah 👍🏻😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha yeaa.. happy sejak lulus adsense nie haha xD
      Thanks Siqah

      Padam
  4. Tahniah nurul! akak punya google adsense pon dah approve gak..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Kak Syu.. Tahun nie google ada baik hati ckit hahaha

      Padam
  5. Tahniah tersenarai dalam bloglist mrs pip julai-ogos 2017

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Terima kasih Anum .. Alhamdulillah .. rasanya ramain permohonan adsense diluluskan..

      Padam
  7. tahniah nurul.
    maka,lebih la tanggungjwb nurul sbg blogger ekk :)
    aida pun ari tu sekali apply,da lulus. alhamdulillah.
    aida ni just try an error aje, tup tup lulus. terkezut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..
      Yeaa tak sangka juga boleh lulus.. betul tue.. Insya'Allah..
      terima kasih atas nasihatnya :)

      Padam
  8. Eh nampak nama disebut... ya Allah thank you sis, tak sangka 'i inspire, your desire' eheheheks.

    Congratulation dah dapat pasang adsense. Sis nampak ni, so klik satu kali for u! Selamat menabung dengan Adsense ya...

    BalasPadam
  9. tahniah! mesti seronok kan rasa? sama lah saya dulu dapat email dari adsense kata lulus perghhh speechless haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha yea.. masi tak bole move on ~~
      Happy cgatlah

      Padam
  10. wahh tahniah..
    bukan senang tu ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tue cik Yaya huhu.. apapun alhamdulillah ^^

      Padam
  11. Sekarang ni memang ramai dapat adsense (Y) tahniah

    BalasPadam
  12. tahniah nurul, sha pun tgh mncuba2 ni doakan sha dpt juga..byk lg perlu baiki, thts y template blog tukar haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kak Shaa ^^ ...Insya'Allah kak mudah-mudahan rezeki akak lulus adsense .. Aminn~~

      Padam
  13. Saya start lulus dengan youtube ads, lepas tu sekarang youtube punya ads dah payah nak join, syarat agak tinggi.. sekarang continue self hosted pula (blog/web)

    BalasPadam
  14. Application adsense tak berjaya lagi. Blog ni tak sampai setahun lagi dan tak banyak entri lagi agaknye. Doakan permohonan marina kali kedua berjaya

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad