Assalamualaikum
Bismillah
Hai kalian. Dah nak hujung bulan ni, jangan lupa bayar bil air dan elektrik rumah. Jangan biarkan bil-bil tersebut tertunggak berbulan-bulan nanti diri sendiri yang penat membayar tau. Kadang-kadang dalam kesibukan kita bekerja, kita lupa nak bayar bil. Nak bayar di kaunter pembayaran pula, kena berbaris dan menunggu giliran.
Panas, sesak, ramai orang lagi, buang masa, tenaga dan minyak kereta ulang-alik bayar bil. Tetapi dengan kemudahan teknologi moden sekarang, dah ramai yang bayar bil secara online kerana ianya lebih mudah dan cepat. Semuanya di hujung jari.
Baiklah, di sini aku ingin berkongsi Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks. Ikuti langkah yang berikut ya~
Langkah 1: Masukkan User ID CIMB Clicks korang dan kata laluan dengan betul
Langkah 2: Selepas log masuk ke akaun, korang akan dibawa ke muka hadapan CIMB Clicks. Klik pada menu "Pay Bills"
Langkah 3: Untuk pembayaran bil elektrik taip SESB untuk SABAH ELECTRICITY SDN BHD. Maukkan no akaun bil yang tertera pada bil.
(Maaf yg nie bil bulan lepas, korang hanya rujuk KOD STESEN & NO AKAUN sahaja)
Langkah 4: Masukkan nombor KOD STESEN dahulu, diikuti dengan nombor AKAUN. Contoh : 310110196905. Masukkan amaun yang ingin dibayar.
Langkah 5: Pastikan nama bil tersebut adalah betul iaitu merujuk kepada "Sabah Electricity Sdn Bhd(SESB)" serta nombor akaun untuk bil juga tepat. Klik "Make Payment" untuk confirm pembayaran.
DONE! Pembayaran Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks telah berjaya.
Alhamdulillah, aku sekarang memang bayar bil elektrik secara online ja. Hopefully post ini sedikit sebanyak membantu korang. Kita mudahkan urusan orang, InsyaAllah, Allah permudahkan urusan kita. :)
Sekiranya korang ada masalah dengan tutorial ini, sila komen di bawah ya ^^
liez pun byr bill utiliti atau yg mana boleh buat online.mudah dan semua dekat hujung jari. tak perlu kluar rumah atau beratur panjang
BalasPadamYea.. Skrg nie byak guna on9 ja..
Padamnice sharing nurul.. :)
BalasPadamThanks Busyra 😊
PadamTq share info.. sbb skrg dh kena guna aplikasi.. sbelum ni tak pon.. nasib baik ada yg sudi beri tunjuk ajar.. 😁
BalasPadamhaha Your welcome :)
PadamVery helpful. Thank you!
BalasPadamYour welcome :)
PadamThank you so much for your help! First time nk bayar bil elektrik di sabah. I searched for JomPay symbol at the bill, tp xjumpa. Luckily I found your blog.
BalasPadamWelcome.. Alhamdulillah, sy happy dapat m'bantu..
PadamKalai dah bayar tu kan, bapa hari masa untuk dia tolak dalam sistem sesb tu eh? Sbb saya dah bayar tp taktolak lagi kat bill sesb tu.
BalasPadamKalau kamu bayar bil 3 hari sblum bil elektrik keluar.. Don't worry, biarpun bil baru belum d'tolak.. Nti lepas kamu bayar bil yg baru nie automatik dorg akan tolak pembayaran yg kamu dah bayar.. Dorg cuma belum update saja.. Sy suggest kalau bayar 3-5 hari awal..
PadamBulika pakai credit card? Tu apa mcm ya
BalasPadamkad kredit sy tak tahu pula. sorry lah~
Padamarticel ini sgt membantu sy untuk melihat no akaun. rupanya nak kena gabungkan kod stesen dan nombor akaun. terim kasih
BalasPadamyour welcome :)
Padamterima kasih atas tunjuk ajar..
BalasPadamyour welcome :D
Padamthanks Nurul... dah try masuk semua nombor yang ada kat bill tapi tak jadi jugak. nasib jumpa blog awak... rupanya kena masuk sekali sambung dengan kod stesen.
BalasPadamAlhamdulillah.. syukurlah :)
PadamMemang normal ke dia lambat tolak pada bill yang latest. kalau pada bill yang latest ada termasuk tunggakan (sedangkan kita dah bayar) so, kita patut proceed pada bill semasa je lah kan?
BalasPadamsblum ini sy bayar agak lewat drp tarikh bil elektrik keluar, so apabila keluar bil baru pembayaran yg bulan lepas punya belum ditolak.. walaupun belum ditolak sy hanya bayar bil semasa saja sebab takkan nak bayar dua kali pula kan,, hehe .. Alhamdulillah next month punya bil semuanya telah ditolak termasuk dgn tunggakan.. Sebaiknya keluar saja bil terus bayar..
PadamTHANKS :)
BalasPadamYour Wc
Padamhello ,nak tau cara payt SESB guna credit card ?harus pergi ke counter ? tq
BalasPadamKlu dah merah blh tak lg bayar guna online
BalasPadamThank you sebab buat post ni
BalasPadamNice blog..
BalasPadamTerima kasih
PadamSy sda bye online bil elektrik bulan lepas yg berjumlah 54.80
BalasPadam.. Knapa bila smpai bil bulan ne masuk balik jumlah tu sbg tunggakan?
Sy check nama biller Dan no akaun biller mmg betul pun ..mcm mana ne?
Takkan LA mau by balik jumlah tu yg d nyatakan sbg tunggakan byr balik dgn bil bukan ne?
Cimbclicks atau sesb yg bermasalah?
Tak perlu bayar 2 kali.. Kalau mmg betul ikut tutorial nie masukkn kod stesen dan no akaun yg ada pada bil elektrik kita insyaAllah xda masalah juga..
PadamBiasanya dorg hanya lambat update ja.. Sebaiknya bayar bil sesb 1-2 minggu lebih awal supaya x t'tunggak.. Tp jgan risau utk bil lepas hanya perlu bukti resit yg kita dah bayar.. Ataupun screenshot dan print..hanya perlu bayar bil semasa tuk bulan nie ja..
Kalau next month punya bil belum d'tolak semuanya maklumkan dgn sy d'komen ya.. Sy nak tau just in case kamu salah step masa ikut tutorial nie..
Terima kasih.. sangat membantu terutamanya waktu waktu PKPB sekarang nie.. ndak perlu pergi beratur membayar..
BalasPadamSkrg dh xde num kod stesen.. Xdpt bt
BalasPadamBrp Hari baru ditolak bil slps pmbyaran online banking dibuat?
BalasPadamPembayaran akan ditolak dlm masa 3-5 hari bekerja.. Boleh semak secara online juga di OCS SESB..
PadamSya dah bayar bil secara online pada 02/12)2020 semalam,pagi 03/12)2020 bil dtg seperti biasa,tapi bila tengok still ada tunggakan bayaran yg dlu..berapa lama online banking tu di proses ya..
BalasPadamHi mau tanya .. Sy baru bayar bil online melalui cimb click juga namun sy terkurang kasi masuk satu nombor terakhir dia 🥺 suda dia tolak duit dri acc baru perasan no kurang.. Macam mana tu ya😭
BalasPadamHai sya baru saja bayar bil online melalui cimb bank click namun suda kena tolak duit baru perasan kurang satu no terakhir macam mana tu ya😭😭
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.