Assalamualaikum
Bismillah
Hilang selera makan apabila aku yang baru sahaja siapkan assignment tiba-tiba merasai seperti pintu diketuk yang agak kuat. Tiba-tiba housemate yang baru lepas mandi keluar dan bertanya
"Tikah.. kenapa aku rasa bergegar nie?" Ocha berkata dengan cemas
"I think it's earthquake!" Queenie berkata.
Tanpa berfikir panjang aku dengan pantas capai beg yang berisi dompet dan laptop bergegas turun daripada bangunan Tingkat 2. Dengan handphone di tangan bateri hanya 9% sahaja terus called family tanya kalau dorang pun rasa gegaran tersebut.
GEMPA bumi berukuran 5.2 skala Richter dengan kedalaman 5 kilometer dilaporkan berlaku di Ranau, 9.06 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi satu kenyataan berkata, gegaran berpusat di lokasi 6.1 Utara 116.6 Timur, kira-kira 16 kilometer Barat Laut Ranau. - Sumber Harian Metro
Selepas pengalaman daripada gempa bumi 3 tahun yang lalu bersamaan 5 Jun 2015, malam Jumaat yang penuh rahmat ini penduduk Sabah merasai lagi gegaran kedua yang terkuat. Trauma gempa bumi kali ke-2 menyebabkan aku tidak dapat tidur lena malam ini. Rasa mahu berjaga sepanjang malam.
Seriously, aku jenis yang cepat panik. Gempa sebelum ini pun ambil masa 2 bulan untuk aku tidur lena balik. Trauma. Bila tinggal asrama semasa tahun pertama di UMS, aku tidur kat katil double decker dan aku kat atas. Kawan di bawah katil gerak sikit aku terbangun. Huhu~
Hopefully everything is okay. 5.2 is quite strong.
Stay safe everyone.
kuat tu 5.2 skala..semoga sahabat2 dekat sabah dilindungi ALLAH SWT
BalasPadamyeaa .. Sebelum nie 6.3 lebih tak silap..
Padamsaya d LD x terasa sis... smoga baik2 ja yg ada d kk smua..
BalasPadamd LD tidak terasa ya? mungkin bahagian pantai barat ja kali..InsyaAllah smoga Allah melindungi kita semua
PadamSem0ga semuanya selamat
BalasPadamInsyaAllah smoga Allah melindungi kita semua
PadamAllah, takut dengar. harap harap semua ok kat sana
BalasPadamInsyaAllah.. Alhamdulillah semuanya baik2 ja
Padammana nyer tak trauma, nurul.
BalasPadamia adalah situasi yg sgt menakutkan.
moga selamat la semua. and moga tak la berulang sekuat itu.
InsyaAllah semuanya selamat :)
PadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.