Assalamualikum
Bismillah
Perbuatan membazir ini seringkali dikaitkan dengan makanan. Tetapi sebenarnya pembaziran boleh berlaku dalam pelbagai keadaan sama ada dari sudut makan minum ataupun pembaziran masa dan umur.
Pembaziran dari sudut makan minum secara kasarnya boleh dilihat dengan pembuangan sisa makanan ke dalam tong sampah. Tetapi bagaimana pula dengan pembaziran dari aspek umur dan masa? Kita kurang menyedari akan hal ini kerana ia merupakan pembaziran dari sudut yang tidak dilihat daripada mata kita.
10 Perkara Yang Dibazirkan Dalam Islam
- Ilmu yang dibazirkan kerana tidak mengamalkannya.
- Amalan yang dibazirkan kerana tidak melakukannya dengan ikhlas.
- Harta dibazirkan dengan tidak membelanjakan ke jalan Allah.
- Hati dibazirkan dengan tidak mengisi hati dengan cinta kepada Allah SWT & Rasulullah s.a.w
- Tubuh badan yang dibazirkan kerana tidak menggerakkan anggota badan bukan untuk beribadah kepada Allah SWT.
- Zikir dibazirkan apabila berzikir tidak terkesan di hati.
- Masa yang dibazirkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
- Cinta yang dibazirkan dengan cinta selain kepada Allah SWT.
- Kepintaran yang dibazirkan dengan tidak berfikir tentang keajaiban makhluk ciptaan-Nya.
- Kesihatan yang dibazirkan dengan tidak mensyukuri nikmat sihat sebelum sakit.
Segala nikmat Allah SWT tidak kira samada berbentuk masa, usia, harta, ilmu, tubuh badan dan sebagainya pasti akan disoal dan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT ke atas kita di akhirat kelak.
betul2.. kdg perkara tu besar tp kita nmpk kecik.. huhuh.. terima kasih ingatkan..
BalasPadamsemoga kita tidak membazir bekalan ke sana nanti..
BalasPadamTq nurul for sharing & reminding :-)
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.