Assalamualaikum
Bismillah
Ramai orang takut untuk silap. Silap dan salah kadang kala dipandang sebagai suatu yang amat negatif dalam kehidupan.
Tetapi sebagai manusia, kita tidak mampu untuk mengelak daripada melakukan kesilapan dan kesalahan.
Tidak kira sehebat manapun persiapan yang dilakukan tetap akan wujud keadaan-keadaan di mana kita melakukan kesilapan.
Ramai yang takut berbuat salah atau silap kerana merasakan ada celoreng hitam dalam perjalanan hidup. Kadang kala kita perlu buka minda kita dan memandang kegagalan itu daripada sudut pandangan yang berbeza.
Kesalahan bukanlah tanda kegagalan, tetapi justeru merupakan sebahagian penting dari proses pembelajaran.
Ada ketika kita berasa bahawa diri sudah cukup bersedia sampaikan tahap yang mungkin kita rasa sudah benar-benar memahami dalam melakukan sesuatu perkara.
Misalnya seseorang berasakan bahawa dia sudah boleh memahami setiap chapter yang dipelajari dan menghafalnya. Bagi tugasan kerja, dia merasakan bahawa dia sudah mampu untuk melakukan apa sahaja tugas-tugas yang mendatang.
Namun, tiba-tiba kita melakukan kesilapan. Apa yang kita faham adalah tidak tepat. Apa yang kita sudah siap sedia rupanya tidak kena dengan apa yang diinginkan dalam sesuatu pekerjaan.
- Kita tersalah.
- Kita gagal mendapat keputusan yang cemerlang.
- Kita gagal dalam melakukan kerja yang terbaik.
Jikalau keimanan itu bersama kita, kita akan bersangka baik dengan Allah SWT.
Kita akan melihat semula kesalahan itu.
- Mengapa aku silap?
- Di mana aku silap?
- Bagaimana aku boleh tersilap?
Apabila kita bermuhasabah, kita akan belajar sesuatu yang baru. Pengalaman dan pengajaran yang baru. Sekiranya Allah SWT izin kita tidak silap maka tidak mungkin kita akan mempelajari hikmah tersebut.
Namun dengan kasih sayang Allah SWT, Allah SWT ingin kita melihat sesuatu. Sebab itu disilapkan kita. Tidakkah kita memerhatikan?
Firman Allah SWT: Wahai orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah setiap diri melihat dan memerhatikan (muhasabah) terhadap apa yang dia sediakan (daripada amalannya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Hasyr, Ayat 18)
dalam hidup tak dapat lari dari melakukan kesilapan
BalasPadamtetapi kesilapan menjadikan kita lebih berhati-hati dan peka di masa akan datang
Thanks for advices :)
Padamkita ni manusia ,bukan malaikat so kalau ada kesilapan ke apa benda tu memang common yang penting terus baiki diri sendiri untuk jadi lebih baik
BalasPadambetul tue :)
PadamKita sebagai seorang manusia di bumi Allah, memang tidak akan lari dari kesilpan. Tiada manusia yang sempurna. Cuma adakah kita ingin belajar dari kesilapan atau terus melakukannya. Tepuk dada tanya selera
BalasPadamhttps://tarotthefool.blogspot.my/
Betul tu, sy setuju :)
PadamTiada manusia yg sempurna
Manusia memang tak lari dari kesilapan.
BalasPadamBuat silap tak salah asalkan berani mengakuinya dan membuatkan kita lebih berhati-hati di masa hadapan.
Yeaa .. buat salah & perbetulkan apa yg salah .. Tidak semestinya perlu betul saja kan .. hehe
Padamdengan kesilapan lah kita boleh betulkan segala kekurangan :)
BalasPadamYes I agree with u Busyra :D
PadamKesilapan mendewasakan kita. :)
BalasPadambetul tu ejulz
PadamAida setuju.
BalasPadamBila silap, kita sedar yg kita x sempurna.
Bila silap, ada peluang blaja bebda baru.
Bila silap, kita ingat Allah.
betl sgat kak aida
Padamorg yg tak mengaku kesilapan biasanya org yg tinggi ego, takleh terima sendiri seadanya
BalasPadamPadahal kita bisa menjadi lebih hebat kalau mau belajar dari kesalahan ❤️. Orang yg tak pernah mengakui kesalahan atau takut berbuat salah, tak akan pernah bisa berkembang
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.