Type Here to Get Search Results !

Pengalaman Kerja Sebagai Pengasuh/ Babysitter

Assalamualaikum
Bismillah

Hari tu aku ada berkongsi tentang pengalaman bekerja di sebuah Taska. Kali ini aku nak kongsi lagi pengalaman kerja sebagai pengasuh ataupun dipanggil sebagai babysitter.


Aku pernah ceritakan sebelum ini yang aku tidak boleh bekerja disebabkan oleh masalah kesihatan. Tetapi.. Aku nie sebenarnya degil juga. Once dah decided nak kerja susah nak dihalang. 

Aku kerja sebagai pengasuh selepas beberapa bulan aku berhenti kerja di Taska. Hmm, susah nak duduk diam di rumah. Apatah lagi apabila kita tidak dapat beli apa yang kita mahu. Minta topup pun segan tau dengan parents. 

Mungkin ada yang cakap rehatlah dulu, kesihatan lagi penting dan banyak dah nasihat yang diterima. Tetapi.. Susah nak buat.. Sebab harapkan parents saja tanggung 8 orang adik-beradik di rumah lagi-lagi semua pun bersekolah. Duit tidak penting, tetapi semua pun perlu duit. 

Baiklah, back to topic. Mengapa aku pilih bekerja sebagai pengasuh? Dan apa yang pengasuh selalu buat? 

Semuanya bergantung dengan majikan itu sendiri. Aku pilih kerja ini disebabkan ini sahaja kerja yang paling ringan aku boleh buat. Kerja tak banyak sangat pun, jaga budak saja berbanding di Taska kena menjaga dan mengajar sekali. Malah jaga kanak-kanak di Taska lebih ramai berbanding jadi pengasuh yang hanya perlu menjaga 1-5 orang bayi atau kanak-kanak. 

Pengalaman aku adalah aku jadi pengasuh kepada 3 orang kanak-kanak yang berumur 1 tahun, 5 tahun dan 8 tahun. Alhamdulillah, majikan aku sangat baik kerana aku tidak disuruh untuk membuat kerja rumah ataupun memasak. Memang fulltime babysitter. Makan minum dan tempat tinggal disediakan. 

Kerja sebagai pengasuh memang kena bangun awal. Kadang-kala sebelum subuh lagi dah bangun sebab majikan aku awal pergi kerja, tetapi tu bergantung dengan jenis pekerjaan majikan kita tu. 

Apa kerja yang aku buat sebagai pengasuh? Kerja aku hanya memberikan makanan dan minuman, memandikan budak, sediakan seragam sekolah, pastikan budak-budak sarapan atau makan sebelum pergi sekolah. Mostly apa yang mak kita selalu buat di rumah tu lah yang pengasuh akan buat. 

Kerja ini tidak susah bergantung dengan ragam budak. Kalau kena budak yang nakal, hyperaktif dan cerewet memang penatlah. Haha. Tetapi aku suka jadi pengasuh sebab aku akan jaga seperti aku jaga adik-adik aku. Dan aku juga boleh lihat perkembangan budak itu sendiri dan bantu untuk tingkatkan perkembangan mereka serta menilai tingkah laku. 

Walaupun gaji aku tidaklah banyak tetapi aku bersyukur at least ada juga pendapatan dan dapat bantu parents aku. Aku pilih kerja inipun sebab ini saja lah kerja aku boleh bebas untuk rehat, tidur, ataupun baring once sakit belakang aku tiba-tiba datang. Kalau kerja kat ofis, rehat 1 jam saja, baring atau tidur pun tak dapat. 

Merana tau sakit belakang then tak dapat nak baring. Malah kena tahan lagi sampai habis waktu bekerja. Itu yang membuatkan aku terpaksa memilih pekerjaan. 

Pengalaman aku kerja sebagai pengasuh hanya sebulan. Parents aku agak kurang suka dengan pekerjaan aku ini. Katanya, aku boleh dapat kerja yang lebih baik daripada itu. Aku ikut saja nasihat mereka. Tak nak lah kerja tapi tak dapat restu orang tua walaupun aku memang selesa dengan kerja tu untuk sementara. 

Itulah pekerjaan terakhir aku buat sebelum menganggur. Aku tengah sedih sekarang. Aku cuba untuk terus bersabar, mencari jalan tuk kembali sihat dan memahami hikmah terhadap apa yang berlaku dalam hidup aku. 


Mungkin sebab aku sudah terbiasa belajar berdikari dari dulu dan kurang bergantung dengan orang lain menyebabkan aku jadi kurang selesa dan berasa banyak menyusahkan orang lain apabila aku sakit.

Nasihat aku kepada sesiapa yang berminat mahu menjadi pengasuh. Please jangan pilih pekerjaan ini semata-mata kerana wang kerana yang anda jaga adalah kanak-kanak ataupun bayi. Nak jadi pengasuh kena ada sifat penyayang dan sukakan budak-budak. Apabila kerja kerana wang semata, maka tidak hairanlah ada banyak kejadian seperti dera, perbuatan jenayah dan sebagainya.

Kalau budak menangis sedikit saja nak naik angin, lebih baik pilih pekerjaan yang lain.  
Tags

Catat Ulasan

7 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Rabia kerja pengasuh jugak dulu. Tapi mmg best kak kerja jadi baby sitter ni.rabia pulak sayang kan budak2.sebab tu lah rabia ambik kos childhood ni

    BalasPadam
  2. nak layan budak2 kena ada sabar n tabah. kena pandai amek hati diorang.. i surrender dulu hihi. thats why anak2 buah semua kata kite mokcik paliing garang =P

    BalasPadam
  3. saya pernah juga jadi baby sitter dan pembantu taska masa lepas habis tingkatan 6 dulu... Alhamdulillah.. pengalaman yang indah.. sekarang, jadi baby sitter kat anak sendiri plak.. hehe

    BalasPadam
  4. Saya bekerja sebagai baby sitter juga. Budak umur 5-7-9. Tapi ternyata kene buat kerja rumah juga. Habis tu kene kerja kat rumah mak majikan saya pulak kerja rumah dia jaga budak dan juga bantu kerja lain dalam rumah tu, ditambah lagi 2 budak 4-8 tahun. Dan sekarang ditambah 2 baby lagi umur 2-3 tahun. Teruk badan, diorang tk cari org lain nak tolong. Gaji hanya 800rm satu bulan. Dan mak dia bagi saya 500 . Menurut kamu itu sepadan ke ??? Kerja 2 rumah dan jaga 7 orang budak. Tolong semangat kan saya untuk resist hingga contract kerja habis tahun depan 🥺.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin boleh fikir dua kali, awak mesti sangat penat. Kan tugas utama kita hanyalah mengasuh dan mendidik kanak2 :) Boleh juga jadi babysitter di rumah sendiri. Sangat selesa. Boleh juga buat secara sah. Ambil kursus dan daftar sebagai taska rumah. Itulah yang sebaiknya :) Btw, sekarang kursus permata asuhan ditaja (kursus ni utk beri kita kelayakan nak buka taska dan ajar kita lebih dalam ttg perkembangan kanak2). Boleh pergi di laman web ezi2care.Kalau tak kena bayar 600 😥. Buat kat rumah ni banyak sikit waktu lapang. Boleh juga sambil2 nak rehat. kita juga tak perlulah nak jadi pembantu rumah pulak di rumah orang, itu bukanya tugas kita. double penat tu. Boleh buat iklan dekat jiran2. ramai je yang cari. Saya sampai sekarang orang mintak walaupun x buat apa2 blast. Insyaallah rezeki awak ada, dan bila suasana/badan kita lebih selesa dan lebih rehat lagi banyak kita boleh put an effort utk betul2 menjaga dengan ikhlas kan, cthnya bila baby tidur, biasanya sy akan buka buku rekod perkembangan mereka(saja buat, sbb nak tengok improvement dorg💖)lihat milestone mereka, adakah mereka terlambat dari apa2 segi. jika ada, saya akan buat aktiviti rangsangan utk deria2 mereka.dan masa tu jugak boleh lap2 fence, alat2 mainan dan kawasan2 baby merangkak/jalan utk lebih bersih:) Banyak lagi tugas babysitter yg lebih bermanfaat utk bayi daripada kita menolong kerja rumah yang sebenarnya bukanlah didalam skop tugasan pengasuh.
      Pengalaman saya menjaga 3 baby sejak 2 bulan sehingga sekarang, 1 tahun 5 bulan. Its the best work ever! dah sayang sangatt dan sy buat di rumah sendiri. utk lebih selamat saya pasang fence dan pastikan tiada mainan/apa2 yg kecil di lantai. Ingat keselamatan adalah yg paling utama. jangan biasakan apa yang terbiasa tapi salah. seperti beri bayi bantal, tidurkan di katil, pakaikan mutton dll. kesemuanya mempunyai risiko yang telah dikaji akan ketidakkeselamatanya walaupun 'orang2 tua' kita selalu buat. Sebabtu kena banyak research. ( dari tempat yg betul!) bukan sekadar perkongsian ibu2 di fb. itu bukanya fakta. itu hanya pengalaman dan setiap ibu,anak dan pengalaman adalah berbeza antara satu sama lain. Harap membantu. maaf panjang :))

      Padam
  5. Memang seronok dpt jaga baby n kanak2 ank kawan kawan berhenti ngasuh abb migrain kuat sgt dan tekanan darah rendah sgt sbb tu break .skrg ngasuh ank ank sendiri je .memang betul kena prihatin n syg kn budak tu betul lau xde sifat tu susah sikit la

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad