Type Here to Get Search Results !

Beban Emosi Diserap Anak Apabila Ibu Bapa Kerap Mengeluh

Assalamualaikum
Bismillah

Mengeluh merupakan suatu bentuk ketidakpuasan terhadap sesuatu hal atau perasaan kurang menyenangkan yang dialami dalam diri seseorang samada keluhan disebabkan oleh pasangan, keadaan ekonomi, masa lalu, pekerjaan dan lain-lain.


Antara kesan negatif apabila kerap mengeluh :
  • Meningkatkan tahap tekanan dan emosi negatif dalam diri seseorang
  • Sukar untuk berfikir positif kerana berasa rendah diri dan tertekan
  • Menurunkan imunisasi dalam tubuh (menyumbang kepada pelbagai virus & penyakit)
  • Dijauhi oleh masyarakat kerana jemu bergaul dengan orang yang selalu berkeluh kesah.

father-mother-and-baby

Ibu bapa kadang kala tanpa sedar selalu mengeluh penat di hadapan anak. Menjadi seorang ibu bapa yang sabar amatlah sukar tidak kira samada ibu bapa seorang yang bekerjaya ataupun suri rumah.

Walau bagaimanapun, beban emosi daripada ibu bapa akan diserap oleh anak-anak apabila mereka kerap mengeluh. 


Hal ini demikian kerana apabila ibu bapa mengadu kepada anak penat bekerja dan perlukan rehat. Si anak akan berasa bersalah akhirnya menjauhi ibu bapa.
  • Emosi anak akan menjadi kurang stabil. Anak-anak akan berfikir bahawa kehadiran mereka adalah satu beban kepada ibu bapa.

  • Keikhlasan kita dapat dilihat apabila mengeluh.

  • Rasa percaya kepada ibu bapa semakin berkurang kerana anak-anak beranggapan ibu bapa menjaga mereka dalam keadaan terpaksa.

  • Anak-anak belum mampu menyerap tekanan emosi ibu bapa menyebabkan beban emosi itu berpindah pada anak.

Otak kita secara tidak langsung meniru suasana hati orang orang di sekitar kita, terutama orang yang menghabiskan banyak waktu dengan kita.

Sebelum balik rumah setelah seharian penat bekerja, kita perlu tinggalkan bebanan kerja. Jangan dibawa pulang. 

Apapun beban yang ada di bahu anda, cuba ketepikan. Mudah-mudahan jiwa kita akan tenteram dan tenang agar kita dapat menikmati hidup dengan bahagia bersama keluarga tersayang.

Kesimpulannya

Kehidupan di dunia sememangnya tidak pernah lekang daripada masalah, ujian dan dugaan. Kekhuatiran yang melampau akan mendatangkan tekanan pada diri. 

Pelajar akan stres jika ibu bapa terlalu mengharap keputusan peperiksaan yang terbaik, pekerja akan tekanan jika terpaksa bekerja siang dan malam, dan majikan akan stres jika tidak mampu untuk membayar gaji pekerja.

Sifat berlapang dada dalam mengahadapi masalah amat perlu dalam diri individu. Dunia ini hanya perhiasan dan akhirat adalah tempat yang kekal abadi.
 
Firman ALLAH SWT yang bermaksud;
"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan)." (Surah Al-Hadid, Ayat 20)

Peringatan dan nasihat kepada diri sendiri. Semoga bermanfaat.

Tags

Catat Ulasan

5 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Balasan
    1. Semoga kita menjadi ibu bapa yg bole bagi contoh kpd anak2 .. :)

      Padam
  2. betul tu, kalau boleh ibu bapa jangan mengeluh atau ceritakan masalah depan anak2. secara tak langsung, ia akan memberi impak negatif dan menpengaruhi fikiran anak2

    BalasPadam
  3. Ibubapa role model kpd anak2. Berilah contoh yg baik utk anak2.Jgn mengeluh dpn anak2

    BalasPadam
  4. Setujuuu. Di depan anak2, secapek apapun kita , sebaiknya tak menunjukkan itu pada mereka. Saya berusaha utk terlihat kuat depan anak2, supaya vibe yg mereka rasakan juga positif

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad