Assalamualaikum
Bismillah
Lirik Lagu Nasyid Pergi Tak Kembali - Rabbani
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana
Akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada
Lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang ke sana
all time favourite
BalasPadamyeaa.. antara lagu nasyid yg best
PadamBila dengar lagu ni je kan automatik akan rasa gerun terus ingat mati. Menusuk ke qalbu
BalasPadamBetul tue..
PadamSekarang dah tak jumpa lagu nasyid yang macam nie.. lagu nie dari remaja dah dengar.. memang membuatkan kita berfikir..
BalasPadambudak2 skrg tak tahu lagu2 nasyid.. sedih!
PadamLagu yang tak lapuk dek zaman. Sangat deep. Beri peringatan pada kita semua bahawa kita pasti mati dan hanya amalan baik yang dibawa ke 'alam' sana.
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.