Assalamualaikum
Bismillah
Ini buat pertama kalinya aku review buku. Hari ini aku review komik karya Yasuko. Beliau dilahirkan pada 2 Mac di Chiba, Jepun. Debut pertama "Perasaanku" yang diterbitkan dalam Deluxe Betsucomi pada musim panas 2002. Yasuko mempunyai 4 karya yang telah diterbitkan yang bertajuk "Lirikan Ogos", Resah Hati Tsubaki", "Cuti", dan "Biarpun Bunga Tidak Mekar".
Tajuk Buku : Dia Bohong, Aku Tipu
Karya : Yasuko
Art & Story : Kenny Chua/Kiaong
Translated : Ena
Proof Edited : Najihah Hashim/Azizan Zain
Lettering & Design : Wei Yun
Published : ART SQUARE CREATION SDN BHD
Printed : PERCETAKAN TATT SDN BHD
Edition : 1st Ed November 2015
Harga : RM10.00 (SM), RM11.00 (SS)
Muka Surat : 189
"Perempuan yang pandai tarik perhatian lelaki" "Gadis moden yang bebas". Itulah pandangan orang terhadapnya. Tapi sebenarnya Mizuki ialah... "Remaja yang rajin buat kerja-kerja rumah". Mizuki tidak mahu dianggap sebagai gedik. Tapi ada ke lelaki nak terima dirinya yang sebenar?
Buku ini mempunyai Tiga (3) Bahagian :
- Dia Bohong, Aku Tipu (Part 1-3)
- Bila Perempuan Bertemu Lelaki
- Hantu Aku
Review
Aku suka jalan cerita dia di mana Mizuki seorang perempuan yang cantik dalam kalangan remaja di sekolah dan dikatakan sebagai Ratu Sekolah Nishi. Walau bagaimanapun, Mizuki mempunyai hobi suka mengait atau membuat kraf tangan. Dia merahsiahkan hobinya kerana wajahnya yang menawan ala-ala gadis moden tidak sesuai mempunyai personaliti seperti gadis kampung yang suka dengan kerja-kerja rumah.
Ramai yang salah anggap terhadap Mizuki. Mempunyai wajah yang cantik bermaksud seorang yang sosial dan mempunyai ramai boyfriend. Itulah pandangan orang sekelilingnya.
"Rupa cantik macam ni tapi takde pengalaman bercinta? Tipulah!" "Rupa ja moden tetapi suka mengait.. tidak sesuai dengan personaliti langsung".
Itulah komen yang selalu diterima. Akhirnya belum ada apa-apa perkembangan lagi dalam perhubungan dah ditinggalkan. Suatu hari, Mizuki berpeluang untuk keluar dengan Suzuhara dari sekolah lain. Suzuhara juga seorang lelaki kacak dan sangat popular di sekolahnya.
Ramai perempuan yang sanggup tawarkan diri kepada Suzuhara untuk jadikan boyfriend kerana mengaggap bahawa Suzuhara seorang kaki perempuan. Mizuki yang cuba untuk menyembunyikan siapa dirinya yang sebenar akhirnya diketahui oleh Suzuhara.
Adakah Suzuhara dapat menerima dirinya yang sebenar? Apa pengakhiran hubungan mereka?
Komen/Pendapat
Pertama sekali, aku suka dengan karakter serta jalan cerita bagi "Dia Bohong, Aku Tipu". Kita boleh lihat dalam masyarakat kita sendiri di mana kebanyakkan orang suka "judge by appearance" seseorang. Nampak orang guna kereta besar ja katanya "orang tu mesti kaya". Asal cantik atau handsome ja mesti "ada boyfriend atau girlfriend". Nampak perempuan pakai tudung labuh saja "mesti alim nie".
Kita selalu buat tanggapan kita sendiri tanpa mengenali latar belakang seseorang itu.
Dan aku paling suka bahagian dimana Mizuki seorang yang sukakan kraftangan ataupun mengait. Kita semua mempunyai hobi masing-masing dan pentingnya mempunyai pasangan yang memahami minat serta hobi kita. Aku suka berterus terang dengan boyfriend yang aku minat tengok anime, suka blogging dan sangat suka kumpul koleksi buku serta alat tulis.
Kalau pasangan kita tu tahu minat kita tapi tak memahami malah dikatakan hobi kita tu buang masa memang tak best lah kan? Aku rasa macam terpaksa berpura-pura tidak suka dengan apa yang aku buat semata-mata mahu dia terima aku.
Terima kasih kerana sudi baca. Ini merupakan review aku yang pertama. Berminat untuk baca komik ini, boleh dibeli secara online ataupun di kedai buku berhampiran.
wahhhhhh i used to read this a lot back in the days when i was in school and i still love it ! Except these days i'd prefer to read it online. hehe
BalasPadamI loved to have the books on my own.. 😊😄
PadamSetuju dan terkesan dengan judgement orang dekat luar ni
BalasPadamYea.. Apapun abaikan ja judgement org lain kn? Hehe
Padammenarik ni :)
BalasPadamTerima kasih Ejulz 😊
PadamKomik yang menarik.. Lama tak baca yang genre macam ini..
BalasPadamTerima kasih kak sudi baca review..
PadamZaman sekolah dan uni dulu suka sunggoh komik macam ni. Tapi, selalu pinjam jerr. Tak beli sendirik. :P
BalasPadamhaha sy suka kumpul buku dari dulu lagi
PadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.