Type Here to Get Search Results !

Ajar Anak Untuk Beradab Di Rumah Orang Ketika Beraya

Assalamualaikum
Bismillah

Sebelum beraya ke rumah orang, sebagai ibu bapa kita haruslah menanam sikap menghormati antara satu sama lain ketika berkunjung ke rumah sanak-saudara. Macam mana kita mahu tetamu menghormati kita sebagai Tuan Rumah, begitulah juga adab kita sebagai tetamu ketika menziarahi rumah orang. 


Berikut adalah beberapa pesanan Taufiq Razif kepada ibu bapa tentang bagaimana hendak mengajar anak untuk lebih beradab di rumah orang ketika menyambut perayaan. 

1. Jangan minta duit raya
Nak ziarah rumah boleh. Nak tawaf satu kampung pun boleh tapi bila masuk rumah orang, jangan sekali kali minta duit raya. Kita tak tahu keadaan ekonomi tuan rumah. Jadi, makan dan minum je kuih muih yang tuan rumah hidangkan tapi ajar anak kita untuk tak meminta minta duit raya

2. Jangan buka sampul duit raya di depan tuan rumah
Membuka sampul duit raya di depan tuan rumah dan menyebut jumlah duit adalah perbuatan yang memalukan dan tak beradab pada tuan rumah. Ada orang mampu je nak bagi RM50 tapi ada orang, nak bagi 50 sen pun mereka terpaksa menyimpan sepanjang tahun.

3. Jangan intai rumah orang
Kalau dah ketuk 3 kali dan tak ada orang respon, baliklah. Itu adab bertamu. Bila ketuk rumah orang pula, jangan berdiri betul betul muka pintu, ajar anak untuk berdiri di tepi pintu supaya bila pintu tu dibuka kita tak terus nampak aurat ahli keluarga tuan rumah tu.

4. Jangan masuk ke bilik tidur orang tanpa izin
Bagitahu anak kita bahawa bilik tidur adalah tempat paling privasi bagi tuan rumah. Nak solat atau nak ke tandas sekalipun, kena minta izin dulu.

5. Jangan buka peti ais rumah orang
Ada orang mengadu kat saya haritu katanya ada anak anak tetamu datang rumahnya, buka peti ais dan minta macam macam makanan kat dalam tu 😅. Sebagai tuan rumah, kita hargai dan muliakan tetamu tetapi sebagai tetamu, kena la hormat tuan rumah. Tak boleh biarkan anak kita sesuka hati meneroka rumah orang ni.

6. Jangan usik barang tuan rumah
Musim beraya ni la orang duk pakat 'display' perhiasan termahal mereka. Pesan kat anak anak kita jangan duk usik barang orang terutamanya yang berkaca. InsyaAllah anak kecil pun boleh faham kalau kita ingatkan berkali kali

7. Jaga kelakuan
Terutamanya anak kecil yang aktif dan suka berlari tu memang kita wajib pesan untuk beringat. Kalau anak tak boleh dikawal sangat, bawa anak keluar rumah supaya mereka boleh 'channel' energi mereka di luar tapi kalau kita sendiri tak yakin boleh kawal anak kita tu sebaiknya tak bertamu pun tak apa.

Bertamu tu SUNAT hukumnya tapi menjaga kelakuan anak daripada merosakkan barang orang itu WAJIB!

p/s : Banyak cara nak kawal anak ni. Antaranya bawa mainan kesukaan mereka ketika ziarah rumah orang. Ni la 'art of distraction' yang kita kena belajar ☺️

Apapun saja nak ingatkan, tak kisahlah apa saja keadaan rumah orang, kita sebagai orang yang bertandang perlu ingat untuk beradab. Semoga bermanfaat. 

Tags

Catat Ulasan

10 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. anak-anak cermin ibu bapa, miza memang pesan berpuluh kali sebelum masuk rumah orang kalau buat perangai kenalah ketam

    BalasPadam
  2. Btul tu...budak2 skg ni dtg umah bwk fon psg video kuat2 mngganggu tuan umah gak

    BalasPadam
  3. That is rite!!!...Sy pun tiap kali nk gi beraya mesti bg reminder siap2 dkt anak2...Risau sgt kalo ade perangai yg dia buat, tuan rumah x suka..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeaa kena pesan awal2 kat anak kalau nak bertandang ke rumah org..

      Padam
  4. setakat ni alhamdulillah, anak2 tetamu semua behave. kecuali anak cousin 😂 nasib dgr ckp bila 1st sound

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha susah juga nak larang budak2 nakal nie kan..

      Padam
  5. wajib kita ajar anak adab gini.
    wajib!
    anak-anak aida bertiga, adalah anak-anak normal.
    tak reti dok diam. tgn usik sana sini.
    kanak-kanak, kan... normal la semua tu.
    kita ibu ayah yg perlu terapkan adab yg baik utk diorang bila dtg rumah org.
    jgn buat mcm rumah sendiri.
    mata tu nak kena beliak-beliak kan. jgn dok berborak, tapi anak mengganas.
    tuan rumah plak panas bontot tgk anak kita hu hu hu hu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha betul tu kak.. kalau sy ajak adik2 gi rumah org pun selalu bagi signal besarkan mata ... normal budak2 nakal.. kita sendiri kena pandai2 tgok kan..

      Padam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad