Assalamualaikum
Bismillah
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat mereka yang bergelar Muslim. Dalam kemeriahan dan kegembiaraan menyambut Hari Raya ada juga mereka yang baru kehilangan dan berduka.
Sepanjang raya ini ramai yang update kat media sosial. Apa yang aku nak kongsi di sini adalah ramai dalam kalangan kawan-kawan sekolah aku yang menyambut Hari Lebaran ini baru masuk Islam (mualaf).
Ada yang dulu free hair, pakai seksi, dan sangat bersosial, tetapi sekarang ayu, menutup aurat, selalu ikut majlis ilmu dan sebagainya. Alhamdulillah, ALLAH berikan hidayah kepada mereka.
Kadang aku rasa malu dengan diri sendiri. Bagaimana pengakhiran hidup kita?
Adakah pengakhiran hidup kita juga dalam Islam atau sebaliknya?
Kadang kita rasa sudah selesa (comfort zone) dengan keadaan atau amal kita. Tidak apa, banyak dosa macam mana, ALLAH sentiasa ampunkan. Sedangkan kita tidak tahu adakah hari esok masih ada buat kita.
Tengah sibuk menaip, bila-bila masa ALLAH boleh tarik nyawa. Belum tentu post ini dapat dipublish. Setiap saat dosa pahala sentiasa dihitung. Tetapi kenapa tidak juga sedar? (Aku tengah bercakap dengan diri aku nie).
Aku cuma rasa beruntungnya mereka.
Mudah-mudahan pengakhiran kita juga adalah pengakhiran yang baik dan diredhai.
Al-Fatihah buat arwah atuk dan nenek.
Thank you for the reminder kak Nurul! <3
BalasPadamSama2 mengingatkn..
PadamAamiin.. moga pengakhiran kita baik dan diredhai..
BalasPadamInsyaAllah aamiin
Padamyes. aida faham pe nurul sampaikan.
BalasPadamyg baru memeluk Islam semcm baby baru dilahirkan.
most of them, dari pandangan mata aida, lebih pious dari kita yg lahir sebagai Musli.
latest, yg viral is Michael Ang.
terasa kerdil diri ni. terasa insaf. aduhai...
betul tu kak Aida.. huhu
PadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.