Assalamualaikum
Bismillah
Bibir kering dan mengelupas merupakan masalah yang sangat mengganggu kaum wanita. Hal ini kerana ia membuatkan penampilan kita menjadi kurang menarik dan sukar untuk mengenakan lipstik yang sesuai.
Sekarang anda tidak perlu gusar kerana Dermal Therapy Lip Balm ini membantu melembapkan bibir kering serta menyembuhkan kulit bibir yang mengelupas teruk.
Sekarang anda tidak perlu gusar kerana Dermal Therapy Lip Balm ini membantu melembapkan bibir kering serta menyembuhkan kulit bibir yang mengelupas teruk.
- 2.5% Urea untuk membantu menambah tahap kelembapan pada kulit bibir.
- Memberi kelegaan daripada kesan sampingan pengunaan ubat-ubatan seperti yang digunakan untuk merawat jerawat, kekurangan vitamin atau kanser.
- Mengandungi mentol untuk menyejukkan dan anti-kegatalan
- Mengandungi Camphor untuk anti-bakteria
- Mengandungi Minyak Daun Cengkih (Clove Leaf Oil) untuk kesan pelega sakit 6.
- Diuji secara klinikal dan memberikan kesan yang efektif dalam masa 1 hari
Cara Menggunakan :
- Gunakan 3-4 kali dalam sehari pada bibir yang mengelupas.
- Sesuai digunakan terhadap orang dewasa dan kanak-kanak yang melebihi 12 tahun ke atas.
Kandungan Bahan (dermal therapy lip balm ingredients)
Petrolatum, Gylceryl Stearate (and) Behenyl Alcohol (and) Palmitic Acid (and) Stearic Acid (and) Lecithin (and) Lauryl Alcohol (and) Myristyl Alcohol (and) Cetyl Lacohol, Aqua, Theoborma Ccao Seed Butter, Lanolin, Urea, Cetyl Esters, Camphor, Menthol, Methyparaben, BHA, Eegenia Caryophyllus (Clove) Leaf Oil, Sucralose, Propylparaben, Aroma.
DERMAL THERAPY( Lip Balm Therapy 10g)
Harga : RM15.90
Dermal Therapy Lip Balm Review
Sebenarnya inspirasi untuk membeli Lip Balm Dermal Therapy ini adalah daripada perkongsian Merah Cekelat. Selepas membaca blog beliau maka aku pun cubalah produk ini. Alhamdulillah masalah bibir kering dan mengelupas kini dah semakin berkurang.
Sampai sekarang aku hanya pakai produk ini sahaja. Mula-mula pakai tu rasa seperti guna minyak angin sebab sejuk dan pedas gitu. Tak sampai 1 minit dah boleh nampak perubahan.
Untuk dapatkan kesan yang lebih baik kena amalkan setiap hari sebelum tidur ataupun bila-bila masa di mana jua anda perlu.
Harga pun very affordable dan boleh guna dalam jangka masa yang lama. Bukanlah guna banyak sangat, setakat calit kat bibir sikit okaylah. Harga murah dalam RM 12 – RM 15 macam tu.
Highly recommend. Aku pun jenis yang tak pakai mekap, tetapi kalau nak nampak wajah lebih berseri kenalah pakai lipstik sikit.
Korang boleh dapatkan produk ini di Watson ataupun Guardian yang berdekatan. Nak beli online pun boleh. Tips lain untuk atasi masalah bibir kering dan mengelupas adalah dengan banyakkan minum air atau memilih pelembap bibir yang sesuai.
Tidak semestinya produk ini sesuai dengan korang.
Selamat mencuba!
Kepada sesiapa yang punya tips atau pengalaman menggunakan produk lain selain ini, boleh kongsikan di ruangan komen.
(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)
Produk yang ohsem.. Pernah guna vaselin.. yang ini tak pernah lagi..
BalasPadamBoleh try ni, memang sekragbkering betul. Rimas. Pakai lip balm pon elok kejap he sobss.
BalasPadamBoleh Cuba Ni. Kdg2 bibir mama Ada masanya mengelupas juga
BalasPadamSaya dah try baru je beli, mmg bagus full recommended..
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.