Type Here to Get Search Results !

Cara Untuk Mendapatkan Rahmat ALLAH | Surah Ali 'Imran Ayat 132 - 136

Assalamualaikum
Bismillah

Surah Ali 'Imran

Surah Ali 'Imran Ayat 132 - 136



Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat. (3:132) 


Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (3:133) 


Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; (3:134) 


Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (3:135) 


Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (3:136)


Dalam Al-Quran sendiri telah diterangkan bagaimana cara untuk mendapatkan RAHMAT ALLAH SWT. Salah satunya adalah dengan :

1. Taat kepada ALLAH & Rasul-Nya
2. Bersegera dalam melakukan amal-amal kebaikan
3. Menjadi orang-orang yang bertaqwa, mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, menahan kemarahannya, memaafkan kesalahan orang, berbuat perkara-perkara yang baik
4. Orang yang melakukan dosa segera kembali kepada ALLAH & memohon keampunan.
5. Tidak mengulangi dosa yang sama (bertaubat)



Catat Ulasan

7 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. ya menarik la..

    diakui taat pada perintah Allah & RasulNya adalah cara ampuh untuk mendapat rahmat Illahi.

    In shaa Allah

    BalasPadam
  2. Waalaikumusalam.. Pengkongsian yg bermakna sangat

    BalasPadam
  3. MasyaAllah, sebenarnya ada banyak cara untuk dapatkan rahmat Allah yang Allah sendiri dah beritahu dalam Quran ") Terima kasih for sharing CIk Nurul. Semoga sentiasa dalam rahmatNya. Aameen ~

    BalasPadam
  4. Semoga iman kita sentiasa terpelihara dan dilindungi oleh Allah SWT. Amiin YRA.

    BalasPadam
  5. tqq for sharing
    semoga kita dilindungi olehNya

    BalasPadam
  6. Semoga kita dapat berusaha untuk perbaiki diri kita dalam mendapat rahmat Allah.

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad