Type Here to Get Search Results !

Terima Teguran Daripada Pembaca

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH SWT atas segala nikmat kurniaan-Nya. Nikmat yang paling berharga dan mahal sekali ialah apabila kita dikelilingi oleh orang-orang yang baik dan positif. Manusia tidak akan pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, oleh sebab itulah ALLAH hadirkan orang-orang yang baik untuk menegur kita apabila kita tersilap. Dan aku selalu ditegur oleh orang yang tidak dikenali seolah-olah malaikat datang mahu menegur kita. Sebenarnya kadang-kala aku malu dengan diri sendiri. 


Suatu ketika dulu, aku pernah menulis di blog (blog lama) yang aku marah dengan seseorang ini. Marah sebab assignment tak siap dan banyak lagi lah. Aku tulis seolah-olah orang tu lah yang salah semuanya. Apabila tulisan dah bercampur dengan emosi yang kurang stabil memang fikiran kita jadi tak waras. Walaupun aku tak selitkan kata-kata makian tetapi mungkin bagi orang yang membaca itu akan terasa dengan kata-kata aku. Orang yang aku marah tu tak tahu pun kewujudan blog aku masa tu.

Lepas tu ada seorang reader ni dia komenlah. Teguran dia tu aku baca lembut saja. Lebih kurang macam ini 
"Walaupun dia bersalah, kita tak tahu apa masalah dia. Mungkin dia tak sengaja ke nak buat macam tu. Hati-hati apabila kita nak kongsi sesuatu, takut nanti kata-kata kita akan terkena dengan diri kita sendiri." 
Masa aku baca komen dia tu, aku mengigil takut, terus aku delete entri tu dan semak balik mana-mana post kat blog aku yang kelihatan agak kasar ataupun mungkin aku tulis untuk melepaskan kemarahan aku semata-mata. Memang betul ini blog aku, suka hati aku nak post apapun. Aku rasa betul-betul bersalah masa tu, macam mengumpat pun ada juga. Sebab orang lain akan baca dan komen. Kalau pembaca pun ikut marah dengan apa yang aku cerita aku rasa perbuatan aku itu dikira mengumpat. 

Aku pernah juga ditegur oleh seseorang yang tidak dikenali, dia bagi respon dengan apa yang aku kongsi di facebook lama. Yang baiknya dia menegur aku secara personal di facebook. Katanya, post aku itu bila baca nampak macam meninggi diri. MasyaAllah. Aku tidak terfikir pun aku ada perasaan tinggi diri bila post. Tetapi mungkin itulah apa yang orang nampak pada diri kita yang mungkin kita tidak sedar.
”Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (QS. 31:18)
Apabila aku ditegur sedemikian, aku terus delete post aku tu. Astagfirullahal'azim.. Aku rasa seram sangat. Walaupun mungkin apa yang dikongsi itu ada kebenarannya aku tetap padam juga bukan sebab tak mahu terima teguran, tetapi aku cuba mengelak agar tidak menimbulkan salah faham orang yang membaca dan aku takut dipersoalkan dengan apa yang aku tulis. 

Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak akan masuk syurga siapa yang ada di dalam hatinya sedikit kesombongan.” (HR. Muslim)

Aku rasa itulah cara ALLAH beri teguran kepada aku. Dan aku bersyukur sangat kerana dikelilingi oleh pembaca yang prihatin dan positif. Aku seorang yang sangat terbuka dalam menerima teguran yang berhikmah dan membina. Ia adalah salah satu cara untuk kita memperbaiki diri kita untuk jadi lebih baik dan berhati-hati dengan apa sahaja yang kita kongsi. Terutama sekali perkongsian di media sosial dan blog. Sekarang zaman yang mana orang boleh screenshot apa yang kita tulis dan sebar fitnah. 

Terima kasih semua yang tidak putus bagi nasihat dan teguran dengan aku. Mudah-mudahan ALLAH melindungi kita semua daripada fitnah dan hasad dengki. Semoga Allah sentiasa redha. 


Tags

Catat Ulasan

8 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. allahuakhbar.. nice reminder. betul tu.. jaga2 dengan apa yang kita tulis. lisan juga sebenarnya cuma kita menaip. semoga kita sama2 ambil iktibar dan lepas ni insyallah yang baik2 saja kita tulis..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah masih ada yang peduli

    BalasPadam
  3. Setuju dgn apa yg Nurul buat selepas ditegur demikian ...kak pip pun ada masanya tersasar jg buat statement di blog , hurm ..

    BalasPadam
  4. teguran yg membina utk kebaikan bersama

    BalasPadam
  5. Seboleh2nya entri atau komen2 kita tidak membuatkan orang lain berkecil hati.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dengan adanya komen mcaam tu ia menyedarkan kita dari terus menulis mengikut perasaan kan. Thanks for sharing ye

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah, sis.. sekurang-kurangnya masih ada insan yang baik hati untuk beri teguran kerana dia taknak kita terjerumus dalam noda dan dosa.. Sebenarnya Allah hantar teguran tue melalui seseorang yang kita tak kenal ataupun baru kenal dengan kita.. =) stay positive dengan teguran orang, sebab itulah cara Allah hantar teguran dariNya...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.. Ada bagusnya komen sebegitu ditinggalkan di ruangan komen, sekurang-kurangnya kita sedar dengan kesalahan yang kita buat secara tak sengaja iaitu, lepaskan kemarahan melalui blog. Yes, blog tu blog kita, kita boleh taip apa yang kita nak nak puji ke nak marah ke sedih ke tapi semua tu ada limit dia.

    Alhamdulillah sekali lagi dan terima kasih kepada yang menegur. Bangga jugak dengan Nurul, boleh terima teguran dengan baik. Your parents mesti bangga dengan Nurul.

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad