Type Here to Get Search Results !

Yeeahh!! Berjaya Rendahkan Bounce Rate!!

Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys.. aku senang hati beberapa hari ini kerana akhirnya aku berjaya rendahkan Bounce Rate blog! Yuhhuuuu~ Lepas nie target nak maintain UV, PV dan BR saja. 

Bounce rate from 81.44% to 61.70%

Aku terkejut dapat notification kat Google Analytics bahawa Bounce Rate blog aku menurun sejak 16 September sehingga ke hari ini. Apa itu bounce rate? Mungkin ada yang masih tak tahu kepentingan menjaga bounce rate blog. 

Ini berdasarkan apa yang aku faham. Bounce rate adalah kayu ukur ataupun tahap kepuasan pembaca blog kita. Semakin lama pembaca berada di blog kita, maka lebih baik. Ia akan merendahkan bounce rate blog. Kemungkinan untuk bounce rate menjadi tinggi sebab pembaca hanya datang sekali ke blog then terus keluar tanpa membaca artikel yang lain. 

Tetapi aku kurang bersetuju juga kalau nak kata blog seseorang tu kurang menarik pembaca untuk lebih lama dalam blog. Bagi aku mungkin pembaca hanya ingin mencari maklumat yang tepat dan apabila dapat info yang diinginkan dorang dah tak baca artikel yang lain. 

Walaupun blog aku banyak berkongsi infomasi tentang psikologi panjang berjela, end up lepas habis baca ramai yang contact aku by email, whatsapp atau instagram untuk bertanya lebih lanjut tentang info tersebut. Tapi sebenarnya maklumat yang lain dorang tanya tu dah ada dalam blog aku pun. 

Apa yang aku nak sampaikan di sini bounce rate tu bukanlah pengukur sebenar blog kita menarik atau tidak. Ramai je blogger yang bounce rate tinggi tetapi berkongsi banyak info yang bermanfaat dan menarik. Tetapi tipulah kalau aku kata aku tak nak bounce rate blog rendah. hehe~

Ini tips macam mana nak rendahkan Bounce Rate cara aku...

  • Banyak membaca tips daripada blogger Otai seperti Hasrul Hassan, Sayidah Napisah, Mamappie, Wayne Harraz, Sis Hawa dan banyak lagi. 
  • Tulis artikel yang panjang dan padat. Kalau boleh buat entri yang berkualiti lebih baik.
  • Tingkatkan kemahiran SEO, Google Analytics, dan keywords.
  • Pasang RELATED POST.
  • Loading blog yang laju

Aku pun banyak lagi nak belajar. Sikit saja yang aku dapat kongsi dengan korang. Apapun semoga entri ini memberi semangat dan motivasi kepada blogger lain yang berusaha untuk rendahkan bounce rate blog. Aku harap ia sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pembaca. 

Kalau aku boleh buat, InsyaAllah korang pun pasti boleh!



Tags

Catat Ulasan

18 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. BAru 1st time dgar pasal bounce rated ni. nmpk sgt blogging asal boleh je haha. Btw tahniah nurul!

    BalasPadam
  2. wah tahniah.. nice sharing! moga teruk sukses.. done follow sini #593

    BalasPadam
  3. blog ni pun kira otai dah.. sebab ada adsense.. hehehe.. follow sini..

    BalasPadam
  4. Congrats! Bounce rate I banyak jatuh lepas tak berblog

    BalasPadam
  5. tahniah. bukan senang nak orang duduk lama-lama di blog kita kan. bounce rate 60% ni nice dah

    BalasPadam
  6. Info baru untuk saya yang masih newbie dalam blogging, thank you!!!

    BalasPadam
  7. sy tak ambik tahu bab ni hahaha
    baru tahu lepas baca entri ni..thanks for sharing ya!

    BalasPadam
  8. tahniah, banyak turun tu, akak pun tengah nak menurunkan BR, yang pasti kena banyak membaca dan terus apply kat blog kan

    BalasPadam
  9. tak pernah alert sangat dengan benda ni..
    tapi lepas ni boleh belajar dan kasi faham betul2..

    BalasPadam
  10. Eza baru start blogging. Baru tau ada bounce rate ni. Terima kasih k awak share benda ni.

    BalasPadam
  11. Tahniah berjaya turunkan bounce rate. banyak penurunan tu.

    BalasPadam
  12. Cik TK punya selalu lingkungan 70%-80%, tak reti nak turunkan. huhuuuu~ Thanks for the tips! Nanti Cik TK cuba untuk apply.

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad