Type Here to Get Search Results !

Cara Bayar Pinjaman PTPTN Melalui Cimb Clicks

Assalamualaikum
Bismillah

Pada 14 Oktober aku telah menerima Notis Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Aku percaya ramai graduan yang graduate 2018 menerima notis yang sama. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki aku untuk bulan ini. Hasil daripada berblog aku dapat membayar sedikit hutang PTPTN untuk bulan ini. 

Sekarang ini ada banyak cara untuk bayar PTPTN. Cuma untuk hari ini aku hanya berkongsi Cara Bayar Pinjaman PTPTN Melalui Cimb Clicks sahaja. 

Kepada yang bercadang ingin membayar balik pinjaman PTPTN secara online melalui Cimb Clicks, korang boleh ikut langkah yang aku tunjukkan kat bawah okay. 


1. Layari laman web CIMB Bank Berhad https://www.cimbclicks.com.my

2. Masukkan Login ID dan Password anda.

3. Pilih Pay Bills

4. Taip PTPTN. Dua pilihan akan dipaparkan. Pilih Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan.

5. Masukkan Nombor IC anda (peminjam). 

  • Borrower IC Number : Contoh: 880921146889

6. Masukkan Nombor Telefon yang aktif. 

  • Telephone Number : Contoh:01123456789

7. Pilih Akaun Simpanan anda. 

8. Masukkan Amaun (RM) yang hendak dibayar. 
  • Amount (RM): Contoh : RM200

9. Klik Make Payment untuk teruskan pembayaran. 


10.Pastikan bayaran kepada adalah Betul

11.Klik Request bagi permintaan TAC Number

12.TAC Number akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan pihak bank. Masukkan TAC Number tersebut dalam ruangan berkenaan. Klik Submit.


13. Cetak resit untuk simpanan dan bukti pembayaran.

Pembayaran PTPTN melalui perbankan secara online tidak akan ditolak serta merta. Korang perlu tunggu dalam masa 3 - 5 hari bekerja. Setelah itu, korang boleh semak baki pinjaman di laman web rasmi PTPTN. 



Gambar di atas merupakan bukti pembayaran PTPTN telah berjaya ditolak. 

Tahniah! kerana korang telah berjaya melaksanakan salah satu tanggungjawab iaitu membayar hutang atau pinjaman selagi masih diberi kesempatan untuk membayar. 

Bagi yang belum bekerja dan tidak mampu untuk membayar lagi, boleh membuat pengurangan bayaran ataupun tangguh bayaran.  Namun, bagi mereka yang telah bekerja usahakanlah untuk membayar hutang secepat yang mungkin. Jom kita bebas dari hutang! 


Catat Ulasan

10 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. thank uu, mungkin berguna utk saya 1 hari nanti

    BalasPadam
  2. bagos byr awl2.. guna hasil duit blog lg.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeaa.. harap2 ada rezeki lagi utk bayar tunggakan habis...

      Padam
  3. Saya dh bayar melalui cimb click . Tapi check baki ptptn tak update lgi 😢 was2 pulak 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh mmg mcm tu.. Ptptn lambat sikit update.. Ada tarikh tertentu dorg update.. Setakat nie swn bayar on9 xda masalah juga.. Dia mmg ambik 3-5 hari bekerja ..

      Lagipun ada bukti pembayaran juga kan dr bank.. Tngu saja berapa hari nti semak balik.. Sy mmg slalu bayar ptptn juga.. So far xda masalah lg

      Padam
  4. Thankyou sharing!! Sangat berguna untuk semua orang hehehe :))

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad