Assalamualaikum
Bismillah
Kerja Tidak Sama Dengan Bidang Pengajian
Adakah pekerjaan yang kita miliki harus sealiran dengan bidang yang diambil ketika di universiti?
Secara peribadi jikalau dilihat pada pekerjaan aku yang sekarang memang sangatlah berbeza dengan apa yang dipelajari semasa di universiti. Oleh itu, aku kurang bersetuju bahawa pekerjaan harus selari dengan apa yang diambil semasa di universiti dulu.Kalau boleh kita memang mahu punya pekerjaan yang sama dengan bidang yang diambil semasa belajar, tetapi rezeki akan datang itu kita tidak pasti.
Bagi aku apapun pekerjaan yang dilakukan asalkan menghasilkan pendapatan serta rezeki yang kita dapat itu bermanfaat dan halal. Kalau kita cari pekerjaan yang perfect sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat kerja.
Mengapa kebanyakkan orang berfikiran bahawa setiap pekerjaan itu harus selari dengan bidang yang diambil ketika di universiti?
Hal ini demikian kerana merasakan belajar selama 3 - 5 tahun itu adalah sia-sia sekiranya ijazah yang dimiliki tidak dapat digunakan. Ataupun berasa sia-sia kerana sudah buang masa belajar begitu lama tetapi ternyata pekerjaan yang diperoleh adalah lain.
Seharusnya kita ubah mind set kita tentang belajar, kerana aku juga punya mind set yang sama dimana kita belajar dengan harapan akan mempunyai pekerjaan yang baik.
Dan kebanyakkan kita memilih jurusan kerana melihat kepada prospek pekerjaan, kita hanya memilih bidang yang mempunyai prospek pekerjaan diluar. Hal ini kerana ketakutan dalam diri bahawa kita tidak akan mendapat pekerjaan pada masa akan datang.

Mungkin ramai yang kata bahawa sia-sia aku belajar tetapi akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak memilih pekerjaan selari dengan bidang yang diambil. Tetapi bagi aku segala ilmu yang dipelajari semasa di universiti itu sedikit pun adalah tidak sia-sia.
Pemikiran aku in terms of psychology lebih kritis misalnya seperti psikologi perkembangan kanak-kanak, pengetahuan tentang kanak-kanak dalam keluarga bermasalah, psikologi abnormal dan asas perubahan tingkah laku. Sifat ingin tahu itu lebih cenderung kepada psikologi gitu.
Pertama sekali kenapa aku berasa belajar psikologi itu adalah bukan perkara yang sia-sia ??
Sebab aku at least mempunyai pengetahuan tentang psikologi yang kebanyakkan orang tidak tahu.Pemikiran aku in terms of psychology lebih kritis misalnya seperti psikologi perkembangan kanak-kanak, pengetahuan tentang kanak-kanak dalam keluarga bermasalah, psikologi abnormal dan asas perubahan tingkah laku. Sifat ingin tahu itu lebih cenderung kepada psikologi gitu.
Apa yang aku belajar ketika di universiti itulah yang membentuk peribadi diri aku yang sekarang. Aku menjadi seorang yang peka dengan perkembangan kanak-kanak, mula menyampaikan ilmu berkaitan dengan keibubapaan di blog dan berkongsi pengalaman ketika berada di universiti.
Jadi aku merasakan bahawa aku tidak belajar sia-sia, tidak rugi waktu dan wang kerana ilmu apapun yang dipelajari suatu hari nanti pasti akan memberi manfaat kepada diri kita dan orang lain.
Jadi aku merasakan bahawa aku tidak belajar sia-sia, tidak rugi waktu dan wang kerana ilmu apapun yang dipelajari suatu hari nanti pasti akan memberi manfaat kepada diri kita dan orang lain.
Baca Sini : Apa Yang Aku Belajar Dalam Psikologi?
Adakah pekerjaan harus dilakukan hanya setelah kita habis belajar atau graduate?
Bagi aku pekerjaan itu tidak semestinya dilakukan setelah habis belajar. Even ketika belajar pun kita sudah boleh bekerja misalnya kerja part-time, berniaga dan sebagainya.
Aku mula bekerja masa umur aku 14 tahun. Aku bekerja di kilang. Itupun secara part-time dan semasa cuti sekolah. Sejak dari itu aku mula mencari kerja-kerja part-time setiap kali cuti sekolah.
Antara kerja yang aku pernah buat adalah cashier di sebuah supermarket, kerja kilang, sales girl, dan promoter. Malah sehinggalah aku di universiti aku masih bekerja secara part-time sebagai housekeeping di sebuah homestay.
Disebabkan pengalaman kerja yang aku ada itulah memudahkan aku untuk mencari peluang pekerjaan.
Selepas graduate pun aku dah dapat 3 tawaran kerja. Tetapi rezeki tidak meyebelahi aku sebab aku ada sakit yang menyukarkan aku untuk bekerja lebih lama. So sekarang inilah kerja aku, menulis blog.

Adakah seseorang harus mempunyai pekerjaan yang jelas barulah dia dianggap mempunyai pekerjaan?
Actually zaman sekarang pendapatan seseorang itu sudah fluid bukannya solid. Tidak semua orang mempunyai pekerjaan yang pendapatannya adalah tetap (solid) setiap bulan.
Misalnya jadi blogger sepenuh masa tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap. Ataupun menjual barang secara online juga tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Malahan ada orang yang bekerja online mempunyai pendapatan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan orang yang bekerja makan gaji setiap bulan. Semuanya bergantung dengan usaha dan kerajinan kita.

Sekarang merupakan zaman digital dimana terciptanya pekerjaan baru iaitu bekerja di internet samada youtuber, media sosial, blogger dan sebagainya.
Sebenarnya ibu bapa kita hanya ingin yang terbaik buat diri kita sahaja. Kebanyakkan mereka tidak terdedah dengan keadaan zaman sekarang jadi kebanyakkan mereka itu hanya fikir bahawa anak aku hanya akan lebih berjaya kalau anak aku jadi doktor, cikgu atau kerja di pejabat.
Tidak semua ibu bapa yang melarang anak-anaknya untuk mencari pekerjaan yang aneh tetapi mereka hanya not well informed sahaja dengan pekerjaan diinternet sekarang. Kalau anda seorang blogger then bincang baik-baik dengan parents bahawa anda sebenarnya bukannya mengadap laptop tanpa buat apa-apa kerja.
Sekiranya dapat job review, dapat payment then tunjukkan bukti kat mereka inilah hasil anda sepanjang berblog. Mulanya mereka mungkin rasa pekerjaan kita itu tidak menjamin masa depan, tetapi sekiranya kita betul-betul jujur dan yakin dengan apa yang kita buat, InsyaAllah mereka pasti akan menerimanya.

Baca Sini : Permulaan Kerjaya Sebagai Blogger Sepenuh Masa
Apa yang penting sekali ialah apa sahaja pekerjaan yang dilakukan itu mendatangkan pendapatan dan halal. Rezeki itu boleh diperoleh melalui apa sahaja dan prosefion apapun sekalipun sekadar cleaner.
Belajar dan bekerja dua perkara yang berbeza. Apa yang kita belajar mungkin takkan sama dengan kerja. Walaupun bekerja di bidang yang sama dengan bidang belajar , kita tetap juga akan rasa kejutannya.

Jangan sesekali katakan apa yang kita belajar itu salah sia-sia.
Dengan ilmu psikologi inilah keluarga aku lebih memahami tentang maksud kanak-kanak OKU yang sebenar. Dengan belajar psikologi inilah aku dapat berkongsi pengalaman dengan orang lain tentang pengalaman aku belajar 3 tahun di Universiti Malaysia Sabah kat blog sehingga entri aku setiap tahun itulah yang meletop setiap kali musim pelajar masuk Uni.Dia tak dapat belajar tingi itu adalah rezeki dia sebab mungkin dia lebih berjaya apabila bekerja selepas habis SPM. Rezeki setiap orang adalah tidak sama.
Jangan rasa apabila dapat kerja luar bidang terus down tak bersemangat. Apa yang dipelajari tetap boleh digunakan dalam keadaan lain, kerana belajar itu proses seumur hidup.
Jadilah bijak sikit dan berfikir diluar kotak. Gunakan ilmu yang kita ada untuk cipta pekerjaan baharu. Takkan seumur hidup asyik nak kerja dibawah orang sahaja kan?
Even orang yang makan gaji pun ada yang cari sumber pendapatan lain. Bukan sebab gaji tidak cukup, tetapi kepuasan bekerja setiap orang itu adalah tidak sama.
Aku nie kalau dah serius sangat korang layanlah entri yang panjang berjela nie. Setiap yang ditetapkan oleh Allah itu pasti lebih baik. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Bersyukur dengan apa yang ada.
Tak semestinya kerja sama bidang dengan apa yang kita belajarkan. Betul kata nurul, guna ilmu yang ada untuk sesuatu yang baru. Baru lah berkembang ilmu itu...
BalasPadamYeaa.. ilmu yg kita belajar cuba kembangkan.. Kalau boleh cipta peluang pekerjaan utk org lain lebih baik
PadamIlmu yang dipelajari masih berguna walau bidang perkerjaan berbeza..
BalasPadamNice sharing..
Terima kasih Kak Sha.. semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan..
PadamNice sharing. At least boleh buka mata dan minda orang kat luar sana :)
BalasPadamYeaa betul tu.. Luaskan perspektif pekerjaan.. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.. Ada kerja tp malas tak boleh juga..
Padambukan semua apa yg kita nak kita dapat...ada yang jadikan ijazah itu sebagai batu loncatan utk dia kebidang lain. rezeki manusia kan lain-lain
BalasPadamYeaa betul.. Rezeki masing2 telah ditetapkan.. ^^
Padamakak setuju.Sekarang ni tak boleh jugak nak cari kerja bergantung kepada apa yang kita belajar dlu..Janji halal dan yang penting usaha kita kan
BalasPadamBoleh saja cari takda masalah.. Yg penting kalau dapat kerja yg bukan related to bidang pun kena bersyukur juga sbb bukan semua org dapat peluang bekerja lepas belajar.. Tu lah.. janji halal, rajin dan sentiasa usaha..
Padambetul tu, xsmestinya balajar bidang lain ,pastu nak keje bidang lain org dok membawang..jnji rezeki kita halal...
BalasPadamhaha peduli je makcik pakcik bawang.. kita buat kerja kita kan..
Padamsetuju sangat dengn content entry ni.. sayangnya, still ramai yang suka nak membangkitkan isu ni... bagi saya sendiri, ilmu tu tetap ada, dan praktikalnya masih dapat dilakukan walaupun sikit..
BalasPadamyeaa betul.. takpe biasalah tu.. org yg tak berada di tempat kita takkan rasa.. yg penting kita buat kerja yg halal.. ada duit beli beras tiap bulan hehe
Padamakk pon keje skrg xsama ngn course ms blaja dulu..
BalasPadamssh nk dpt keje so mtk je keje pape asalkan dpt gaji.. hihi
haha tu lah kan.. Boleh ja nak kerja related to bidang.. kalau ada rezeki jumpa sama dgn bidang masa study..
PadamInilah realiti kehidupan. Ramai rakan-rakan dalam course sama tapi kerja di bidang yang tak pernah terfikir pun nak kerja
BalasPadamBegitulah realiti kan Zumal.. sy pun tak terfikir akan jadi fulltime blogger lepas belajar sdgkan blogging tu hanya hobi saja
PadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.