Assalamualaikum
Bismillah
Alhamdulillah, selepas 2 bulan akhirnya dapat juga capai 600k pageviews. Tiada apa nak dibanggakan pun sebenarnya. Cuma inilah salah satu cara untuk aku tingkatkan lagi motivasi menulis.
Sebagai penghargaan kepada diri sendiri kerana menghabiskan setiap masa dengan blog, mencari idea untuk berkongsi infomasi dan pengalaman yang mungkin berguna untuk pembaca blog ini.
Blog Capai 600k Pageviews
Terima kasih kepada semua sokongan yang diberikan kepada blog ini. Mungkin bagi sesetengah blogger ia merupakan angka yang kecil. Tetapi bagi blogger yang tidak seberapa macam aku ia merupakan satu pencapaian yang amat berharga sekali.
Ada juga blogger yang tak kisah sangat dengan pageviews. Bagi aku yang memilih kerjaya sebagai blogger sepenuh masa adalah sangat penting untuk melihat statistik blog. Sekurang-kurangnya aku tahu ada juga yang sudi baca blog aku. Ada juga yang rajin tinggalkan komen kat blog aku. So, it's really meaningful for me.
Tips Nak Naikkan PV Blog
Ini ada sedikit tips aku boleh bagi berdasarkan pengalaman aku sendiri macam mana nak trafik meroket. InsyaAllah mana yang boleh guna tu, korang cubalah.
1. Cari kekuatan blog sendiri.
Apa kekuatan yang ada pada blog kita? Apa yang menarik orang lain untuk baca blog kita? Kalau blog aku lebih kepada blog personal.
Korang ada baca tak :
Entri tersebut nampak macam infomasi tetapi sebenarnya ia lebih kepada pengalaman aku sendiri. Dengan pengalaman tersebutlah aku jadikan ia sebagai sebuah entri yang berbentuk infomasi.
2. Manfaatkan ilmu SEO.
Kalau tak tahu boleh belajar dengan blogger yang mahir tentang SEO, Keywords & Google Analytics. Baca blog Siti Awadah, Hasrul Hassan, Mia Liana, Sayidah Napisah dan Cik Ash. Tak rugi pun kita belajar daripada blogger yang lebih berpengalaman.
Dengan ilmu SEO entri kita akan mudah berada di carian google. Dengan belajar keywords kita akan tahu apa keywords yang selalu pembaca cari. Begitu juga dengan Google Analytics, aku sedikit sebanyak tahu pembaca blog aku kebanyakkan dalam lingkungan umur 25 - 34 tahun.
Dan 60% pembaca blog ini adalah perempuan dan 40% lagi adalah lelaki. So far okay lah kan. Tak best juga kalau majoriti pembaca adalah perempuan.
3. Bina hubungan dengan blogger lain.
Caranya adalah dengan blogwalking, tinggalkan komen di blog atau sosial media mereka. Follow Instagram & FBPage blogger yang lain. Jangan kedekut nak LIKE FBPage blogger yang lain. Saling support okay.
4. Tulis entri sebanyak yang mungkin.
Sebab kita tidak tahu entri mana yang bakal viral. Kalau boleh tulislah entri yang sering menjadi carian dalam google. Contohnya topik seperti resepi atau masakan yang selalu mendapat perhatian pembaca.
Baca Sini : Top 8 Entry Dalam Carian Google
5. Anggap pembaca itu adalah kita.
Misalnya kalau kita sebagai seorang pembaca. Apa yang kita suka baca dalam blog orang orang lain? Kalau aku secara peribadi aku suka baca tentang tips blogging, susun atur, DIY, dekorasi rumah, tips keibubapaan, kerjaya dan study. Kalau korang lebih cenderung untuk membaca info tentang drama, movie atau skincare. Korang kongsilah sedikit infomasi berkenaan topik tersebut.
6. Tulis secara konsisten dan padat.
Kalau korang rajin tulislah entri sekurang-kurangnya 700 sehingga 1000 patah perkataan. Nak lagi bagus tulis konten yang berkualiti dan konsisten itu lebih disukai pembaca. Konsisten setiap orang mungkin tidak sama. Ada yang tulis 1 entri setiap hari. Ada yang target mungkin 10 entri setiap bulan.
7. Tentukan target setiap hari, minggu atau bulan.
Ini mungkin tidak semua blogger buat. Macam aku sendiri memang ada target menulis blog. Contohnya aku mahu target 1000pv setiap hari. Dari segi pageviews setiap bulan aku nak capai 30k setiap bulan. Dan tulis entri minimun sebanyak 15 post setiap bulan.
Baca Sini : Azam Blog 2018 Yang Baru Tercapai
Malah dari segi earning edsense sendiri aku tetapkan target at least 0.50USD setiap hari. Kenapa susah-susah nak buat macam ni? Because I'm blogging not just for fun but also for income. Beginilah kalau nak cari makan dengan blogging.
Apapun terima kasih sebab sudi luangkan masa baca blog ini. Tiada apa nak dibanggakan kerana blog ini berada samapai tahap macam ini dengan adanya sokongan daripada pembaca juga. So thank you so much! Semoga terus diberikan ilham untuk berkongsi info yang bermanfaat.
tahniah Nurul teruskan perkongsian yang baik2 sahaja kay :)
BalasPadamTerima kasih kak Ana ^^ .. InsyaAllah~
Padamtahniah tahniah !! teruskan usaha ya..
BalasPadambab nak upload entry banyak2 tu adoooiyai..
terima kasih siti.. haha betul.. payah nak post entri byak2 kan.. huhu
Padampercapaian yang sangat baik kalau berbanding saya..
BalasPadamsaya tumpang gembira dan cuna mengikuti beberapa tip yang menarik di blog ini
Terima kasih Tuan..
PadamWahh tahniah, awak :)
BalasPadamterima kasih nanad ^^
PadamTeruskan berkarya walhal entri kita tiada komen satu pun. haha.. Terbaik~
BalasPadamterima kasih Abg Naim.. InsyaAllah.. tulis yg baik2 saja walaupun xda yg komen..
Padamtahniah..
BalasPadamtips pv tu best.. tq share :)
yg penting kena rajin kan?
Terima kasih kak Ziana ^^ Kalau nak target PV tinggi kena rajinlah..
PadamTerima kasih share tips😊
BalasPadamyour welcome..
PadamTahniah dik 😘😘. Terima kasih kongsi tip. Nnti nk cuba amalkan 😊
BalasPadamTerima kasih Kak Shima ..
Padamtahniah! =)
BalasPadamthanks ^^
PadamTahniahhh! Hehee~
BalasPadamBila dah banyak kerja, agak susah nak konsisten.....buat draft pun tak menyempat..haih..tapi kena paksa diri kalau nak kekal menjadi seorang blogger..even as part time je pun..huhu....Kena rajin share post di media sosial jugak....Gambar cecantik bersama tips berguna...Kan.....
Terima kasih Nona.. kalau dah kerja mesti busy kan.. apatah lagi kalau dah kahwin..
PadamGuess the only thing I can do to raise my PV is making more blogger friends like blogwalking and leaving comments on their posts at the same time trying to write consistently tapi malas selalu win me over. Post seminggu sekali pun jadilah.
BalasPadamIt's Okay.. asal ada post kan.. okay lah tu..
PadamTq entry menarik.
BalasPadamKak pip buat semua tu kecuali tetapkan adsense. Kak pip x mahir sgt bab adsense ni, ni pun baru juga lulus adsense hari tu.
terima kasih kak
Padamtahniah kak nurul.kalau free singgah2 blog rabia.
BalasPadamterima kasih Rabia..
PadamTahniah..wow banyak 600k tu..
BalasPadamTerima kasih ^^
Padamkak nurul, yang 'baca sini' tu automatik sebab template ni atau kak nurul yang insert sendiri?
BalasPadamhaha.. sy tulis sendiri je Beeha..
PadamTeruskan berkongsi ya Nurul untuk kebaikan yang lain. 💪🥰
BalasPadamRuby pun masih belajar nak menulis content yang baik dan berkualiti, yang org suka baca.
Masih belajar. Sebab baru je nk aktif balik berblog start pertengahan tahun lepas.
Tq share tips naikkan PV ni.
Susah juga ya nak naik kan PV ni. Wish me luck..
BalasPadamthanks nurul bagi tips..blogger baru mcm suzie nie mmg perlu bnyk belajar..hope suzie boleh ikut jejak mcm nurul jgk..;)
BalasPadamThank you for the tips! I baru mula blogging. Susah nak naikkan PV. Hari-hari promote blog dekat facebook dan stories. Semoga I boleh Berjaya mcm u jugak :)
BalasPadamTerima kasih untuk tips ini ya! Kalau boleh cik tk nak cuba taip content yang lebih berkualiti dan lebih kerap tapi banyak kekangan atau kekeringan idea. Apapun, cik tk akan cuba perbaiki...
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.