Type Here to Get Search Results !

Kelebihan Membaca “Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat”

Assalamualaikum
Bismillah

Sesungguhnya nikmat Allah SWT sangat banyak dan antara nikmat yang selalu kita abaikan adalah nikmat kesihatan dan kelapangan masa. Adapun nikmat diberikan kelapangan masa ini adalah nikmat yang besar kerana di dalamnya disibukkan dengan ketaatan kepada ALLAH SWT. 

Berapa banyak nafas kita telah berlalu namun tidak diisi dengan beribadah kepada Allah. Padahal dengan menggunakan beberapa saat sahaja seseorang boleh memperoleh pahala yang besar dari Allah. Bukan itu sahaja, seseorang itu juga boleh mencapai kedudukan orang yang dikasihi Allah. 


Antara istighfar yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada kita diriwayatkan dengan sanad yang baik, baginda bersabda ;

"Barangsiapa yang beristighfar untuk mukmimin dan mukminat nescaya akan dikurniakan oleh Allah kepadanya satu hasanah (pahala kebaikan) untuk setiap mukminin dan mukminat." 

Hanya perlu mengucapkan beberapa saat sahaja kalimah istighfar ini, maka kita akan memperoleh hasanah sebanyak bilangan muslimin dan muslimat dan dapat menutup lubang-lubang zulumat (kegelapan) yang masuk ke dalamnya dosa dan maksiat ke atas muslimin dan muslimat serta menjadi asbab keselamatan mereka. 

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani rah. 

"Barangsiapa yang beristighfar kepada Allah untuk mukminin dan mukminat sebanyak 27 kali maka doanya akan menjadi mustajab dan ahli bumi akan diberi hujan dengan berkat orang tersebut." 

Dengan amalan yang mudah dan ringkas iaitu istighfar “Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat” sahaja. 

Allah SWT telah berfirman kepada Nabi Muhammad SAW, 

"Maka ketahuilah (Wahai Muhammad) bahawa Tiada Tuhan melaiankan Allah. Dan beristighfarlah untuk kesalahanmu dan mukminin dan mukminat, Allah mengetahui tempat bolak balik dan tempat diammu." 

Apabila kita telah diberi taufiq mendengar mengenai kelebihan doa ini, berdoalah kepada Allah meminta taufiq dariNya untuk kita dapat mengamalkannya. Amalkan istighfar ini walau hanya sekali kerana ia akan dibukakan kepada kita pintu-pintu yang dapat mendekatkan kita kepadaNya serta penyucian jiwa. 

Disampaikan Oleh: Habib Musa Kadzim Bin Jaafar Assagaf


Catat Ulasan

8 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad