Assalamualaikum
Bismillah
12 Soalan Tentang Zaman Kanak-Kanak Anda | Aku dapat soalan ini daripada blogger lama. Aku dah tak ingat blogger yang mana satu. Entri ini lama dah dalam draf, so aku pun takda idea nak tulis apa kan. Jom layan soalan zaman kanak-kanak aku.
1. Apa perasaan jadi kanak-kanak?
Perasaan semasa jadi kanak-kanak tu memang seronok sangatlah sebab asyik ingat main ja memanjang. Aku ingat lagi dulu sekolah rendah aku jauh sangat. Biasalah sekolah kampung kan. Setiap hari aku tinggal dengan arwah nenek & atuk aku sebab rumah mereka dekat dengan sekolah. Hanya hujung minggu sahaja aku balik rumah mama bapa.
Budak-budak sekarang ada tak yang masih tinggal dengan nenek dan atuk mereka? Rasanya tak kot. Mungkin segelintir sahaja. Dibesarkan oleh arwah nenek dan atuk memang sangat berbeza. Tambahan pula dengan suasana kampung.
2. Time kecil dulu, permainan apa korang selalu main?
Dulu hanya aku dan abang aku sahaja. Gap antara aku dengan adik lelaki adalah 5 tahun. Tambahan pula adik aku tinggal dengan keluarga. Jadi boleh dikatakan aku selalu dengan abang aku main bersama.
Kalau kat rumah aku main askar-askar, power rangers, hide-and-seek (kalau orang sabah cakap "main tapuk-tapuk). Kadang-kadang ikut arwah nenek dan atuk pergi dusun kutip buah.
Di sekolah pula main ting-ting, rebut tiang (tukar tempat), lumba lari, main getah dan mandi sungai. Banyak sangatlah.
3. Dulu time kecil apa cita-cita korang?
Dulu aku tak tahu sangat nak jadi apa. Yang aku tahu cita-cita yang ada hanyalah guru sahaja. Macam seronok saja jadi cikgu ini bila nampak guru-guru mengajar kat sekolah. Haha
4. Apa barangan korang sayang time kecil dulu?
Aku tidak ingatlah apa barang kesayangan aku. Aku rasa diari kot. Dari tahun 4 lagi aku dah suka tulis diari. Jadi hobi itulah kerjaya aku sekarang. Selain itu aku suka simpan gambar.
Kadang-kadang rasa macam sedih juga sebab zaman 90-an macam tu tak macam sekarang. Nak bergambar pun susah. Kalau sekarang budak-budak masing-masing dah ada handphone. Untunglah~
5. Waktu raya, paling tinggi korang dapat duit raya berapa?
Zaman raya masa aku kanak-kanak dulu tak pentingkan duit raya. Dulu kalau raya memang enjoy habis. Datang rumah orang sebab nak makan kuih raya je. Kadang sampai tapau kuih balik rumah lagi. Kalau ada pun aku rasa RM1.00 ja.
6. Kartun apa yang korang minat time kecil dulu.
Benda ini aku paling ingat sangatlah sebab aku dan abang aku memang hari-hari layan kartun. Sanggup awal bangun sebab nak tengok Ninja Turtle. Jam 8 dah terpacak depan TV sampailah jam 11.
Sebab selalunya tengah hari parents aku akan tengok berita. Lepas tu lepas maghrib sambung lagi tengok Doraemon, digimon, Naruto dan banyak lagi lah.
7. Perkara paling baik korang buat waktu kecik dulu?
Paling baik hmmm? Rasanya jadi babysitter kot. Dari umur aku 10 tahun lagi aku dah start jaga adik perempuan aku yang nombor 5 sampailah adik aku yang bongsu sekarang.
Selain itu banggakan mama bapa kot. Dari tahun 1- 6 aku selalu naik pentas dapat anugerah pelajar cemerlang. Boleh dikatakan jadi budak baiklah. Hahaha~ sekarang pun baik jugalah.
8. Perkara paling jahat/nakal yang korang pernah buat time kecil dulu?
Mencuri. Uiisshh jahat sangat tu. Bukanlah mencuri, tetapi aku tidak amanah lah. Aku tak ingat sangat tahun berapa, macam tahun 3 ke tahun 4 aku diamanahkan untuk pegang duit kelas.
Kiranya jadi bendaharilah. Aku pegang duit keceriaan kelas. Masa tu aku pegang duit dalam RM25-30. Banyak tau amaun tu untuk kanak-kanak. So, aku pun gunalah duit tu RM5 tak silap.
Masa guna tu memang tak rasa serba salah lah. Tetapi bingung juga macam mana nak ganti duit kelas balik. Dah lah setiap hari aku punya belanja 0.50 sen sahaja. Bayangkan nak ganti duit tu aku kena 2 minggu tak makan di sekolah.
So, aku buat keputusan untuk jujur dengan mama bapa aku yang aku guna duit tu. Memang habislah aku kena marah gila! Sejak daripada kejadian itu aku dah tak berani nak pegang duit orang, jadi bendahari ke ataupun apa sahaja yang melibatkan duit.
9. Time kecik dulu korang suka nyanyi lagu apa?
Aku takda lagu favourite masa zaman kanak-kanak. So aku tak tahu. Rasanya aku suka nyanyi Lagu Sekolah je.
10. Korang rasa korang cute tak time kecik dulu?
Kalau aku kata cute, comel-loteh boleh? hahahaha~ Semua orang pun mesti mengaku dia cute kan. Aku takda gambar masa kecil dulu sebab dah terbakar semuanya masa rumah aku kebakaran.
Langsung takda gambar masa kecil walau satu keping pun. Sobs sobs.. sedih guys~ Jeles tengok orang yang ada kenangan masa kecil.
11. Kalau korang jadi kanak-kanak balik nak tak?
Of course. Jadi kanak-kanaklah yang paling best sekali di dunia. Tak pastilah kanak-kanak sekarang. Dunia mereka lebih ke arah Tik Tok.. hehe..
nice reading this, nurul :)
BalasPadamsenyum ajer aida.
zaman kanak2 always the best, kan.
tak kisah la zaman bila.
zmn kecik2 paling byk cita2.. kejap nk jd ckgu.. kejap nk jd peguam.. kejap nk jd polis.. haha
BalasPadammemang best zaman kanak-kanak ni, xpayah nak fikir apa, fikir esok nak main apa je..hahha
BalasPadamBestle jadi budak bukan, kalau ada de lorean, Nak je aku patah balik, betulkan apa yang silap salah, Masa kecik kena pukul dgn mak ayah, Sebab nakal, tapi kalau tak dipukul, tak jadi orang.
BalasPadamzaman kanak-kanak la best sekali. lagi2 waktu sekolah. tak perlu nak fikir tanggungjawab kan.
BalasPadamZaman kanak2 adalah paling best
BalasPadamMasi ingat tiap awal pagi, rancangan kartun paling best! Even form1 pun saya masih tidak mahu terlepas tengok kartun wonderpets...hahaa.....Jangan lupa, Sinetron Bawang Merah & Bawang Putih Indonesia semua tidak mahu ketinggalan tengok, hahaaa...
BalasPadamzaman kanak-kanak sangat best. main ting ting, congkak, galah panjang, zeropoint..semua bestlah zaman kanak-kanak.
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.