Type Here to Get Search Results !

Dah Habis SPM? Lepas Ini Nak Sambung Mana....

Assalamualaikum
Bismillah

Sebelum ini aku pernah kongsi juga Hala Tuju Selepas SPM tetapi entri itu lebih kepada pengalaman aku nak sambung mana selepas habis SPM. Jadi mungkin adik-adik lepasan SPM yang baca sedikit kecewa sebab masih tak tahu nak sambung mana kan.

Aku pasti ramai yang bingung, keliru dan tak tahu kan. Cita-cita nak jadi guru tapi tak tahu nak sambung mana. Akhirnya, ramai yang salah pilih haluan selepas SPM. Akulah antara orang yang keliru nak sambung mana dulu..

Dah Habis SPM? Lepas Ini Nak Sambung Mana....

Yang kebanyakkan orang tahu habis belajar saja sambung Tingkatan 6, Diploma atau Matrikulasi kan. So, kali ini aku berkongsi panduan nak sambung mana selepas habis SPM. 

1. STPM (Tingkatan 6)

Mesti dah ramai tahu pasal Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kan. Yang berminat bolehlah sambung ke Tingkatan 6. Aku pun dulu bekas pelajar Tingkatan 6 juga. Form 6 dah tak macam dulu, sebab Tingkatan 6 dah dikategorikan sebagai Pra-Universiti. 

Peperiksaan pun dah tak macam dulu. Kalau gagal boleh repeat paper haha. Sesiapa yang memilih STPM juga korang boleh terus sambung Ijazah selepas habis belajar. Kiranya pilihan ini merupakan "Fast Track" nak masuk Universiti lah. Belajar pun tak lama, hanya setahun setengah sahaja berbanding diploma. 

Kelebihan masuk Tingkatan 6 juga adalah dari segi kos pengajian yang murah. Lagi-lagi kalau Pusat Tingkatan 6 korang berdekatan rumah, bertambahlah jimat poket korang. Selain itu, dari segi pakaian pun dah macam ala-ala di Universiti. Tak perlu pakai baju sekolah. Peluang pekerjaan untuk STPM juga ada just in case korang dah tak nak sambung Ijazah. 

2. STAM (Tingkatan 6)

Memandangkan aku bukanlah pilih STAM selepas SPM, aku pun tak berapa tahu sangat tentang Sijil Tertinggi Agama Malaysia (STAM). Bagi yang memilih haluan ini, kebanyakkan tertumpu kepada pelajar aliran agama. 

STAM ini sama saja dengan STPM, dah habis belajar boleh terus sambung ke peringkat Ijazah di universiti. Kalau keputusan STAM korang bagus, boleh juga sambung belajar di luar negara seperti Jordan dan Mesir. 


3. Matrikulasi

Kebanyakkan pelajar yang memilih aliran Matrikulasi ini lebih cenderung ke arah aliran kejuruteraan, perakaunan dan aliran sains tulen. Abang dan adik lelaki aku selepas SPM terus sambung Matrikulasi. Aku pula tak minat nak belajar sains walaupun aku daripada aliran sains tulen semasa SPM.

Ramai yang pilih haluan ini. Kebanyakkan pelajar cemerlang sahaja yang ditawarkan ke Matrikulasi. Sekiranya ditawarkan ke Matrikulasi, secara automatik memang tak dapatlah masuk Tingkatan 6. Matrikulasi ini bukan di sekolah lagi. 

Macam kat Sabah ini, Matrikulasi Labuan. Tempoh program matrikulasi bergantung dengan course yang diambil samada korang pilih program 1 atau 2 tahun. 

Selepas tamat pengajian di Matrikulasi korang boleh pilih mana-mana universiti awam di Malaysia. Cuma apa yang aku faham berdasarkan pengalaman adik aku yang belajar di Matrikulasi Labuan, bidang yang dipilih di universiti nanti berdasarkan keputusan matrikulasi korang.

Sesiapa yang pernah sambung matrikulasi bolehlah share di ruangan komen di bawah ya. Sama-sama kita bantu kongsi ilmu dan pengalaman supaya adik-adik kita ini boleh buat keputusan dengan baik nak sambung mana.

4. Asasi

Dulu aku tak berapa faham sangat dengan Asasi ni. Sekiranya korang nak sambung program Asasi ini pun bagus juga sebab Asasi sama juga seperti Matrikulasi. Cuma yang membezakan Asasi dengan Matrikulasi ialah ia dikendalikan oleh pihak universiti. Orang kata kalau pilih Asasi memang dah confirm dapat tempat di universiti.

Cuma sekiranya korang nak memilih asasi, pastikan korang dah tahu nak ambil course apa masa sambung Ijazah nanti. 

5. Diploma

Korang juga boleh memilih untuk meneruskan pengajian di peringkat diploma. Program diploma yang bestnya ada ditawarkan di univeristi awam, swasta dan mana-mana kolej yang berdekatan. Biasanya diploma akan mengambil masa dalam tempoh 2 tahun setengah atau 3 tahun. Bergantung lah dengan course yang korang ambil. 

Aku ada sepupu yang sambung Diploma dalam bidang perakaunan di MSU. Program pengajian dia hanya 2 tahun sahaja. Memandangkan program peringkat diploma ini telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Jadi, korang kena tahu dah apa pilihan course yang diminati.

Kalau minat nak jadi guru bolehlah ambil bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Minat memasak? Korang cari bidang Kulinari atau perhotelan. Jangan main-main tau dengan orang yang sambung peringkat diploma ni sebab kebanyakkan course yang ditawarkan mempunyai peluang yang baik untuk pasaran kerja akan datang. 

Pelajar lepasan Diploma juga boleh terus bekerja ataupun meneruskan pengajian Ijazah. Ada yang meneruskan pengajian dalam peringkat Ijazah dalam bidang yang sama. So, korang boleh melakukan pengecualian kredit supaya dapat memendekkan tempoh pengajian semasa degree nanti.

6. Politeknik

Hah.. yang tak berapa okay sangat akademik tetapi nak juga sambung belajar bolehlah pilih Politeknik. Politeknik ini pilihan yang sangat tepat buat pelajar lepasan SPM yang cenderung ke arah kemahiran. Ada orang dia mungkin tak berapa okay dari segi akademik, tetapi kemahiran dia power! 

Jangan ingat lepasan Politeknik ini tak laku kalau kerja. Berbanding graduan lepasan universiti, tahap kebolehpasaran graduan lepasan Politeknik ini lebih tinggi sebab korang bukan sahaja belajar teori, malah praktikal sekali.

Politeknik menerapkan pembelajaran 50% teori dan 50% praktikal, berbanding institut universiti yang hanya 80% teori dan 20% praktikal. Yuran pengajian juga murah berbanding universiti awam. Politeknik ini juga Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).


7. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Siapa cita-cita nak jadi guru tu? Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin menjadi cikgu sekolah, inilah peluang korang untuk sambung pengajian dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Secara ringkasnya, PISMP merupakan program guru tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pelajar lepasan SPM.

Korang yang berminat dengan pilihan ini akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama setahun di IPG yang telah ditetapkan. Pelajar yang lulus akan diberikan sijil tamat PPISMP dan ditawarkan kemasukan ke PISMP selama 4 tahun secara sepenuh masa.

Bagi yang meminati sangat bidang perguruan, bolehlah memilih PISMP. Korang yang berumur tidak lebih dari 20 tahun layak memohon. Program ini melatih bakal-bakal guru lepasan SPM. Terdapat pelbagai program yang korang boleh pilih seperti Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan lain-lain lagi.

Apabila korang dah tamat pengajian akan mengajar di sekolah kebangsaan mengikut bidang yang diceburi. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di web rasmi PISMP. Bagi pemohon yang pertama kali perlulah mendaftar terlebih dahulu.


8. Latihan Separa Perubatan

Kalau korang berminat dalam bidang separa perubatan boleh memohon Latihan Separa Perubatan di laman web rasmi SPA. Sekiranya lulus exam online dan temuduga, segala kos pembelajaran ditanggung sepenuhnya oleh kementerian. Selain itu, sesiapa yang memasuki Latihan Separa Perubatan, korang dibayar untuk belajar. 

Apabila memasuki Latihan Separa Perubatan, sebaik sahaja habis belajar, peluang untuk terus diserap masuk sebagai penjawat awam sangat tinggi. Tetapi tiada jaminan akan akan dipanggil berkhidmat dengan KKM. Kerana sekarang ini masih ramai lepasan Latihan Separa Perubatan menunggu panggilan dipanggil untuk berkhidmat.

Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun. Bagi pemohon yang baru pertama kali perlulah mendaftar terlebih dahulu di web rasmi SPA. Di SPA juga terdapat pelbagai jawatan lain seperti diperingkat PMR, SPM, Diploma/STPM mahupun Ijazah.



9. Latihan Kemahiran Malaysia

Bagi yang meminati bidang pelbagai kemahiran, korang boleh memohon samada Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kolej Komuniti, Akademi Binaan Malaysia, Giatmara dan banyak lagi. Kursus juga banyak ditawarkan seperti automotif, menjahit, memasak dan lain-lain lagi. Ramai yang tak tahu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ini mempunyai beberapa tahap. 

10. Bekerja

Haa.. Yang tak minat nak sambung bolehlah terus bekerja. Cuma kalau nak terus bekerja tidak boleh terlalu memilih. Ambil pengalaman yang penting. Ramai je pelajar lepasan SPM yang lebih berjaya apabila memilih untuk bekerja. Tak masuk Universiti tidak semestinya tidak berjaya dalam hidup kan.


Fuh.. panjang gila nak menaip kali ini. 

Akhir kata, walau apa pun keputusan yang kamu pilih. Pilihlah dengan sebaik mungkin, kerana ini melibatkan masa depan kita sendiri. Kalau korang rasa sambung belajar itu lebih baik, maka sambunglah. Lagi-lagi yang ada minat. Insya'Allah Allah akan permudahkan setiap jalan yang kita pilih.

Kalau dengan bekerja itu korang rasa itulah pilihan yang lebih baik. Maka, teruskanlah dengan pilihan korang. Sebenarnya nak sambung atau tidak itu dari diri kita sendiri saja. Apa sahaja pilihan yang korang pilih tiada yang betul atau salah. 

Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada pembaca. Sebarang pertanyaan boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com 



Tags

Catat Ulasan

33 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. semoga setiap keputusan yang dibuat tu memberi sesuatu yang amat bermakna dalam kehidupan adik2

    BalasPadam
  2. akk dulu pon keliru nk sambung kat mane..
    last2 dpt politeknik.. pasrah jela..

    skrg keje as a lab assistant.. ok la rezeki.. haha..
    diploma buat pekasam.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. syukur..
      rezeki akan dtg kita tak tahu kan.. Allah dah atur semuanya apa yg terbaik buat kita :)

      Padam
  3. Seronoknya dapat buat pilihan macam ni. Aien dulu pilih bekerja, dah boring bekerja baru sambung blaja. haha Sudahnya diploma ntah ke mana,

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha .. ramai je yg pilih bekerja baru sambung study.. dari kita saja bah tu.. hehe

      Padam
  4. Wak dulu habis SPM nyambung kat kebun getah.

    BalasPadam
  5. Sebaik-baiknya yang result yang baik dan kurang baik better pergi Politeknik dahulu sebelum ke Universiti. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. mana-mana pun okay juga sebenarnya.. yg penting usaha..

      Padam
  6. Nice sharing kak Nurul!! Hana baru ja lepas cerai dengan MR.STPM :P heheheh

    BalasPadam
  7. nice sharing. sesuai utk ibu bapa ada anak lepas spm. boleh bantu perjalanan anak nk pilih cara/aliran apa. saya keluaran politeknik dan uitm.hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. waa.. ramai rupanya yg sambung poli dan uitm.. tahniahh..

      Padam
  8. Goodluck untuk semua yang bakal menempuh alam baru nanti :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Goodluck... semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki buat Nini juga ^^

      Padam
  9. Sekarang dah makin banyak pilihan untuk lepasan SPM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak Fiza.. untung semuanya dihujung jari kan..

      Padam
  10. tq for sharing boleh rabia beritahu dekat my cousin ni

    BalasPadam
  11. Lepasan SPM juga boleh memasukkan latihan kemahiran (point 9) dalam list diorang. bidang TVET sekarang pon boleh pergi jauh macam akademik juga. Saya tambah list, boleh juga masuk Institut Kemahiran MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA dalam peringkat Sijil dan Diploma..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh yeaa.. sy lupa pasal MARA...
      Sy kurg info pasal MARA.. Apapun terima kasih ^^

      Padam
  12. slm..tq utk sharing info nice blog..cute je tuan blog ni ya....ni akak share ya..kalau ade yg minat program under USPSI PENDIDKAN AWAL KANAK -KANAK-bole berhbung segera utk permohonan ..skrg ade open intake..wsp 011-16930576(intake and record department). dan jika nak tye psl logistik or tourism akak penah jaga program ni ..

    BalasPadam
  13. hai kak.. Nak tanya , spa8 tu Boleh daftar dan isi bila² je ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeaa.. isi bila2 je.. sbb pengambilan pun kita x tau bila

      Padam
    2. hye akak . sy berminat nak sambung form 6 .banyak soalan yang sy nak tanya akak.akak boleh tinggalkan no hp tak ? nanti sy ws akak . atau boleh dm kat instagram . tq akak ♥️😍😍😍

      Padam
    3. dm sy di insta ya @ciknurul23 atau email nurulatikayunus23@gmail.com nti sy bagi no whatsapp ^^

      Padam
  14. Akak nak tanya, kalau lepas SPM tu blh ke terus ambik sijil sarjana muda perguruan tu. Atau kena ambik diploma dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepasan SPM boleh masuk terus IPG rasanya ..
      Kena semak sendiri website IPG utk maklumat lanjut

      Padam
    2. kalau uni biasa je diploma kena ambik course apa untuk sambung sarjana muda pendidikan ?

      Padam
  15. nak tanya. PISMP memang untuk sekolah rendah ke ? kalau berminat nak jadi cg sekolah menengah macam mana ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak silap sy mmg sekolah rendah..
      apapun kena semak di website PISMP sendiri.. sebab sy pun kurg pasti

      Padam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad