Assalamualaikum
Bismillah
Kalau korang jenis yang tak cerewet atau kurang mampu. Bolehlah mencuba beli barangan terpakai. Cuma aku nasihatkan korang kalau nak membeli tu kenalah berhati-hati dalam memilih.
Alhamdulillah, pengalaman aku sendiri beli barang terpakai di facebook tiada masalah. Barang pun okay dan masih tahan sampai sekarang.
Biasanya aku beli barang yang dijual oleh pelajar UMS sendiri. Ada yang habis semester jadi kebanyakkan pelajar tak dapat bawa balik barang terutama pelajar yang asal semenanjung.
Kenapa beli barang terpakai?
1. Harga yang murah
Salah satu sebab kenapa aku suka beli barangan terpakai atau preloved adalah sebab harga yang jauh lebih murah berbanding harga asal barang. Misalnya harga meja belajar yang aku beli daripada housemate RM25 sahaja termasuk kerusi. Malah, barangan terpakai yang aku beli sampai sekarang masih okay dan tak rosak.
Aku juga pernah beli 2 buah heater dengan harga RM30 sahaja. Dan seterika RM15 sahaja. Dulu tinggal luar hostel memang sangat memerlukan barang-barang macam nie. Kalau nak beli baru memang tak mampu. Lagipun nak guna tak lama pun, kalau barang masih bagus boleh jual balik dengan student yang memerlukan. Nak jimat kenalah jadi bijak sikit. Hehe~
2. Barang tu urgent nak diguna tetapi duit tak cukup
Sebab yang kedua adalah barang yang aku nak tu urgent sangat nak digunakan tetapi duit tak cukup. Misalnya barang yang urgent sangat seperti tilam, bantal, dan peralatan dapur untuk memasak.
Barang-barang seperti ini sangat penting bagi pelajar yang menyewa luar hostel. Apatah lagi pelajar yang tinggal jauh. Takkan nak bawa tilam dan bantal dari kampung pula kan?
Untuk pengetahuan korang barang yang aku beli kebanyakkan barangan terpakai seperti drawer, kipas, dan printer. Bukan tak boleh beli baru, cuma aku rasa tak salah pun nak berjimat cermat. Barangan preloved ini pun apa kurangnya. Cuma kena pandai pilih lah.
Cara memilih barang/pakaian preloved
1. Jenis Kain/Barangan
Pertama sekali kenalah tengok jenis barang yang kita nak tu macam mana. Kalau pakaian kita nak pakaian apa? Baju kurung ke, blouse, t-shirt ke. Jenis kain pula apa? Satin ke atau cotton ke. Penting tau.
Manakala kalau barangan yang bukan pakaian kita nak jenis macam mana? Misalnya pengalaman aku beli kipas. Aku nak kipas meja pensonic. Bukan kipas dinding ataupun kipas stand yang memanjang tu. Begitu juga dengan drawer, nak jenis berapa tingkat? Jangan main hentam je. Nak beli barang besar tetapi nanti sampai rumah tak tahu nak letak mana sebab takda tempat yang sesuai.
2. Saiz
Saiz sangatlah penting terutama sekali apabila beli pakaian preloved. Kadang nampak kat gambar macam muat je tapi bila pakai tak muat pula. Jadi kena tanya penjual lah apa saiz pakaian tersebut. Kalau rasa macam tak pasti saiz sendiri apa aku nasihatkan jangan beli. Sebab beli barangan preloved ini bukan macam kat kedai ada fitting room. Kalau tak yakin beli je baru tak payah susah-susah fikir.
3. Kualiti
Dah namapun barangan terpakai sudah semestinya kualiti barangan tidak setanding yang baru. Tetapi ada beberapa istilah yang sangat penting untuk menentukan kualiti barang preloved yang biasa peniaga labelkan iaitu :
- A. Excellent Condition : Barang berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecacatan.
- B. Like New : Barang masih dalam keadaan bagus namun sudah digunakan.
- C. Very Good Condition : Visual barang nampak seperti sudah digunakan tetapi dalam keadaan baik.
- D. Need Spa : Barang itu perlu dibaiki.
Walaupun barangan terpakai sangat penting juga pembeli untuk tahu kualiti barangan macam mana. Ada orang tak suka barangan yang dah dipakai berkali-kali walaupun barang itu nampak baru.
Kalau beli barangan perabot pula atau barangan elektrik pastikan korang tanya berapa tempoh barang tersebut digunakan? Misalnya tilam yang dah digunakan selama 3 tahun takkan korang nak beli kan?
4. Harga
Tidak dinafikan barangan terpakai mempunyai harga yang murah. Walaupun begitu, harga mestilah berbaloi dengan jenis barang. Contohnya seterika harga pasaran RM25 - 30 tetapi barangan terpakai hanya RM15 sahaja. Kiranya berbaloilah.
Kalau korang nak beli peti sejuk misalnya. Harga yang ditawarkan oleh peniaga hanya beza RM2-3 sahaja daripada harga pasaran. Lebih baik beli peti sejuk baru kan? Siap ada waranty lagi. Jadilah pengguna dan pembeli yang bijaksana okay.
5. Gambar
Kita sebagai pembeli ada hak juga untuk minta gambar sebiji dengan barang yang hendak dibeli itu. Gambar yang dimaksudkan bukan gambar yang edit tau. Gambar sebenar tanpa edit. Terkena penjual yang jujur dan baik alhamdulillah syukur. Kalau terkena penjual yang suka ambil kesempatan dan hanya inginkan duit semata-mata, minta dijauhkan.
6. Perjanjian
Part ini yang penting sekali guys. Bagi yang berminat beli barangan preloved sangat penting korang tahu bagaimana cara pembayaran. Adakah pembelian dibayar secara online? ataupun cash money? Ada penjual yang mahu transfer duit dahulu barulah mereka akan hantar barang tersebut.
Bagaimana barang tersebut kita terima? Adakah barang yang dibeli itu di hantar melalui pos? self-collect? ataupun COD? Dah tahu semuanya barulah tetapkan masa dan tempat untuk ambil barang. Lebih baik kalau barangan tersebut dihantar sendiri oleh penjual dan kita bayar secara tunai.
Ini adalah sedikit pengalaman yang dapat aku kongsikan kepada korang. Ada orang suka barang baru ada yang suka preloved. Itu semua hak masing-masing. Kalau rasa nak lebih terjamin dan kualiti yang lebih baik, beli saja yang baru.
Semoga entri ini memberi manfaat.
Korang pernah beli barangan terpakai? Apa pendapat korang tentang barangan terpakai?
Peringatan Mesra: Artikel yang korang sedang baca ini adalah *republish* daripada artikel asal yang pernah diterbitkan di 12/18/19 9:33 PM. Artikel ini masih relevan dan bermanfaat, jadi aku kongsikan semula untuk korang semua!
terpakai pun ok kan kalau masih elok :D
BalasPadamYea.. Kena Cari yg elok lah..
Padamterpakai tapi kalau worth buying why not?
BalasPadamWhy not kan sheila?
Padamwaalaikumussalam. saya suka beli pakaian dengan beg. hehe
BalasPadamYea.. Sy pun suka beli pakaian juga..
PadamSelalu beli dekat bundle lah.. Pakaian.. Okay je.. Balik basuh bersih, dah boleh pakai.. Jimat duit dan membantu perbelanjaan sebenarnya..
BalasPadamalatan elektrik @ perabut tak ada lagi..
Baju adik2 byak beli d'bundle sbb ramai sgat adik x mampu nak beli baru.. Peralatan elektrik pun kena pandai pilih juga..
Padamkdg² suka juga beli barang terpakai..
BalasPadamtgok jenis brg juga kan..
Padamx suke beli preloved tp suke jual brg preloved..bli brg2 branded tp still bleh jual harga tggi..
BalasPadamsy tak mampu beli brg branded lgi haha
Padamtp mmg bagus juga sbb kualiti kan...
barang preloved saya pernah beli adalah buku sahaja..hehe..sebab suka buku kan?Kadang2 komik yg lama2 tu,saya cari juga.
BalasPadampernah je, dan syu mmg suka beli barang preloved. Murah dan semestinya berkualiti.
BalasPadamPernah. Selalu saya beli barang2 preloved dekat aplikasi Carousell. Saya prefer barang2 preloved sebab selain harga murah, nak support usaha kitar semula barang2 yang masih elok lagi. Baju yang masih elok pun saya akan preloved kan jugak dekat Carousell. Ramai je orang beli.
BalasPadamdulu abe kie selalu je jual brg terpakai di mudah.my. ada gak terjual. tp skrg susah la nak laku...
BalasPadamSeriiiiing kak 😄😄😄. Paling sering saya beli winter coat. Krn saya sering traveling saat winter kan. Dan wintercoat di negara macam Indonesia itu mahaaaaal. Secara negara kita tak ada winter.
BalasPadamTp kalo beli di negara2 4 musim, harga winter coat memang murah. Tp tak akan kita beli disana .
Makanya saya selalu cari second coat. Kebetulan ada langganan yg menjual wintercoat branded tp dengan harga sangaaat murah dan kondisi 95% baru. Saya sukaa sangat. Mostly coats yg saya pakai saat traveling itu semua second 😄
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.