Type Here to Get Search Results !

Punca Anak Susah Tidur Malam & Tips Agar Anak Mudah Tidur

Assalamualaikum
Bismillah

Ada beberapa sebab yang menyebabkan anak susah hendak tidur malam. Antaranya ialah :

1. Tidur itu membosankan

Anak-anak merasakan bahawa aktiviti tidur adalah suatu perkara yang membosankan. Secara semula jadinya kanak-kanak suka bermain. Oleh itu, apabila ibu bapa menyuruh anak-anak untuk tidur, mereka mempunyai kesukaran untuk tidur kerana belum puas untuk bermain dan berasa bahawa tidur suatu yang boring. 

2. Tidur bersendirian/berasingan dengan ibu bapa

Ada ibu bapa yang biasakan anak-anak untuk tidur berasingan menyebabkan anak-anak sukar untuk tidur.  Biasanya orang barat mengamalkan budaya mengasingkan anak-anak daripada ibu bapa semasa tidur. 

3. Bilik yang gelap

Anak-anak biasanya tidak selesa tidur di dalam bilik yang terlalu gelap. Ibarat tiada elektrik kat rumah gitu. Ia membuatkan mereka berasa cemas terutama apabila tidur sendirian.

4. Tabiat membaca atau menonton sesuatu yang menakutkan

Ibu bapa yang sering membacakan buku cerita kepada anak sebelum tidur seperti cerita seram membuatkan anak sukar untuk tidur malam. Ibu bapa yang menonton filem seram pada waktu malam terutama sebelum tidur juga akan menyukarkan anak-anak untuk tidur malam. 

5. Waktu tidur yang salah

Waktu tidur yang kurang sesuai juga menjejaskan masa dan rutin tidur anak. Misalnya, ibu bapa yang kerap tidur lewat malam akan menyebabkan anak-anak juga mempunyai tabiat yang sama iaitu kerap tidur lewat. 

6. Kerap menonton TV sehingga lewat malam

Ibu bapa yang kerap membiarkan anak-anak untuk menonton tv sehingga lewat malam juga akan menjejaskan waktu tidur anak. 

7. Stress/Tekanan

Bukan ibu bapa sahaja yang tahu stress. Anak-anak pun berhadapan dengan tekanan juga. Contohnya, tekanan sebab kerja rumah tak siap, esok pula nak hantar. Kalau tak hantar atau siap nanti kena denda. Selain itu, tekanan dan risau sebab nak peperiksaan, terutama kepada anak-anak yang berhadapan dengan peperiksaan penting seperti UPSR, PT3, & SPM. Sebab yang lain boleh jadi juga anak-anak mempunyai masalah dengan kawan-kawan di sekolah. 

8. Kerap tidur lewat petang

Inipun faktor yang menyebabkan anak-anak mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam. Hal ini kerana anak-anak telah tidur pada waktu petang menyebabkan mereka berjaga tengah malam.

9. Kurang tidur

Tidur yang tidak cukup juga akan menjejaskan perkembangan minda dan fizikal anak-anak. Oleh itu pentingnya untuk anak-anak mempunyai pola tidur yang teratur. 

10. Tabiat perlu bantuan sebelum tidur

Misalnya perlu dibuai atau didukung sebelum tidur. Kalau tak dodoi anak tak tidur. Ataupun anak-anak yang merengek nak tengok handphone dulu sampai tertidur. Kalau tak bagi handphone menangis tak nak tidur. 

11. Terlalu penat/nap time tidak mencukupi

Sebagai contoh anak-anak yang terlalu penat dan nak tidur tetapi ibu bapa tak bagi izin sebab dah lewat petang. Tak salah untuk biarkan mereka tidur sekejap sahaja 1 -2 jam sudah memadai. Rehat yang mencukupi akan menyebabkan anak senang untuk tidur. 


12. Separation Anxiety

Normal bagi kanak-kanak yang mengalami "Separation Anxiety" sehingga mengganggu tidurnya. Misalnya anak-anak yang terbangun dari tidur menangis apabila melihat ibu bapa tiada di sisi mereka. Anak yang mengalami masalah separation anxiety ini menyebabkan anak bangun tidur lebih cepat dan mempunyai kesulitan untuk tidur kembali kecuali ditemani oleh ibu atau bapa. 

13. Tidak mempunyai rutin tidur yang tetap

Hari ini tidur jam 9, esok tidur jam 10, lusa tidur jam 12. Keadaan ini akan menjejaskan amalan tidur anak. Ibu bapa yang sering tidur lewat membina tabiat dalam diri anak-anak bahawa tidur lewat itu sesuatu yang baik. 


14. Obstructive Sleep Apnea

“Sleep apnea” adalah keadaan yang berlaku bila seseorang kerap berhenti bernafas ketika tidur. Setiap episods pernafasan akan terhenti selama 10 saat atau lebih. Ia boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana atau teruk. Saluran udara yang separuh tersumbat ataupun sempit tidak mendatangkan masalah pada waktu siang semasa seseorang terjaga, tetapi semasa tidur, lemak di bahagian leher akan memberi tekanan kepada salur pernafasan menyebabkan salur pernafasan bertambah sempit menyebabkan “Obstructive Sleep Apnea”. 

15. Alahan/Asma

Penyakit alahan atau asma juga menyukarkan anak-anak untuk mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Ada yang terpaksa bergantung dengan sesetengah ubat. Ini akan menjejaskan kualiti tidur anak.

Sekarang anda sudah tahu punca-punca yang menyebabkan anak anda sukar untuk tidur pada waktu malam. Oleh itu bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini?

Di bawah aku telah senaraikan beberapa tips agar anak mudah untuk tidur. 

1. Tetapkan waktu tidur yang konsisten

Tidur yang konsisten agar badan dan minda anak terbiasa untuk tidur pada waktu tertentu. Anak-anak akan mudah tidur pada waktu yang sama setiap malam dan bangun awal pada setiap hari. 

2. Pastikan anak-anak bersedia 30 - 60 minit sebelum tidur

Anak-anak perlu bersedia sebelum tidur. Caranya adalah dengan memberus gigi atau ambil wudhu. Ini merupakan signal bahawa anak-anak perlu melakukan perkara tersebut sebelum tidur. 

3. Jauhi daripada gadget atau elektronik

Jangan biasakan anak-anak untuk menonton tv terlalu lewat malam ataupun pegang handphone. Ibu bapa juga perlu berdisiplin untuk tidak memegang sebarang gadjet sekurang-kurangnya 1 jam sebelum tidur. 

4. Sediakan suasana tidur yang selesa

Suasana bilik tidur yang selesa akan memudahkan anak-anak tidur lena. Tetapkan suhu aircond atau kipas yang tidak terlalu panas atau sejuk. Gunakan bantal dan selimut yang sesuai dan selesa. Sebelum tidur pakaikan anak-anak dengan baju yang selesa dan tidak terlalu ketat. Sediakan patung atau apa sahaja mainan yang buat anak selesa. 

5. Senaman ringan/sederhana pada siang hari

Sebagai contoh bermain bola, berbasikal atau berjalan. Ini akan menyebabkan anak-anak lebih cergas dan senang untuk tidur.

6. Snek ringan yang berkhasiat

Ibu bapa juga boleh sediakan snek ringan untuk anak-anak seperti segelas susu dan buah epal. Ini akan menyebabkan anak tidak berasa lapar pada waktu malam. Elakkan daripada memberi minuman atau makanan manis. Apatah lagi minuman yang mengandungi kafein yang tinggi.

7. Dapatkan nasihat doktor

Jumpa doktor sekiranya anak-anak mengalami gangguan tidur yang boleh menjejaskan kualiti tidur.


Tags

Catat Ulasan

4 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Kebiasaannya kanak-kanak ni kalau susah tidur malam sebab diorang dh tidor siang. Saya selalu beritahu anak agar tutup mata dan bayang mandi di pantai atau di kolam. Haha, lepas tu tidor la mereka.

    Comment by Jawatan Kosong

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. Oh mcm tu.. Tips yg bagus juga.. Thanks for sharing..

      Padam
  2. Zaman sekarang makin mencabar, budak kecik tak tahu baca pun sibuk nak main phone.

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad