Assalamualikum
Bismillah
Nutox Advanced Serum Concentrate
Minggu lalu aku ada dapat sample percuma dari Nutox. Dalam banyak form yang aku isi, ini baru pertama kali dapat sample percuma. Jadi memang excited lah.
Memandangkan aku menggunakan alamat orang lain, jadi agak terkejut juga tiba-tiba kena chat ada surat sampai. Ingatkan surat kena blacklist PTPTN ke. haha~ Rupa-rupanya dapat sample percuma Nutox.
Sample percuma ini bagus sebenarnya. Memudahkan kita untuk mencuba produk itu sesuai atau tidak. Tetapi tidak semua juga sample kita dapat.
Beginilah rupa sebenar sample Nutox. Ada dua paket kecil iaitu Nutox Advanced Serum Concentrate dan Nutox Anti-Ageing Cream.
Selepas aku menggunakan Nutox selama 3 hari, ini adalah review aku berkenaan produk ini.
Review Nutox Advanced Serum Concentrate
Walaupun sample yang diberi agak kecil tetapi sebenarnya boleh guna sampai 7 hari sebab tak banyak pun nak guna di muka. My first impression apabila guna serum ini, aku suka sangat dengan bau dia.
Selain itu, serum ini juga cepat menyerap ke kulit dan tidak melekit. Dan paling best boleh rasa perbezaan yang ketara dalam masa 3 hari. Serious guys!
Ada yang kata serum ini sesuai untuk wanita yang berusia 20 tahun ke atas. I'm not sure. Mungkin sebab umur aku 25 tahun dah kot tu yang takda masalah nak guna. Alhamdulillah sesuai juga dengan kulit aku yang berminyak dan sesnsitif.
Kalau nak cuna boleh beli kat watson atau guardian. Di bawah adalah bentuk serum sebenar. Aku tidak pasti juga berapa harga sebenar. Anggaran dalam RM57 - RM64 juga.
NUTOX
Advanced Serum Concentrate 30ml
Review Nutox Anti-Ageing Cream
Untuk Nutox Anti-Ageing Cream pula sangat berbeza dengan serum. Apabila apply kat muka aku rasa pedih dan panas. Tetapi tidaklah teruk sangat. Mungkin sebab anti-ageing kot. Ia membuatkan muka lebih anjal.
Selain itu kulit wajah juga semakin halus dan liang pori juga mengecil. This is the best part of the cream. Nampak sangat perbezaan yang ketara selama 7 hari. Harga cream ini dalam RM33 - RM45 gitu. Boleh tahan jugalah.
Nutox
Anti-Ageing Cream 30ml
Kesimpulan
Aku suka produk Nutox sebab boleh mengecilkan pori, menghaluskan wajah dan kulit kurang berminyak. Cuma semasa nak apply tu saja ada rasa pedih dan terbakar. Macam terkena sunburn gitu. Harga pun agak mahal bagi aku. Jadi aku tak jadi beli produk ini.
Kalau korang berminat nak dapatkan sample ini boleh isi form INI
tak pernah try lagi nutox tapi tengok serum dia macam best je pakai
BalasPadamserum dia best jugalah pakai
Padamtak pernah try nutox ni
BalasPadamselamat mencuba produk baru kak nurul
Rabia cuba isilah form tu
PadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.