Type Here to Get Search Results !

Review Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite

Assalamualaikum
Bismillah

Awal bulan lalu aku telah Habiskan RM50 di Watson untuk produk skincare sahaja. Jadi hari ini setelah beberapa minggu mencuba produk yang dibeli samada sesuai atau tidak. Mari baca review hasil daripada penggunaan produk yang tidak asing lagi iaitu Safi Balqis OxyWhite. 

Review Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite

Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite (100g)

Ada dua jenis saiz untuk pembersih muka ini iaitu 50g dan 100g. Untuk pembersih muka saiz 100g berharga RM12.45. Murah sahaja bah. OxyWhite adalah gabungan antara Nano Oxygen dengan Nono BioWhite. 

Nano Oxygen ini membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar kekal segar bermaya dan berseri. Manakala Nano BioWhite pula mengurangkan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna. 

Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite telah diuji secara dermatologi dengan teknologi Mikro-buih yang mewah bertindak untuk :
  • membersih jauh ke liang pori
  • menghilangkan kotoran dan sisa solekan
  • mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
  • sesuai untuk semua jenis kulit

Packaging

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple and trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.

Dari segi reka bentuk pula berwarna gabungan putih, hijau dan biru dengan logo Oxygen nampak lebih kemas dan menarik. Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite direka dengan tube tidak terlalu kecil atau besar. Just sederhana gitu. 


Review Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite

Cara Penggunaan

Gosok pada tapak tangan dengan sedikit air sehingga berbiuh. Urut dengan lembut pada muka kemudian bilas. (Abaikan tangan aku yang berparut bekas kena cakar kucing hehe)

Review Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite

Review Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite 

Perkara pertama sekali yang aku akan lihat adakah pembersih muka ini banyak buih? hehe Kalau tak banyak buih memang dah kurang satu bintang dari aku. Aku suka sangat pembersih muka yang menghasilkan buih yang banyak macam Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite. Nampak kan dalam gambar tu banyak buih. Kalau banyak buih tak payah pakai banyak sangat pun. Jimat dan boleh pakai dengan lebih lama. Terbukti memang Mikro-Buih sangat lah.

Selain itu dari segi bau pula, Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite ini sangat wangi dan lembut. Rasa selesa dan nyaman kalau nak cuci muka. Apa yang best ia dapat membersih dengan mendalam liang pori dan menghilangkan sisa mekap korang. Aku tak pakai mekap pun tetapi memang boleh rasa perubahan pada wajah sebelum dan selepas cuci muka. 

Biasanya selepas membersihkan wajah aku akan biarkan sekejap sebelum nak apply apa-apa skincare. Kulit pun jadi lembap dan nampak lebih cerah. Sekiranya digunakan secara konsisten kulit pasti nampak lebih bersih dan cerah. 

Untuk pengetahuan korang, aku mempunyai kulit yang berminyak dan sensitif. Alhamdulillah sepanjang menggunakan produk ini selama 2 minggu tiada kesan sampingan seperti timbul jerawat atau breakout pun. 

Malah, adik aku sendiri yang berjerawat dan mempunyai bintik hitam tidak mempunyai sebarang masalah ketika menggunakan Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite. Jadi aku assume produk ini memang sesuai untuk semua jenis kulit. 

Repurchase?

Yes! Aku dah banyak kali beli produk SAFI. So far memang puas hati. Harga pun affordable. Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk watson, guardian, dan pasaraya utama. 


(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)


 Korang pernah cuba tak produk SAFI OXYWHITE? Apa pandangan korang? Best tak pakai SAFI?


Catat Ulasan

34 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. bestnya bah kalau ngam safi. banyak jimat. saya ada dry skin, mau juga cari yang bukan bentuk foam

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah.. kalau ngam produk safi nie mmg best lah.. kalau tak ngam kena cari yg sesuai juga dgn kulit :)

      Padam
  2. saya tak pernah pakai skincare produk safi ni maybe boleh try cleanser ni sebab ingat nak tukar cleanser..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. boleh lah cuba... manatau sesuai dgn Tiara ^^

      Padam
  3. pernah try cleanser safi ni.. tapi beralih arah pada produk lain hahahaa

    BalasPadam
  4. jemput join awak

    jempuutt http://www.sayidahnapisah.com/2020/02/nak-rombak-bloglist-siapa-nak-masuk-meh.html :D

    BalasPadam
  5. Aien pakai yang Safi yang sama ni, tapi cleansee + toner tu, best gilos! Jatuh cinta pulak. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pernah pakai juga yg ada toner cuma tak buat review hehe
      tu pun best juga

      Padam
  6. dulu blh pkai safi.. skrg kulit sensitif.. huhuuu

    BalasPadam
  7. Safi ni semua best kan,zaman sekolah dulu pakai cream Safi yang wangi tu.

    BalasPadam
  8. nak survey utk anak2 dara.
    yg sekarang ni diorang sesuai, cuma sukar nak beli.

    BalasPadam
  9. Bagus cleanser ni iena pernah pakai dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. safi kbyakkan memang sesuai utk semua jenis kulit.. ada juga yg tak sesuai..

      Padam
  10. Pernah pakai...tapi tak sesuai dengan kulit muka saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh yea ke.. takpa.. byak lagi cleanser yg sesuai kan..

      Padam
  11. dulu2 memang pakai safi jelah. sekarang upgrade sikit hehe
    tpi safi memang okay je, saya pun suka pakai safi :D

    BalasPadam
  12. produk yang sesuai dengan kulit ummi hanya safi je.. yg lain pedih muke.heheheh. terbaikkan safi..

    BalasPadam
  13. dulu suka betul produk safi. tapi sekarang macam dah tak jalan dengan safi. terpaksa tukar produl lain

    BalasPadam
  14. memang pakai brand Safi, entah serasi dari dulu.. tu best tu

    BalasPadam
  15. Tidak sia2 lh mmng betul berkesan..baru 4 hari saya pakai safi balqis ni kesan hitam kurang...mantap lh lelaki pun buli pakai👍👏

    BalasPadam
  16. baru nak cuba pakai safi, sebelum ni pakai pencuci safi yg ada buah manggis tu, lepas tu tukar pakai pencuci lain. jerawat terus naik, nk berbalik dgn safi lagi ni, rasa menyesal tukar produk lain haritu😅

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad