Type Here to Get Search Results !

Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran)

Assalamualaikum
Bismillah

Pada entri sebelum ini aku telah berkongsi tentang Cara Memohon Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Melalui JobsMalaysia tetapi masih ramai lagi yang menghadapi masalah semasa mendaftar seperti pendaftaran RALAT atau PENDAFTARAN TIDAK BERJAYA.

Di akhir tutorial aku akan kongsikan cara mendaftar dengan betul dan kenapa pendaftaran korang mungkin tidak berjaya. 


Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran)


1. Login Jobsmalaysia.

2. Klik Profile > Kemaskini Jawatan Dimohon (rujuk gambar dibawah)


3. Setelah itu, klik ikon/simbol seperti pensel di atas sebelah kanan untuk jawatan SPP. 

Korang akan nampak terpapar Pusat Temuduga, Kelulusan, dan Nama Jawatan. Pastikan pusat temuduga dan kelulusan adalah betul. 


4. Pilih maksimum 3 jawatan sahaja yang boleh dimohon. 

Setelah itu, skrol paling bawah dan klik SIMPAN untuk permohonan dikemaskini. 



5. Korang akan nampak gambar seperti di bawah sekiranya profile berjaya untuk dikemaskini. 


6. Klik setuju untuk PENGESAHAN.


7. Cetak akuan penerimaan permohonan sebagai rujukan.


Setelah itu, korang kena tunggu 3 - 5 hari bekerja untuk permohonan dikemaskini di SPP.

Untuk makluman korang yang mendaftar Jobsmalaysia, pastikan :
  • Korang mendaftar menggunakan laptop/PC
  • Sila TULIS NAMA PENUH sebiji seperti dalam Kad Pengenalan. Sekiranya nama korang ditulis "Binti" jangan letak "Bte". Sekiranya nama korang ada tanda simbol seperti "Nur`Aina" sila letak simbol tersebut dengan betul okay. 
  • Semak nombor telefon korang. NO TEL yang ditulis adalah double contohnya +60 [0108810083] - Sila buang "0" dihadapan. 
  • Sekiranya dinyatakan bahawa IC anda telah didaftarkan, ini bermaksud anda PERNAH MENDAFTAR JOBSMALAYSIA sebelum ini. Disebabkan pendaftaran menggunakan IC jadi tidak boleh buat akaun jobsmalaysia baru. 
  • KLIK FORGOT PASSWORD untuk reset kata laluan akan dihantar ke email yang anda dah daftarkan sebelum ini. 
  • Taip KOD VERIFIKASI mengikut kod (huruf besar, huruf kecil dan nombor).


Semoga bermanfaat.
Tags

Catat Ulasan

10 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Thanks for sharing, info bermanfaat xx :)

    BalasPadam
  2. yg masih mencari kerja boleh cuba peluang ni

    BalasPadam
  3. Good Info. Semoga semua yang try ni berjaya dan didoakan murah rezeki semuanya.

    BalasPadam
  4. Saya sudah daftar. Cumanya Step 6 dan Step 7 tak keluar. Hanya sampai Step Lima sahaja. Boleh saya tahu kenapa ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh email sy sreenshot mcm mana kamu kemaskini?
      Email di nurulatikayunus23@gmail.com

      Padam
  5. Salam cik, saya ada email cik. Nanti reply ya. TQ

    BalasPadam
  6. Hi,nak tanya bagaimana nak tukar alamat gmail baru,sbb sy da guna gmail baru...bila nak log in/buat akaun baru tak dapat sbb dah pernah mendaftar guna gmail lama...

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad