Assalamualaikum
Bismillah
Nampaknya ramadan kali ini lain daripada yang lain. Kita tak dapat nak pergi bazar. Tak boleh solat terawih. Sekiranya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan kemungkinan untuk tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri juga tahun ini.
Sedih memang sedih sebenarnya, tetapi kita kena ambil hikmah disebalik ujian yang diturunkan. Apa hikmah disebalik Ramadan tahun ini?
1. Kita dapat luangkan masa bersama keluarga di rumah.
Beribadah dan mengeratkan hubungan silaturahim bersama. Sebelum ini yang sibuk bekerja mungkin takda masa nak balik rumah masa inilah kita cuba manfaatkan masa yang diberi. Bukan semua orang dapat bersama keluarga masa PKP.
Kita yang stay at home ini bersyukurlah. Ada yang tak dapat balik rumah seperti frontliner kita kerana sibuk memerangi covid-19. Kalau dapat balik rumah pun nak peluk anak-anak pun tak dapat. Sedih~
Ada yang student terkandas kat hostel. Nak balik tak dapat. Yeaa memang mereka cukup makan dan berada di tempat yang selamat tetapi siapa yang taknak balik rumah masa macam ni kan? Sekurang-kurangnya kita di rumah boleh berbuka puasa dan sahur bersama keluarga.
Malah ada yang di rumah masih mengeluh tak dapat keluar. Biasalah manusia kan, apa yang orang lain ada, dia pun nak juga. Sedangkan kalau kita lihat sekeliling kita dah cukup pun semuanya. I'm not saying everyone but certains people je.
Kalau yang memang terlalu hidup susah tu kita tak boleh nak salahkan. Yang tak cukup makan kat rumah tak boleh nak kecam. Kita tak tahu pun apa masalah ada kat rumah. Boleh jadi ada anak-anak yang sedang kebuluran. Boleh jadi mereka telah kehilangan pendapatan.
So, kalau nampak jiran-jiran sekeliling yang betul-betul susah hulurkanlah bantuan. Jangan lupa dalam rezeki kita juga ada rezeki orang lain. Mudah-mudahan ALLAH tambahkan keberkatan dan pahala.

2. Kurangkan Perbelanjaan dan Pembaziran
Perasan tak setiap kali Ramadan ada sahaja pembaziran berlaku. Beli makanan banyak-banyak akhirnya dibuang begitu sahaja. Cuba korang taip kat google, banyak sangat news tentang pembaziran semasa Ramadan.
Bagi aku sangatlah memalukan dan memburukkan imej yang beragama Islam. Masa bulan Ramadan inilah kita dituntut untuk mengawal hawa nafsu. Bukan nafsu makan dan minum sahaja tetapi nafsu berbelanja juga.
Bukan itu sahaja sangatlah kesal apabila kita berbelanja sakan untuk persiapan Ramadan dan Syawal sehingga ada yang terpaksa berhutang keliling pinggang. Malu kalau tak buat open house. Malu kalau keluarga atau jiran-jiran datang tak dapat jamu makanan sedap-sedap. Malu kalau tak bagi duit raya. Malu kalau rumah tak tukar cadar, beli sofa baru, beli baju raya baru dan macam-macam lagi.
Bayangkan kalau kerajaan beri bantuan tetapi kita tidak gunakan untuk membeli keperluan tetapi lebih kepada kehendak dan nafsu semata.
3. Tidak Dapat Berjemaah di Masjid Bukan Bermaksud Tidak Perlu Solat Berjemaah di Rumah
Aku tahu ramai yang terkesan dan sedih sebab tahun ini tak dapat nak solat terawih di masjid. Solat jumaat pun tak dapat. Tetapi bukan bermaksud kita tak boleh solat langsung. Itu bukan alasan untuk tidak solat berjemaah di rumah.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Malaysia (SWCorp) pernah membuat kajian yang menunjukkan betapa membazirnya rakyat Malaysia dalam soal makanan. Kajian yang dibuat perbadanan ini menunjukkan rakyat negara ini membuang kira-kira 17,800 tan makanan setiap hari.Kajian SWCorp juga mendapati sepanjang tempoh sebulan Ramadan setiap tahun, sebanyak 270,000 tan makanan yang tidak diusik dibuang! Aktivis masyarakat Tan Sri Lee Lam Thye pernah dipetik sebagai berkata, "jika disusun longgokan makanan 270,000 tan itu, ia bersamaan ketinggian 30 buah bangunan KLCC!" - Astro Awani
Aku tahu bulan Ramadan inilah merupakan rezeki kepada mereka yang berniaga di bazar. Dan amatlah menyedihkan kerana tahun ini dah tak dapat pergi bazar. Aku sendiri berniaga so aku sangat faham, apatah lagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada gaji harian sahaja.
Cuma apa yang aku nak sampaikan ialah diri kita sebagai pembeli haruslah bijak berbelanja dan elakkan pembaziran. Kalau boleh memasak di rumah itu lebih baik.
3. Tidak Dapat Berjemaah di Masjid Bukan Bermaksud Tidak Perlu Solat Berjemaah di Rumah
Aku tahu ramai yang terkesan dan sedih sebab tahun ini tak dapat nak solat terawih di masjid. Solat jumaat pun tak dapat. Tetapi bukan bermaksud kita tak boleh solat langsung. Itu bukan alasan untuk tidak solat berjemaah di rumah.
Baca Sini : Panduan Lengkap Solat Berjemaah
Ganjaran bagi orang yang rajin melakukan solat secara berjemaah adalah terlalu besar. Mafhum daripada hadis Nabi SAW mengatakan bahawa:
Sesiapa yang terlalu rindu untuk ke masjid semata-mata ingin melakukan solat secara berjemaah, sesungguhnya Allah SWT akan meletakkan hambaNya itu di bawah naunganNya di Padang Mahsyar kelak pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan Allah sahaja. — Sahih Bukhari, hadis no 660 Jilid 2. 143
4. Nikmat dan Ujian Adalah Untuk Tingkatkan Keimanan
Apapun yang terjadi samada nikmat dan ujian pasti ada hikmah. Samada ia mendekatkan diri kita kepada Allah swt ataupun semakin jauh dan kufur.
Dalam surah al-Ankabut ayat 2, Allah telah berfirman yang mafhumnya, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji?” Bermakna apa juga musibah, bala atau ujian yang Allah datangkan dan izinkan berlaku, bagi meningkatkan lagi keimanan dan darjat seseorang hamba itu di sisi-Nya.
5. Allah tarik sedikit nikmat untuk diberikan nikmat yang lebih besar
Ujian yang ditimpakan kepada manusia adalah untuk menguji kesabaran dan keimanan kita sebagai hamba. Jika kita sabar dan redha nescaya pasti ada nikmat yang lebih besar sedang menanti. Selama ini kita mungkin terlalu leka dengan dunia jadi Allah uji kita supaya kita tidak lupa bahawa dunia ini hanya sementara. Harta, kekayaan, kemiskinan, kesusahan dan rezeki lain yang diberikan itu bila-bila masa Allah boleh tarik.
Perasan tak sekarang Negara kita jadi semakin lama semakin baik. Kita boleh lihat siapa pemimpin yang jujur dan telus. Kita lihat semakin ramai masyarakat yang bersedekah, memberi bantuan dan sebagainya. Tidakkah ia begitu indah dilihat?
Mungkin selama ini nikmat yang kita ada kita tidak pernah kongsi dengan orang lain. Tetapi ujian ini telah membuka ramai orang termasuklah golongan yang kaya raya untuk lebih banyak memberi sedekah dan sumbangan.
Antara kelebihan bersedekah
1. Baginda s.a.w bersabda yang bermasud: “Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api” - Hadis Riwayat at-Tirmidzi
2. Allah berfirman yang bermaksud: “Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipat gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerahNya) lagi Maha Mengetahui.” Surah al-Baqarah: Ayat 261
3. Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.” Hadis Riwayat at-Thabrani
4. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya (Ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”
6. Memberikan Kesedaran kepada Kita.
Manusia ni selagi tidak kena musibah selagi itulah dia tidak pandai sedar diri. Selama ini Allah bagi nikmat yang tiada pada negara lain seperti di Malaysia. Nak tahu nikmat apa? Nikmat keamanan. Selama ini negara kita aman damai, tiada berlaku peperangan. Kita bebas ke sana ke mari. Kita bebas buat apa yang kita suka.
Tetapi kebebasan kita itu kita salah gunakan. Yang kaya semakin kaya dan bangga dengan apa yang mereka ada. Apa yang mereka mahukan mereka dapat. Ada yang sehingga menindas golongan tertentu. Jenayah dan kemalangan semakin berleluasa. Politik semakin semakin hari semkin kotor dengan nafsu serakah dan tanggungjawab terhadap rakyat dilupakan.
Masyarakat semakin sombong, riak, dan takbur. Maka Allah turunkan ujian Covid-19 untuk menyedarkan kita bahawa kita hanyalah manusia biasa yang kerdil dan lemah. Tanpa kesatuan yang teguh tidak tidak akan dapat melawan virus ini. Ujian ini tidak peduli agama, bangsa dan negara.
7. Tanda Allah Masih Sayang
Percayalah kalian. Tidak kira apapun agama semua ujian adalah tanda Allah masih sayang kat kita. DIA taknak kita terus leka, sombong, dan nak kita kembali kepada-Nya. Berapa banyak nikmat yang ALLAH beri kita tidak pernah syukuri? Nikmat keluar rumah, nikmat bekerja dan berniaga dan sebagainya.
Jika Allah tidak sayangkan kita maka pastilah Allah biarkan sahaja kita lakukan sesuka hati dan dibiarkan mati dalam keadaan sesat dan kufur. Korang nak ke meninggal dunia dalam keadaan yang kufur?
Nak ke kena Covid-19 tu? Rasa diri dah kebal sangat? Esok lusa kita tidak pasti pengakhiran hidup kita macam mana. Kalau rasa diri dah cukup banyak pahala syukurlah. Aku ni tak tahu dapat masuk syurga atau tak. Sementara ALLAH bagi nyawa untuk bernafas dimuka bumi ini aku nak kita sama-sama muhasabah diri.
Aku nak kita semua masuk syurga sama-sama. Aku nak kita semua bahagia. Apa yang baik di blog ini semuanya datangnya daripada Allah. Mana yang buruk korang tegurlah aku dan jadikan pengajaran.
Ramadhan kali ni, Allah bagi peluang kat kita untuk gunakan fokus padaNya. ^^
BalasPadamBetul tu.. Selamat menyambut bulan Ramadan..
PadamNice sharing kak Nurul... ngeee selamat berpuasa tau!! ^_^
BalasPadamSelamat berpuasa ^^ Hana~
Padamsungguh setiap satu itu ada hikmahnya
BalasPadamselamat berpuasa =)
suka baca point ke lima... btw, selamat berpuasa !
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.