Assalamualaikum
Bismillah
Sebenarnya Kuih Piang adalah nama bagi tradisi orang sabah. Aku tak tahu negeri lain panggil apa. Ada yang kata pau goreng dan macam-macam lagi. Resepi ini mak yang ajar. So far memang menjadi lah.
Bahan-Bahan :
- 3 cawan tepung gandum
- 1 sk garam
- 1 sudu makan yis yis
- 1 biji telur
- 2 sudu gula
- 2 sb susu
- Mentega
- Inti kacang hitam
- Minyak untuk goreng
Cara-cara untuk membuatnya :
1. Masukkan tepung, garam, yis, telur, gula dalam mangkuk besar. Kacau sehingga sebati. Kacau pakai tangan ya. Macam buat kuih donut tu. Ada yang campurkan yis dalam air tetapi tak jadi pula kalau aku buat hehe~
2. Bancuh susu pekat dengan air. Sukatan susu 1 gelas ya. Masukkan susu dalam adunan tadi. Gaul sehingga sebati (tidak keras dan cair) sampai boleh diuli dengan tangan.
3. Tambah mentega dan uli adunan sehingga menjadi doh. Uli sampai tidak melekit di tangan. Biarkan adunan kembang selama 15 - 20 minit.
4. Ambil adunan sedikit dan buat seperti bebola ikan. Ambik 1 bentuk dan leper kan (macam kita buat karipap tu). Masukkan inti kacang hitam. Tutup dan bentukkan bulat.
5. Setelah itu, adunan yang berisi inti kacang hitam korang leperkan. Boleh tekan je guna tapak tangan atau guna penguli tepung pun boleh.
6. Panaskan minyak pada api yang sederhana. Goreng sehingga kemerahan jangan terlalu lama. Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Dapnya,, hari tu berangan nak buat. Order kacang merah nak buat inti dengan laki, lalu tak dibelikan. hurm.. makan la pau sambal je. Hehe
BalasPadamhaha sy pun ary tu kirim kat mak ja suruh belikan.. sedap teringin nak makan sgat ..
Padamfes time dengar nama kuih piang..
BalasPadamsaya ingatkan paungoreng tadi..
hehe.. rasanya pau goreng kot kalau org Melayu panggil.. kat sabah panggil kuih piang..
PadamBetul...biasa kt semenanjung org paggl pau gorang..Brunei pggl kui piang...
PadamWah sedapnya kuih Piang ini ..., saya ingin mencobanya.
BalasPadamThanks for recipe.
Salam dari Indonesia
Salam Ramadan ^^ Selamat mencuba
Padambuat juadah buka pun sedap ni...
BalasPadamYea selalu makan utk minum petang.. time2 puasa nie utk juada berbuka ^^
Padamkitaorg panggil pau goreng....haaa...nanti plan nak buat kuih ni sbb dah lama teringin nak makan. selalu kalau beli cakoi mesti beli sekali kuih pau goreng ni
BalasPadamsy baru tau yg kuih nie org panggil pau goreng haha
PadamMentega berapa banyak kita guna?
BalasPadamSedapnya kuih ni. pernah makan tapi tak tahu nama. sedap buat sendiri boleh letak inti lebih sikit :)
BalasPadamMenarik juga ni. Tak pernah rasa inti kacang hitam. Biasa kacang merah
BalasPadamHa'ah dekat Selangor panggil pau goreng hehe
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.