Type Here to Get Search Results !

Rugi dan Menyesal Jadi Member BITERS??

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku ingin meluahkan perasaan sepanjang aku join Bite Media Consultants ni. Kalau bloggers yang lain nak kecam aku pun dipersilakan. Yang penting korang baca sampai habis kenapa aku kata RUGI DAN MENYESAL MASUK GROUP BITERS ONLINE CLASS nie.

Aku kena berterus terang kalau tak semakin lama semakin ramai yang terjebak sama untuk masuk group ini. Setakat ini ada 85 ahli biters dah yang join. Dan aku pasti mereka pun rasa rugi dan menyesal juga.

Aku nak bagitau perasaan pertama yang alami adalah aku rasa sangat RUGI jadi member BITERS kalau tak praktikkan apa yang dikongsikan dalam group. Dah lah kena bayar yuran tetapi tak nak bertindak untuk membuat perubahan dalam blog. 

Ya mungkin ada yang kata aku masuk hanya untuk suka-suka, but still aku rasa rugi kalau peluang untuk improve dah ada depan mata tetapi tak usaha untuk memperbaiki kemahiran berblog.


sumber gambar group Facebook BITERS Online Class

Tak semestinya bila dah join kena dapat income banyak setiap bulan. Ada banyak benda kita boleh belajar dalam group ini, contohnya seperti kemahiran menulis blog dengan betul, cara nak tingkatkan trafik blog, skill menulis teknik SEO dan banyak lagi. 

Alaa.. setakat RM100 tu bukannya banyak. Tetapi bagi ahli yang macam aku yang sebelum ini teringin sangat nak join tetapi disebabkan masalah kewangan aku terpaksa bersabar dan kumpul duit semata-mata nak join group ini. Sampaikan Sis Hawa sendiri sanggup offer job untuk aku sebagai yuran untuk masuk group biters. 

Alhamdulillah, belum sempat Sis Hawa nak tolong, rezeki dari Allah aku dapat job menulis. To be honest masa tu desperate gila nak join mana-mana kelas blogging selepas aku buat keputusan untuk jadi fulltime blogger. 


Sekitar bulan Oktober 2019 akhirnya aku berjaya jadi ahli BITERS. Aku nekad nak join dengan niat dan tujuan untuk menimba ilmu tentang blogging dan asah kemahiran menulis dengan lebih baik. Aku dah laburkan RM100 untuk ilmu. Jadi aku rasa sangat rugi kalau aku tak cuba untuk praktikkan sendiri di blog. 

Perasaan kedua yang aku rasa selepas join GROUP BITERS ONLINE CLASS ini ialah MENYESAL. Aku nak bagitau kat bloggers yang baru join GROUP BITERS ONLINE CLASS, pasti aku rasa menyesal sangat kan sebab tak join group ini awal-awal. 

Masa pertama kali jadi BITERS ni, Ya Allah bergegar tau lutut aku sebab ramai gila ahli biters yang hebat-hebat belaka. Rasa segan sangat dengan blog kita yang biasa-biasa saja. Dah lah hebat, peramah dan tak lokek dengan ilmu. 

Setiap hari di group ada sahaja benda baru yang aku akan belajar. Perlahan-lahan aku cuba untuk aplikasikan di blog. Dan hasilnya boleh lihat sendiri perubahan dalam blog sendiri sebelum dan selepas join Group BITERS Online Class.

Masih tak percaya? Ini aku tunjuk bukti apa yang aku dapat daripada BITE MEDIA CONSULTANT.

Pageviews Semakin Hari Semakin Meningkat

Serius guys, aku tak tipu. Senang je .. just aplikasi ja apa yang ada dalam group. Mana yang perlu diubah..cubalah untuk perbaiki.

Korang nampak kan sangat ketara perubahan dari segi pageviews last month. Inipun screenshot data yang aku masih simpan. Kalau pageviews sebelum join BITERS hanya hanya 1000 per day sahaja paling tinggi. 


Trafik blog sekitar bulan Februari


Trafik blog sekitar bulan Mac hingga kini

Dan pencapaian aku sebagai seorang blogger yang paling menggembirakan ialah aku berjaya capai 1 Juta Pageviews dalam masa 2 tahun. Tahun ni nak target 2 juta pula. 



Kebanyakan Artikel Berjaya Berada di Halaman Pertama Google

Alhamdulillah, beberapa artikel aku juga berjaya mendapat tempat di halaman pertama google. Malah artikel yang aku baru tulis 2 hari lepas iaitu Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email Untuk Semak Penyata KWSP telah berjaya berada di halaman ketiga google. 



Jana Pendapatan Dengan Blog

Dan paling penting sekali apabila dah join group BITERS aku juga boleh buat duit secara online dengan berblog sahaja. Salah satunya adalah dengan menjana pendapatan pasif melalui Google Adsense. 

Setakat ini aku dah berjaya cashout kali kedua pada bulan Mac. Dan tak lama lagi bulan depan aku dah boleh cashout Google Adsense kali ketiga. Insya'Allah. 




Siapa yang tak nak jana pendapatan sampingan kan dengan hanya menulis kan. Tulis..tulis je pun  duit masyukk poket. Boleh buat belanja dapur sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. 

Secara kesimpulan, RUGI dan MENYESAL tak jadi ahli BITERS?

Jawapan aku ialah RUGI kalau dah join tapi tak bertindak untuk melakukan apa-apa perubahan pada blog. MENYESAL sebab aku tak dapat join dari mula lagi sejak BITE MEDIA CONSULTANTS ini ditubuhkan.



Aku tak paksa pun korang join. Aku cuma nak berkongsi banyak manfaat apabila kita mengikuti kelas online sebegini. Apatah lagi macam aku sendiri yang hanya bekerja dari rumah. Pendapatan aku sepenuhnya daripada blog. Hasil berblog itulah aku laburkan untuk belajar lebih banyak lagi tentang blogging dan bisnes. 

Sekiranya korang berminat nak jadi ahli BITERS juga. Boleh dapatkan maklumat lanjut di :


P.S : Jangan risau, aku sayanggg sangat #BITERS!


Tags

Catat Ulasan

38 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. ngehhhehheh...terasa KG sbb tak praktik bebetul ilmu dalam BITERS ni.Baiklah..KG akan segera buat perubahan..Tahniah nurul dengan pencapaian yang bagik sekali.

    BalasPadam
  2. yeaa..betul..rugi & nyesal jadi BITERS kalau tak praktik apa yang diajar...akak pun tgh cuba praktik sikit2 ilmu yg dpt dri BITERS...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah kak.. Perlahan belajar kan.. No need to rushing..

      Padam
  3. aah hari tu sis hawa ada bg explanation dkt group sbhan, yuran dia mmg rm100 ka? sha nak join..nak setup balik blog, nak jd full time mcm nurul juga..haha..tp tgu ada duit lbh bru contact sis hawa..tq sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yea kak Shaa.. InsyaAllah.. Semoga dimurahkan rezeki buat kak sha sekeluarga ^^ .. Bila2 pun boleh join..

      Padam
  4. terasa pulak KG sbb x praktik sepenuhnya ilmu d BITERS. Apapun lepas ni akak akan berusaha lebih. Tahniah buat nurul dgn pencapaian terbaik ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak kak.. Sy minta maaf lau buat akak terasa.. Huhu.. Apapun ahli biters yg lain juga hebat2 belaka.. Sy pun bru belajar juga..

      Padam
  5. kak pip pun down last month, ni baru ada semangat balik mau menulis.
    PV pun jatuh teruk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa kak.. Mungkin akak sibuk dgn urusan seharian kan.. Blog bila2 ja.. Keep it up.. Rindu juga nak blogwalking di blog kak pip..

      Padam
  6. Ya Allah bestnya Nurul! terasa macam nak join biters pulak.. Tapi segannya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn segan.. yg baru nk mula buat blog pun ada ni haa.. marilah

      Padam
  7. ray x hebat pun but still happy dapat jadi one of the biters.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thats true.. I'm glad to be one of the biters..

      Padam
  8. saja buat sis terkejut kan!!! hahahaha.. nurul nurul... =D anyway, tahniah ye.. kipidap.. kita terus usaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha xD
      Terima kasih juga atas ilmu dan tunjuk ajar kak awa.. semoga biters semua sukses!

      Padam
  9. serius banyak ilmu baru bila masuk Biters ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. belum habis lagi hadam semua dlm group...

      Padam
  10. Balasan
    1. Bloggers yg lain juga hebat2 belaka.. semoga entri ini sedikit semangat dapat memotivasikan blogger yg lain..

      Padam
  11. Your welcome kak.. hahaha tajuk yg mengundang kontroversi..
    Betul.. yg berminat boleh join biters! :D

    BalasPadam
  12. Mula-mula baca tajuk tu memang terkejut jugak hehe, lepas tu baca dari atas sampai bawah.. Apo la nurul 😂

    BalasPadam
  13. tq share.... mcm nak join je.... nak servey2 dulu lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe servey dulu.. lau berminat bole join ^^ sgat dialu-alukan..

      Padam
  14. good luck dik, smoga terus ke depan

    BalasPadam
  15. Seronok dpt join jd biters ni. Byk yg dikongsikan cuma kita kena apply dan dapat hasilnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeaa betul.. ahli biters semua pun hebat2 belaka dan peramah

      Padam
  16. Semoga ahli biters berjaya dlm blogging dan sentiasa istiqamah menulis blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. InsyaAllah aamin.. semoga Nadia juga sukses dlm blogging dan istiqamah menulis ^^

      Padam
  17. mesti dapat cecah 2 juta kalau macamni. tahniah nurul!

    BalasPadam
  18. Tahniah..ada terbaca pasl biters ni ..skali google keluar entri ni..nak tambah ilmu lagi pasl blogging ..mohon share ilmu

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad