Assalamualaikum
Bismillah
Tips Bangkitkan Selera Makan Ketika Sahur
Bukan kanak-kanak sahaja yang kurang selera makan ketika bersahur. Orang dewasa pun ada juga yang kurang berselera semasa bersahur. Ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk bangkitkan selera makan korang ketika bersahur.
1. Elakkan Terlalu Kenyang Ketika Berbuka
Aku tahulah dah puasa sehari kan, jadi nampak makanan je semua pun nak sumbat dalam mulut semasa berbuka. Sebenarnya kalau berbuka puasa ni tak perlu pun nak makan banuak sampai kenyang.
Nanti dah kenyang perut, badan pun jadi lesu dan malas. Nak solat Maghrib pun senak perut macam orang mengandung. So makan biar berpada-pada.
Salah satu faktor kurang selera makan sewaktu sahur inilah sebab dah terlalu kenyang. Apabila dah kenyang, diri pun malas nak bangun sahur. Sedangkan kita digalakkan bangun bersahur. Jadi, elakkan terlampau kenyang sewaktu berbuka puasa supaya dapat membangkitkan selera makan ketika bersahur.
2. Kalau Boleh Jangan Makan Sorang
Kalau korang makan sorang semasa sahur of course lah selera pun kurang. Takda kawan nak cerita. Yang tinggal dengan keluarga tu bersyukurlah sebab dapat sahur bersama-sama. Kalau tinggal kat hostel boleh sahur dengan kawan sebilik makan berjemaah. At least tak lah sunyi sangat.
Kalau yang terpaksa berjauhan dengan keluarga, boleh cuba video call tanya khabar. Sekurang-kurangnya taklah bosan makan sorang kan.
3. Buat Persiapan Sahur
Bangun awal dan buat persiapan untuk bersahur dapat menaikkan selera makan. Sekurang-kurangnya kita tidak terlalu kelam-kabut nak memasak. Kalau bangun dekat nak habis waktu bersahur mood nak makan pun dah hilang sebab nak makan apa pun tak sempat.
Paling tragis, kalau korang bangun tapi hanya sempat minum air kosong sahaja. Kan sudah jadi tidak best! Nanti esok pagi perut masuk angin. Lagi teruk kalau yang ada penyakit gastrik. Jadi, bangun lebih awal okay.
4. Menu Sahur Yang Pelbagai
Selalu nak berbuka bukan main lagi menu tu kan. Semasa sahur pun tak salah juga nak pelbagaikan menu untuk membangkitkan selera makan. Apatah lagi anak-anak yang kadang liat nak bangun. Menu yang pelbagai tidak semestinya banyak.
Cukup sekadar ada nasi, lauk dan sayur. Pastikan korang makan makanan yang berkhasiat yang bernutrisi tinggi untuk tenaga yang berpanjangan. Kalau boleh banyakkan makan buah-buahan seperti epal, pisang dan anggur. Jangan lupa kurma dan susu.
Korang boleh cuba beberapa resepi di bawah :
- Resepi Ringkas Sosej Masak Sos
- Resepi Air Sirap Bandung Cincau
- Resepi Kuih Piang Inti Kacang Hitam
- Resepi Ringkas Ayam Masak Kurma
tips yang baik, kalau kak ana sahur ni selalu buat menu sarapan pagi je nurul baharu lah berselera sikit nak makan :)
BalasPadamnombor 2 tu mmg x boleh buat apa sbb mmg xde org utk sahur sekali haha
BalasPadamelak mkn sorg tu betul..ada geng baru berselera 😊
BalasPadamNice sharing.. makan sorang2 xberselera la heheh
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.