Assalamualaikum
Bismillah
Muzakarah telah mengambil ketetapan bahawa :
a. Kaedah pembayaran zakat fitrah boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian di negeri masing-masing dengan mengambilkira peraturan Perintah Kawalan Pergerakan semasa.
b. Kadar zakat fitrah mengikut ketetapan yang diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri. Walau bagaimanapun, jumlah bayaran yang perlu dibuat adalah bergantung kepada kemampuan pembayar dan ketua keluarga.
Pembayaran zakat fitrah boleh dilakukan melalui :
- wakil-wakil amil yang bertauliah atau
- membayar secara dalam talian melalui saluran Perbankan Internet (online banking)
- Gerbang Pembayaran Atas Talian (online payment gateway) seperti Snap N Pay, MYeG dan Boost kepada Majlis Ugama Islam Sabah.
Cara Bayar Zakat Fitrah Sabah Secara Online
Langkah 1
DAFTAR https://www.myeg.com.my/register (bagi pengguna baru)
Kalau dah daftar boleh LOGIN di https://www.myeg.com.my/login
Masukkan USERNAME dan PASSWORD dan tekan LOGIN
Langkah 2
Setelah itu pilih ZAKAT ON INDIVIDUAL (seperti dalam gambar)
Langkah 3
Pilih PUSAT ZAKAT SABAH (Majlis Ugama Islam Sabah)
Langkah 4
Sila pilih "BAYAR ZAKAT" untuk bayar zakat fitrah. Untuk pembayaran zakat selain zakat fitrah boleh pilih "TAKSIR ZAKAT".
Langkah 5
Masukkan butiran tersebut :
- Tahun : 2020
- Jenis beras : Beras kategori 1 atau 2 (aku pilih no 2)
- Nisab : RM 6.00 atau RM 7.50
- Bilangan orang : 1 sekiranya untuk diri sendiri (lebih dari 1 sekiranya ada tanggungan)
Klik "Kira Zakat".
Dan tekan "Seterusnya" untuk langkah seterusnya.
Langkah 6
Teruskan untuk PENGESAHAN. Sekiranya maklumat tidak lengkap atau salah sila lengkapkan maklumat dahulu.
Langkah 7
Pilih "SETERUSNYA"
Langkah 8
Baca LAFAZ AKAD ZAKAT FITRAH samada untuk diri sendiri, dari sendiri dan tanggungan ataupun bagi pihak/wakil.
Klik "OK" untuk teruskan.
Langkah 9
Pilih samada korang nak buat pembayaran melalui KREDIT KAD ataupun ONLINE BANKING. Aku pilih "online banking".
Langkah 10
Tanda petak kecil segi empat sebagai SETUJU dengan terma dan syarat.
Klik "FPX Internet Banking" untuk teruskan pembayaran.
Langkah 11
Pilih SENARAI BANK (aku bayar menggunakan CIMB BANK)
Masukkan EMAIL untuk menerima RESIT SEMENTARA.
Klik SUBMIT
Langkah 12
Seterusnya ia akan direct ke website Cimb Clicks. Pastikan amaun yang dibayar adalah betul.
Request TAC dan masukkan kod tac. Klik submit.
Alhamdulillah pembayaran telah berjaya.
Korang boleh print ataupun simpan RESIT SEMENTARA untuk bukti pembayaran.
Bukan itu sahaja, korang juga akan menerima EMAIL BUKTI PEMBAYARAN telah dilakukan.
Untuk makluman anda semua, tutorial pembayaran zakat ini dibuat pada tahun 2020 ya. Kadar zakat fitrah berubah setiap tahun ya.
Anda boleh menunaikan Zakat Fitrah secara online melalui :
1. Online Banking:
- Maybank - Bank Islam - Bank Rakyat - Agro Bank - BSN
2. Online Portal:
- Myeg - Pos Malaysia - Snap&Pay - Tulus
3. Apps (Google Play) & (AppStore):
- Tulus - Shoppe - Boost - Snap&Pay - MAE - Myeg
4. QR Code:
- Bank Rakyat - Maybank
Untuk maklumat lanjut tentang kaedah bayaran zakat boleh terus ke laman web Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS)
terbaik 👍👍👍 tapi sy tfikir dgn para amil yg memungut zakat ni. mcm mn keadaan dorg time pkp
BalasPadamSemoga mereka baik2 saja..
Padaminfo berguna, saya dah byr guna banking online
BalasPadamSemoga bermanfaat :)
PadamWaa.. bagus dah bayar awal2..
time pkp ni sangat mudah utk bayar zakat secara online. nice sharing :)
BalasPadamyeaa betul tu.. skrg mostly guna online ja
PadamAssalamualaikum. Wah bagusnya. terus sebarkan kebaikan!
BalasPadamThanks for sharing. Lain rasanya bila tak boleh bayar depan2 ni.
BalasPadamTak merasa la macam nak nikah hehe.
hikmah MCO.. kita tahu ruksah nak bayar zakat
BalasPadamsecara online..
Betul tu sis..
PadamBoleh bayar sekali gus utk 3org kaa?
BalasPadamboleh.. utk diri sendiri, diri sendiri termasuk tanggungan dan kita wakilkan utk org..
PadamJenis zakat byar online tu mau pilih zakat apa? Tiada dalam senarai zakat fitrah.
BalasPadamTengok langkah 4.. Ada zakat fitrah di situ.. Klik terus 'bayar zakat' dan pilih 'zakat fitrah'
PadamKalau bayar utk tanggungan sekali, tidak perlu masukkan IC mereka kan?
BalasPadamTak perlu kita yg wakil .. Jadi letak ja nak bayar utk brapa org t'masuk diri sendiri..
PadamAlhamdulillah..terima kasih atas info ini, semoga Allah sentiasa memudahkan urusan dalam hidup mu
BalasPadamAlhamdulillah semoga membantu.. InsyaAllah aamin semoga Allah permudahkan urusan kita semua..
PadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.