Assalamualaikum
Bismillah
Aku rasa belum terlambat lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua rakan blogger dan pembaca sekalian. Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, jujurnya hati ini berasa sayu. It's been 8 years since my grandfather passed away. 2 years later, my grandmother left us. Walaupun telah bertahun namun kehilangan mereka seolah-olah baru semalam.
Ramai yang kata rindu mahu balik kampung. Yang dirindui sebenarnya bukanlah kampung halaman, tetapi orang tua kita dan keluarga kita. Home is people. Not a place. If you go back there after the people are gone, then all you can see is what is not there anymore.
Raya kami sekeluarga seperti tahun-tahun sebelum ini juga. Hanya di rumah sahaja tidak kira sebelum PKP ke memandangkan keluarga semua duduk jauh. Lagipun kami sekeluarga memang tinggal bersama.
Apa yang berbeza dengan suasana aidilfitri tahun ini, keluarga yang terdekat yang non-muslim tidak dapat datang rumah beraya sebab bapa tidak mahu menerima tetamu untuk mengelakkan diri daripada risiko dijangkiti. Rumah kami pun memang sempit, Kami sekeluarga ja pun dan 10 orang kalau tambah tetamu mungkin lebih dari 20 orang.
Tiada perbezaan raya tahun ini dengan sekarang, kami sentiasa sambut raya dengan sederhana. Bergambar pun memang antara kami adik-beradik sahaja. Okay selesai ucapan semua.
Beberapa hari ini mood blogging aku tak berapa okay. Rindu mahu menulis tapi susah juga menulis time emosi tak stabil ni. Kemudian, hari ini aku cubalah buka blog, manalah tahu kan ada benda menarik boleh cerita
Seperti biasa kalau aku buka blog aku mesti tengok statistik blog macam mana. Ada peningkatan pageviews ke? Kalau menjunam pula sebab apa pula? Masa raya pertama tu pageviews jatuh habis daripada 10k kepada 3k je. Semua pun masih mood beraya kan. Aku pun tak buka blog langsung.
Pageview menjunam semasa Hari Raya Aidilfitri
Bagi aku normal lah menjunam masa ni. Yang penting selepas beberapa hari kena tengoklah ada perubahan atau kekal jatuh macam tu. Alhamdulillah, start raya ke 3 sehingga kini dah naik balik macam biasa.
Entri Berjaya Cecah 100k Pageviews
Aku assume trafik kembali naik disebabkan beberapa entri aku yang sepanjang masa sentiasa mendapat kunjungan. Inilah kelebihan apabila kita buat entri yang berbentuk evergreen. Tak update pun orang sentiasa cari. Pageviews jatuh pun entri ini akan menyokong pageviews kita.
Bagi aku setiap entri yang ditulis itu aku nak ia mempunyai trafik yang konsisten dan tinggi. Aku tak nak terlalu fokus update terlalu banyak entri tetapi tidak mendatangkan trafik yang memuaskan.
Apabila sebuah blog itu berjaya mengekalkan trafik yang tinggi secara konsisten dalam tempoh masa yang lama menunjukkan apa yang aku kongsi itu adalah sesuatu yang semua orang sentiasa cari dan baca.
Ini cuma pendapat akulah. Lain orang lain cara dia kan. hehe
Seperti yang aku pernah kongsikan kat Cara Menulis Artikel Sehingga Boleh Mencecah 10k Sehari Kekuatan blog itu sangat penting. Dan kekuatan blog aku adalah tips, panduan dan infomasi. 4 daripada 10 entri popular adalah berbentuk TIPS & PANDUAN yang mempunyai pageviews yang tertinggi. Diikuti dengan REVIEW dan RESEPI.
Macam mana nak dapatkan 100k pageviews untuk setiap entri?
Bukan senang nak dapatkan 100k pageviews untuk setiap entri. Tetapi tidak mustahil. Kalau korang tengok entri aku yang berpetak merah tu kira rendah dah. Biasanya entri yang macam nie aku akan cuba perbaiki balik dari segi konten.
Mungkin ada info yang terkurang ataupun kurang menarik. Aku usaha lagi untuk naikkan trafik untuk entri ini. Mungkin korang tak perasan ada beberapa entri aku yang di publish semula. Bergantung juga dengan trend semasa. Kalau masa musim kemasukan pelajar di UMS aku memang rajin kemaskini info masa aku belajar kat UMS dulu.
Bukan tak boleh buat entri baru, tetapi kalau entri lama korang ada kaitan dengan trend masa kini korang cubalah kemaskini balik. Mana-mana entri korang yang mungkin dulu berada di halaman pertama google tetapi sekarang dah tenggelam sebab orang lain pun banyak dah buat entri yang sama dengan kita.
Terima kasih sebab sudi baca blog ini.
Wah...tahniah. kita nak cakap 200 pun lambat. 🤣
BalasPadamNanti nak bacalah tips². Mana lah tahu kan
tahniah ye :)
BalasPadamTahniah
BalasPadamcongrats! keep blogging sis:)
BalasPadamTahniah!sy dah lama tak jenguk blog ni...hopefully masih maintain..huhu
BalasPadamTahniahhh.. Keep blogging ye!
BalasPadamtahniah
BalasPadamtingginya
Wow tahniah
BalasPadamWahh tahniah! Selamat hari raya sis! Betul sangat. Bukan rindu kampung tapi rindu semua yang ada di kampung.
BalasPadamIdola!
BalasPadamtahniah kak
BalasPadamdone follow.. nice blog.. follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/
BalasPadamSlmt hari raya nurul..bstnya dpt 100k pv..msti masyuk ads kan hihi..gud luckk
BalasPadamTahniah.
BalasPadamSelamat Hari Raya :)
Woww.. bestnya. Bila tahu nk dapat cmni juga
BalasPadamPower gila. ray pun dah jarang dpt update sbb busy these days. unlike last time, I had so much free time to write about a lot of things and update regularly.
BalasPadamI need to step up.
Tahniah nurul..All the best!
BalasPadamtahniah
BalasPadamSelamat hari raya nurul.
BalasPadamBanyak tu PV sampai 100k. Fuhh. Hebatnya 👏
Suka point yang nurul kata tu, entry yang berkualiti 》 trafik yang yang banyak.
Semoga terus konsisten..
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.