Type Here to Get Search Results !

Masalah Haid Yang Perlu Diketahui Oleh Setiap Wanita

Assalamualaikum
Bismillah

Normal bagi golongan wanita yang telah baligh mengalami kitaran haid setiap bulan. Namun, setiap wanita yang mengalami haid ini adalah berbeza.

Ada yang mengalami pengeluaran darah yang sedikit dalam tempoh yang singkat. Ada juga yang mengalami kitaran haid yang panjang dan banyak.

Masalah haid, normal atau luar biasa?

Selalunya selepas beberapa tahun mengalami haid, kita sudah boleh memahami tentang kitaran haid, menjangkakan tempoh period serta jumlah aliran darah. 
Apabila berlaku sesuatu di luar kebiasaan, seperti tompokan darah antara tempoh haid atau mengalami alirah darah yang luar biasa, pastinya kita menjadi risau. 

Ada ketika masa period sedikit lewat daripada kiraan. Ada ketika period tapi darah tak banyak. Ada juga masa dimana period macam biasa juga tetapi berpanjangan.

Adakah masalah haid yang dialami itu normal atau ia sesuatu yang perlu dibimbangkan?

Menurut Pengarah Endokrinologi Reproduktif Stamford Hospital di Stamford, Connecticut, Dr Frances Ginsburg,

“Seorang wanita perlu memahami kitaran haidnya. Ia membantu memberikan petunjuk jika berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya.”

Masalah haid yang perlu diketahui

Berikut adalah antara masalah berkaitan haid yang paling kerap dialami oleh kebanyakan wanita:

1. Haid terhenti atau perlahan

Kebiasaanya faktor usia mempengaruhi mengapa haid terhenti atau semakin perlahan. Ini juga dikenali sebagai amenorrhea.

Bagi wanita berusia lingkungan 20-an hingga 30-an, kemungkinan besar tidak haid kerana faktor kehamilan.


Ia berlaku kerana ovari memperlahankan pengeluaran estrogen, jadi kekerapan untuk period semakin berkurangan. Dalam tempoh itu juga, haid yang dialami mungkin pendek atau sedikit.


Selain itu, individu yang melakukan senaman secara berlebihan juga boleh menjadi punca kepada masalah haid ini. Senaman intensiti tinggi memberikan kesan kepada pengeluaran dan pengawalan hormon kesuburan yang terlibat dalam kitaran haid.

Antara sebab lain pula adalah seperti:
  • Masalah obesiti
  • Menyusu badan
  • Tekanan 
  • Sindrom ovari polisistik (PCOS) 
  • Kegagalan ovari – kehilangan fungsi ovari normal sebelum berusia 40-tahun
  • Penyakit rahim
  • Masalah kelenjar tiroid atau kelenjar pituitari
  • Gangguan hipotalamus – kawasan otak yang membantu pengawalan hormon kesuburan

2. Datang haid banyak

Biasanya wanita akan kehilangan antara 2 hingga 3 sudu darah setiap bulan. Namun, bagi wanita dengan darah haid banyak, boleh kehilangan sehingga 5 sudu darah. 

Keadaan ini dipanggil menorrhagia. Jika berterusan, kesan period yang dialami ini boleh menyebabkan anda kehilangan zat besi dan cenderung mengakibatkan anemia.

Jika anda mengalami masalah aliran darah banyak secara berterusan, pastikan anda melakukan pemeriksaan doktor. 

Beberapa faktor lain boleh menyebabkan masalah haid yang banyak adalah:

  • Terdapat fibroid uterus atau polip – pertumbuhan bukan kanser dalam lapisan rahim
  • Mengalami keguguran atau mengandung luar rahim
  • Penggunaan ubatan tertentu
  • Perubahan dalam pengambilan pil pencegah kehamilan
  • Masalah pembekuan darah seperti penyakit von Willebrand
  • Kanser rahim
  • Anda boleh mengesan jika anda mengalami aliran darah haid yang banyak dengan mengira pad atau tuala wanita yang digunakan. Menukar pada setiap jam adalah antara petandanya.

3. Pendarahan antara tempoh haid

Jika anda mengalami pendarahan di antara tempoh kitaran haid, ia merupakan salah satu masalah yang tidak boleh diabaikan dan perlu diperiksa.

Kesan period yang berlaku ini mungkin didasari oleh keadaan tertentu. Antaranya seperti mengalami kesakitan pada bahagian sekitar faraj atau mungkin kerana anda terlupa untuk mengambil pil pencegah kehamilan.

Namun ia juga boleh menjadi petunjuk kepada masalah lebih serius melibatkan kehamilan luar rahim (ektopik) atau kanser. Jadi pemeriksaan doktor sangat diperlukan. 

4. Kesakitan serius ketika period

Kedatangan haid dan ketidakselesaan adalah gabungan biasa. Biasanya anda akan mengalami kekejangan kerana lapisan uterus ‘melepaskan’ prostaglandin.

Kesakitan dan ketidakselesaan itu biasanya akan hilang dalam masa 1 atau 2 hari.

Walau bagaimanapun, bagi sesetengah wanita kesakitan dialami terlalu menyakitkan sehingga menghalang mereka untuk bangun dari katil.

Keadaan ini dinamakan sebagai dysmenorrhea. Kesan period ini boleh disertai simptom seperti cirit-birit, loya, muntah, sakit kepala atau kesakitan pada bahagian belakang.

Adakalanya kesakitan itu adalah kesan period itu sendiri, namun ia juga boleh berpunca daripada keadaan endometriosis dan fibroid. 

Untuk mengetahui punca masalah ini, anda perlu melakukan pemeriksaan doktor.

Ujian pelvik dan ujian Pad akan dilakukan bersama dengan pemeriksaan diagnostik lain seperti imbasan ultrabunyi.

Lakukan pemeriksaan doktor

Sekiranya masalah haid yang berlaku adalah di luar kebiasaan sehingga menjejaskan kehidupan harian, adalah dinasihatkan untuk orang membuat pemeriksaan doktor. 

Lakukan pemeriksaan sekiranya mengalami keadaan seperti yang disenaraikan di atas. Jangan ambil mudah tentang keadaan kesihatan diri sendiri.


Sumber : Hello Doktor



Tags

Catat Ulasan

12 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Never thought I would experience one of those but being too stress kinda messed up the cycle.

    BalasPadam
  2. Tq share info ni. Baru tau period normal tu berapa banyak yang keluar

    BalasPadam
  3. Dah lama tak keluar haid normal sebab amik family planing injection

    BalasPadam
  4. Dulu Kak Net kerap benar kena period pain, kekadang tak menentu tarikhnya.. tapi bila dah lepas bersalin dah jarang sakit..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah so far haid x pernah bermasalah.
    Tiada senggugut atau darah byk keluar. Biasa2 sahaja. Kitaran haid juga tetap sekitar 28-30 hari per cycle.
    Semoga yg haid bermasalah, boleh dptkan rawatan doktor, jaga pemakanan, dapatkan rehat yg cukup, aktif bersenam, dan jgn terlalu stress.

    BalasPadam
  6. Banyak rupanya masalah haid ni. Bagus info untuk kita wanita kena amio tahu

    BalasPadam
  7. Betul, macam saya hormon problem haid keluar pun tak normal kadang keluar ,kadang tak...

    BalasPadam
  8. Menarik info nurul share, memang wajib tahu ni walaupun kita sendiri dah alamj, lepas ni nak kena ambil tahu pasal anak pulak. anak makin membesar. tq nurul

    BalasPadam
  9. Menyusu badan memang haid x teratur kan. Dah 2 tahun haid x betul ni. haha

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad