Assalamualaikum
Bismillah
Hari tu mak buat Resepi Kek Sarang Semut Mudah Guna Blender. Tapi kan, rupa kek nie macam tak hangus ja. Bukan selalunya kek gula hangus (sarang semut) ni hangus ke? Apapun kalau korang rasa nak cuba resepi yang macam tak jadi bolehlah mencuba di rumah.
Bahan-Bahan
- 4 biji telur gred A
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air panas
- 2 sb butter
1. Masak gula dalam periuk hingga mencair kemudian masukan 1 cawan air panas pelahan-lahan.
2. Kacau hingga gula cair. Masukkan butter. Sejukkan sebentar.
3. Satukan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.Ayak dan ketepikan.
4. Pukul telur sampai kembang (guna blender je).
5. Masukkan susu ke dalam telur. Pukul lagi hingga sebati dan adunan nmpk pekat .
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Kemudian tuang gula hangus ke dalam adunan tepung. Kacau rata.
7. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang di gris terlebih dahulu .Adunan ni memang cair.
8. Rehatkan adunan selama ~ 20minit supaya soda bikarbonat bertindak balas. Sementara itu boleh panaskan oven ikut suhu oven masing2 (boleh guna suhu 150'C)
9. Bakar api bawah selama 30 minit dan selebihnya api atas bawah hingga kek betul-betul masak. Lebih kurang 40 minit.
Selamat mencuba~
sedap ni kak ana suka :)
BalasPadamHehe yea sedap..
Padamsedap2.
BalasPadambuat gula hangus ni kita fail sikit..hahaha
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.