Type Here to Get Search Results !

Review Kurma Ajwa Asli Madinah Dari RIHURA HERBS

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku sangat gembira kerana akhirnya Kurma Ajwa Asli Madinah Dari RIHURA HERBS ini dah sampai ke tangan aku semalam. Faham-fahamlah kan pkp sekarang ni pos agak lambat sikit. Semua orang duduk rumah beli barang pun online ja. 


Sebelum aku kongsikan review tentang kurma ini, to be honest aku baru tahu kurma ini ada banyak jenis, ada Kurma Ajwa, Kurma Medjool (Majdoul), Kurma Safawi, Kurma bertangkai, Kurma Mariami, Kurma Muda, Kurma Mabroom, dan banyak lagi. 

Dalam banyak jenis kurma, aku hanya nak kongsi pasal Kurma Ajwa ni saja. Kurma ajwa adalah jenis kurma kesukaan Nabi berasal dari Madinah dan juga yang paling digemari oleh umat Islam di dunia. 


Ciri-ciri kurma ajwa yang asli adalah warnanya yang hitam pekat dan terdapat beberapa garis kecil. Kurma Ajwa tidak terlalu manis dan bertekstur lembut.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda terkait kurma ajwa ini:
“Barangsiapa mengambil tujuh butir kurma Ajwa pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun maupun sihir” HR. Bukhari



Selain itu, Kurma Ajwa ni juga ada dua kategori yang korang perlu tahu iaitu :
  1. Ajwa Aliyah/Awwali - Ditanam di bukit Madinah. (Tanah Haram)
  2. Ajwa Madinah - Ditanam di ladang Madinah (Tanah Halal)

Aku baru tahu ada rupanya tanah halal. Tanah haram di atas bukit, manakala tanah halal pula di dalam kawasan ladang/dataran Madinah. 

Bukan itu sahaja, kurma ajwa ni pun ada GRED. Bukan telur ja ada GRED. Kalau nak tahu Kurma Ajwa kami adalah Kategori KURMA AJWA MADINAH GRED 1. 

Kurma Ajwa Gred 1 adalah Kurma Ajwa Premium Kualiti Tinggi, buah baru dan stok paling baru. Ia adalah kurma yang TERBAIK yang SUDAH DIPILIH dari pokok yang terbaik.

Kalau Gred A, buahnya tak semestinya OK. Ia diambil dari pokok terpilih. Tetapi kurma ajwa GRED 1 ni, ia telah dipilih yang paling segar, buah keadaan elok dan cantik, kualiti paling terbaik dari pokok yang dipilih tu. Kalau kurma Gred A, itu tak semestinya Gred 1. Jadi, Gred 1 ni adalah kurma yang lebih atas dari Gred A. 

Kurma Ajwa Asli Madinah (Keluaran Rihura Herbs) ni adalah Kurma Ajwa Asli Madinah Gred 1 yang ditanam di Ladang Kurma Madinah (dari Tanah Madinah).👏👏 GRED PALING TINGGI DARI GRED A KURMA AJWA MADINAH.

Antara Kebaikan Kurma Ajwa Asli Madinah berbanding kurma lain yang korang patut tahu :
  1. Kurma disebut dalam hadis sebagai penawar racun.
  2. Mempunyai Ciri-Ciri unik seperti berwarna hitan pekat, terdapat garis kecil, mempunyai kedutan, bau yang wangi, sederhana manis, saiz sedikit kecil, kering dan tidak mudah rosak serta berkualiti. 
  3. Mempunyai sumber antioksida semula jadi memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  4. Sebagai penjagaan kesihatan diri (santau, sihir, penyakit misteri)
  5. Khasiat menambahkan tenaga untuk ibu mengandung dan menyusukan anak
  6. Sesuai dimakan oleh pesakit diabetes (kencing manis)
  7. Membantu melancarkan penghadaman.

Review Kurma Ajwa Asli Madinah Dari RIHURA HERBS

Sekarang aku nak kongsi pula apa pendapat aku dan keluarga aku selepas merasa Kurma Ajwa Asli Madinah ni. Apabila sampai ja parcel kat rumah, aku terus unboxing. Once berbuka puasa, kami terus menjamu sendiri kurma ini. 

Orang pertama yang aku tanya ialah mama aku, guys, serius mama aku jarang tau puji apa-apa jenis makanan, pertama kali aku dengar mama aku kata "Sedaplah kurma ajwa ni, tak macam di supermarket yang selalu dibeli, mahal tetapi ada rasa manis gula". 

Review dari mama aku sendiri kata Kurma Ajwa Asli Madinah Dari RIHURA HERBS ni sedap,  lembut (moist), manis tetapi bukan manis campuran gula. Memang manis kurma. Lagipun mama aku sakit gigi jadi dia tak boleh makan benda manis sangat. 

Malah bapa aku sendiri makan kurma ni sampai 7 - 8 biji. Selalu makan 5 biji dah kenyang tetapi Kurma Ajwa Asli Madinah ni rasa macam nak lagi. 

Selain itu, isinya yang lembut, padat dan sederhana manis. Mudah dihadam, dimakan dan dicerna. Tiada masalah untuk anak kecil mula makan kurma setiap hari. Dan aku paling suka sekali kurma ni senang nak asingkan biji dia. 


Boleh buat Susu Kurma lagi. Bahan pun tak banyak hanya perlu Kurma Ajwa dan Susu Dutch Lady sahaja. Kalau nak sejuk boleh tambah ais. 

Cara penyediaan :
  • Rendam kurma (buang biji) dengan air panas selama 10 minit.
  • Tuang air rendaman yang ada kurma serta susu kotak di dalam blender.
  • Blend sehingga sebati. Tuang di gelas berisi ais.

Kenapa perlu dapatkan KURMA AJWA ASLI MADINAH (RIHURA)?

👍Ajwa Asli Madinah Rihura memang asli atau original dari Tanah Madinah. Tak perlu risau kalau kurma ni kurma palsu ke, dari Iran, Yaman atau mana-mana ke. Tidak. Ia sememangnya dari Tanah Madinah Al-Munawwarah. Menyesal sebab baru sekarang dapat kurma yang betul-betul asli.

👍Saiz senang dimakan. Nak bagi anak makan pun rasa senang, siap anak pasti suka malah dijadikan jajan lagi. Makan sambil tengok tv pun best!

👍Rasa tak terlalu manis. Banyak feedback cakap Tak pernah makan kurma, tapi boleh telah sekaligus 7-8 biji kurma ajwa ni. Rasa dia ngam sangat sedap-sedap tak terlalu manis. 

👍Khasiat yang pelbagai. Bermula dari dalaman tubuh sehinggalah luaran, energy, susu badan, penyakit, kerohanian semuanya dipengaruhi oleh pemakanan kita terutamanya Kurma Ajwa. Malah disebut dalam hadis, ia berasal dari syurga dan merupakan penawar segala penyakit.

👍Sangat Sesuai untuk semua peringkat umur: 
  • Kanak-kanak - Merangsang minda yang cerdas, tubuh badan yang kuat dan bertenaga, mengatasi segala penyakit, mengenyangkan
  • Remaja - Sesuai untuk diet, bertenaga sepanjang hari, kesuburan, kulit cantik, mengatasi segala penyakit (Anemia, darah,tulang ,sendi dan sebagainya)
  • Dewasa - Ikthiar hamil, sesuai utk ibu mengandung, sesuai untuk diet, bertenaga sepanjang hari, tambah susu badan, mengenyangkan, mengatasi segala penyakit (Anemia, darah,tulang,sendi dan sebagainya)
  • Golongan tua - Atasi masalah sembelit, pembuangan yang tidak lancar,mengatasi segala penyakit (Anemia, darah,tulang,sendi dan lain-lain lagi)
👍Penawar sihir, santau, saka, sakit misteri dan lain-lain penyakit bagi menaturalkan dalaman tubuh badan. Mempunyai antioksidan yang sangat tinggi, dan kandungan zat/nutrisi terbaik.

👍Isi yang Lembut, padat dan sederhana manis. Mudah dihadam, dimakan dan dicerna. Tiada masalah untuk anak kecil mula makan kurma setiap hari.

👍Packaging kurma Rihura ni sangat cun GILERRR! Boleh buat hadiah atau gift untuk kawan-kawan, kenalan, saudara-mara. Nak hadiah ke rumah anak yatim, hospital, sekolah dan lain-lain pun amat sesuai.


Apa salahnya sekali sekala merasa Ajwa Asli Madinah Original VIP GRED PREMIIUM ini, umpama keluarga kita ke tanah suci, pasti teringin kirimkan untuk membeli kurma Ajwa Asli Madinah. 

InsyaAllah harga mampu milik dan masih semua pun boleh merasa. So kalau nak dapatkan Kurma Ajwa Asli Madinah dari RIHURA HERBS boleh hubungi di maklumat yang tertera di bawah :

Whatsapp : wasap.my/60105012717/KurmaAjwaAsli
Facebook : https://web.facebook.com/rihuraherbs
Instagram : @rihuraherbs
.

Catat Ulasan

14 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Favourite dni juga. Dah in love dgn kurma ajwa asli madinah rihura

    BalasPadam
  2. Banyak juga kelebihan Kurma Ajwa ini ya. sangat bagus.

    BalasPadam
  3. Sedapnya kurma ajwa.. Mmg antara kurma favourite zaza utk makan. Buat susu kurma pakai ajwa pun sedap.. Tekstur dia yg lembut mmg blend habis dlm susu.

    BalasPadam
  4. kurma... sehat dan memakannya mendapat pahala.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum. kurma ajwa ni salah satu yang favourite!

    BalasPadam
  6. kurma wajib ada dalam rumah.. xkira puasa ke tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. kurma nie bukan makan time puasa je kan kak Liez..

      Padam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad