Type Here to Get Search Results !

Review MYLARA Skincare | Collara Super Whitening Booster

Assalamualaikum
Bismillah

MYLARA Skincare | Collara Super Whitening Booster

Hai semua, hari ini aku ingin memperkenalkan kepada korang satu produk iaitu MYLARA Skincare. Aku selalu tengok review kawan berkenaan produk ini, ramai yang bagi positif feedback. 

Dan aku sebenarnya agak terkejut juga rupa-rupanya MYLARA Skincare ini lengkap sangat. Ada toner, day and night cream, serum, dan lain-lain. Boleh lihat di laman official MYLARA Skincare.

Mengenai Mylara Skincare

MYLARA skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun. 

MYLARA mengerti bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah!

MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinikal dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan.

Kandungan Bahan

Dextrose Monohydrate, Mixed Berries, (Blackberry, Elderberry, Raspberry, Blueberry ). Instant Skim Milk (Milk Protein), Maltodextrin (Gluten), Vanilla Fish Collagen (Fish), Kacip Fatimah, Manjakani, Pueraria Mirifica, Sireh, Parameria Barbata (Serapat), Pueraria Lobata, Vitamin C, Sucralose, Silicon Dioxide.

Fungsinya :
  • Mencerahkan kulit
  • Menaikkan seri wajah
  • Mengurangkan Sunburn/kulit kering/kulit kusam



Collara Super Whitening Booster
RM 150.00 RM 75.00 


Cara Pengambilan

Ambil 3 sudu Collara setiap hari dan tuangkan ke dalam mulut. Amalkan pada waktu pagi sebelum sarapan dan selepas makan malam sebelum tidur. Pengambilan maksima 4 sudu sehari.


Packaging & Texture

Kalau korang tengok dalam gambar dari segi pakaging CollaRa ini agak comel dan menarik Disertakan sekali dengan sudu. So tak payah susah-susah lagi nak cari sudu besar macam mana. 

Dan texture adalah berbentuk serbuk. Senang untuk dimakan tak macam pil susah nak telan. Rasanya pun sedap ada campuran buah beri dan susu tepung skim. Masam manis gitu. 

Review MYLARA Skincare | Collara Super Whitening Booster

Baiklah apa pendapat aku tentang produk ini? My first impression aku memang suka sangat dengan packaging yang lawa dan boleh dikatakan agak besar juga saiznya 90g tu rasanya boleh sampai sebulan kalau amalkan mengikut apa yang disarankan. 

Dari segi rasanya yang masam manis pun tak susah nak makan. Aku pernah beli blackmores tetapi sampai sekarang tak habis lagi sebab bagi aku yang tak berapa suka makan pil ni memang lama lah nak habiskan. Tetapi Collara ni best sebab korang hanya perlu ambil 3 sudu dan tuang kat mulut ja. 

Sepanjang pkp ini aku memang cari supplemen yang sesuai untuk penjagaan kulit. Walaupun duduk kat rumah tak pergi mana-mana tetapi kalau tak jaga wajah akan menyebabkan tona kulit menjadi tidak sekata dan kusam. Mujurlah ada Collara Super Whitening Booster ini. Aku dah tak risau sangat pasal kulit wajah yang kusam.

Collara Super Whitening Booster merupakan serbuk pra-campuran susu, gabungan beri dan bahan-bahan natural lain yang berfungsi mengimbangi kesihatan dalaman dan menambah penyerapan anti-oksida tubuh supaya tona kulit lebih cerah dan sekata.  Serbuk larut di mulut mudah diserap oleh tubuh menghasilkan kulit yang cerah dan mulus dengan anti-oksida tambahan premium dan berkualiti.

Secara keseluruhan aku memang suka sangat. Dan aku rasa nak cuba lagi produk MYLARA Skincare yang lain. Harga pun berpatutan. 

Kalau nak maklumat lanjut dan nak beli atau cuba, boleh layari:
  • Website: http://www.mylaraskincareofficial.com/
  • Facebook: https://www.facebook.com/mylaraskincare/
  • Instagram: https://www.instagram.com/mylaraskincare/
  • Atau korang boleh whatsapp terus ke 013-9200960
  • atau e-mail mylaraskincare@gmail.com

 

Ini adalah testimoni dan pengalaman peribadi saya menggunakan produk Mylara Skincare. Sebarang kesan yang terjadi kepada pengguna selepas penggunaan produk ini bukan dalam tanggungjawab saya.

Catat Ulasan

6 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. senangnya cara makan, tidak seperti supplement yang lain; perlu telan 2 biji sekali..

    BalasPadam
  2. Bagusnya amalkan supplement.terus rasa insaf nak kena beli juga 😅

    BalasPadam
  3. wow, bestnya skincare + booster sekali.

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad