Assalamualaikum
Bismillah
Aku rindu mahu menulis dari hati ke hati. Beberapa hari ini, bukan juga hari tapi minggu aku tiada update apa-apa kat blog. Tiba-tiba aku hilang semangat mahu menulis. Kalau nampak aku update pun just republish balik entri lama.
Aku bukan takda idea. Idea tu banyak kat draf. Cuma entahlah, aku jadi rindu mahu menulis macam dulu.
Being a fulltime blogger is hard. Blog nak kena update. Nak kena selalu tengok statistik. Nak kena kejar pageviews dan income. Bukannya tak boleh update macam dulu cuma entahlah. Aku tidak mahu menulis sebab income semata-mata.
Alhamdulillah. Bulan ini ALLAH murahkan rezeki buat aku. Pertama kali aku dapat hasil RM2000 lebih untuk bulan ini sahaja. Syukur sangat.
Kawan-kawan tanya macam mana aku boleh dapat hasil sampai macam tu? Aku tak buat apa-apa. Aku cuma menulis macam biasa juga. Dan kebanyakkan entri lama yang banyak membantu untuk kekalkan pageviews aku walaupun aku tak update blog beberapa hari.
Hasil income aku daripada Google adsense, paid review dan servis buat blog. Orang ingat aku dapat RM2000 tu daripada google adsense sahaja. No guys! Tidak semudah itu.
Betullah kata orang. Orang hanya pandang bila kita dah senang je. Masa kita susah orang tak tolong. Orang tak pandang pun. Aku tak kata aku berjaya. Aku tak kata aku sekarang dah senang. Ada yang bertanya nak minta tips nak belajar buat blog sebab nak dapat duit. Tetapi realitinya, bukan semudah itu.
Alhamdulillah atas segala nikmatNya yang tak terhingga. Sejujurnya aku sangat bersyukur kepada ALLAH dengan kurniaan rezekiNya. Syukur kerana akhirnya apa yang dihajatkan tercapai. Perkara yang aku inginkan dari dulu lagi ALLAH dah makbulkan. Aku terharu sangat guys!
Impian untuk membeli freezer hasil daripada duit sendiri tercapai. Bagi yang tidak mempunyai pekerjaan tetap seperti aku. Yang hanya menulis blog saja susah nak kumpul duit beli freezer guys.
Terima kasih sebab sentiasa support blog ini dengan hanya membaca dan klik iklan sahaja anda telah membahagiakan kami sekeluarga. Aku tak pernah minta apa-apa pun.
Serius aku sangat terharu sebab dah lama aku mengidamkan untuk menghadiahkan freezer kepada pakcik aku di kampung. Tambahan pula bulan ini adalah bulan kelahiran aku (birthday girl) aku rasa dapat beli freezer ini dengan hasil pendapatan sendiri adalah hadiah yang paling bermakna buat aku.
Seperti yang aku pernah ceritakan sebelum ini, aku target nak beli frezeer untuk hantar di kampung. Di kampung masih belum ada yang menjual ais atau minuman sejuk. Pakcik aku kat kampung tidak mempunyai sumber pendapatan kerana sakit teruk.
Hanya dengan berniaga sahaja mereka dapat menampung kehidupan. Sebagai anak buah, aku rasa sedih tak dapat bantu mereka dari segi kewangan. Tetapi dengan adanya frezeer ini, makcik dan pakcik aku bolehlah berniaga ais atau minuman sejuk. Dalam masa yang sama juga aku dapat sumber pendapatan dengan berniaga.
Aku bukan minta simpati, aku bukan meminta-minta. Aku usaha dengan titik peluh aku sendiri. Dan kamu semualah yang banyak support aku dan bagi semangat untuk aku lebih berkerja keras.
Kadang-kala untuk membahagiakan orang yang kita sayang tidak perlu duit sampai beribu pun. Kita tak mampu tolong dari segi kewangan kita bantu pula dari segi tenaga. Tak perlu tunggu kaya baru nak tolong. Sebab sampai bila-bila pun kita tak tahu bila kita akan kaya.
Salah satu sebab aku tulis semua ini supaya sampai bila-bila aku akan ingat. Bahawa setiap rezeki dan kejayaan itu bukannya datang sendiri. Rezeki yang aku dapat ini hasil daripada usaha, doa, sokongan rakan blogger dan orang tersayang.
RM2000 tu untuk sesetengah orang mungkin tidak banyak. Tetapi bagi aku ia adalah satu permulaan buat aku untuk lebih berusaha buat yang terbaik lagi untuk blog aku, pembaca dan juga keluarga aku.
Apabila aku menulis, aku mahu apa yang aku tulis dapat bagi manfaat untuk orang. Aku mahu setiap kata-kata dan patah perkataan dapat bagi inspirasi untuk orang lain. Aku nak apabila orang baca blog aku, at the end pembaca rasa apa yang aku tulis ada something yang mereka dapat.
Of course income itu penting. Tetapi menulis semata-mata kejar income sahaja aku rasa macam tidak bahagia. Sebab itulah aku cuba berehat untuk beberapa minggu daripada menulis dan fokus dengan servis buat blog untuk orang lain.
Macam inilah aku. Setiap kali aku jatuh dan hilang semangat. Aku kembali kepada entri pertama aku. Aku tahu tujuan sebenar aku tidak pernah berubah. Orang lain tak perlu faham. Yang penting aku tahu, apa yang aku buat selama ini tidak pernah lari daripada niat asal aku.
Terima kasih Nurul, sebab selalu ingatkan diri ini untuk tidak pernah berubah.
Sepanjang hidup selama 25 tahun ini, sudah pelbagai mehnah dan karenah manusia yang dilihat dan hadapi. Apatah lagi mereka yang sudah menjangkaui umur yang melebihi diri saya ini. Sudah tentu lebih banyak pengalaman dan ilmu di dada.
Tetapi hakikatnya, kita semua tetap sedang belajar. Dan setelah belajar, tugas kita yang seterusnya adalah menyampaikan kepada yang belum tahu. Subhanallah. Cantik Allah mengaturkan hidup ini. Kerana itu diri ini mahu berkongsi sesuatu dengan pembaca sekalian.
Sebenarnya terasa diri ini terlalu kerdil. Dan maafkan diri ini kerana terlalu berminat untuk menulis dan berkongsi. Jadi terpaksalah yang membaca menadah matanya untuk membaca entri yang tidak seberapa ini.
Sepanjang hidup selama 25 tahun ini, sudah pelbagai mehnah dan karenah manusia yang dilihat dan hadapi. Apatah lagi mereka yang sudah menjangkaui umur yang melebihi diri saya ini. Sudah tentu lebih banyak pengalaman dan ilmu di dada.
Tetapi hakikatnya, kita semua tetap sedang belajar. Dan setelah belajar, tugas kita yang seterusnya adalah menyampaikan kepada yang belum tahu. Subhanallah. Cantik Allah mengaturkan hidup ini. Kerana itu diri ini mahu berkongsi sesuatu dengan pembaca sekalian.
Sebenarnya terasa diri ini terlalu kerdil. Dan maafkan diri ini kerana terlalu berminat untuk menulis dan berkongsi. Jadi terpaksalah yang membaca menadah matanya untuk membaca entri yang tidak seberapa ini.
Teruskan menulis sis. If tak dapat full time, jadi part time pun takpe sis. #kipidap #dongibab
BalasPadamThanks Misya.. InsyaAllah.. semangat menulis masih belum pudar haha
PadamSelamat kembail Sis..Teruskan
BalasPadamTerima kasih Cikgu ^^
PadamSangat menginspirasi bila baca, terbaik! Teruskan menulis
BalasPadamTerima kasih Khairul ...
PadamSemoga terus konsisten menulis. Entri yang memberi inspirasi.
BalasPadamInsyaAllah Jannah semoga lebih bersemangat lagi lepas nie.. dah lama sangat tak menulis nie haha
PadamHilang semangat tu selalu jadi. Tapi kalau dah minat, kita tetap kembali menulis.
BalasPadamBetul tu.. mood turun naik tu perkara biasa kan..
PadamTerima kasih atas kata-kata semangat ^^
Sis updte pasal result iv spp sis
BalasPadamsy dah update hehe..
Padamalhamdulillah tahniah! jom teruskan berblog ^_^
BalasPadamAlhamdulillah.. hehe
PadamSemangat kembali ni nak menulis setelah berehat
Tahniah Nurul untuk pencapaian tu. Sebagai fulltime blogger, Nurul memang takde pilihan untuk stop blogging sebab income dari situ, tapi it's good to pause and take a rest. Semoga Nurul akan bersemangat balik lepas ni.
BalasPadamSincerely,
Nurul jugak ;)
Terima kasih atas kata-kata semangat.. Rasa lega bila dapat komen dr Nurul.. Thanks a lot!
Padamni pun sejak berehat lama menulis tahun lepas update bila perlu... huhuhu nak ambik kembali mood menulis tu entah bila la
BalasPadamInsyaAllah boleh tu Cik Ash.. semoga mood menulis itu kembali..ganbatte!
PadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.