Type Here to Get Search Results !

Selama Ini Mungkin Kita Salah Berdoa

Assalamualaikum
Bismillah


Semoga sabahat yang membaca mendapat manfaat yang sebaiknya. InsyaAllah siapa yang amalkan "The Power of Du'a" ini boleh mengubah hidup kita menjadi lebih baik.

Kalau sebelum ini kita mungkin selalu berdoa seperti ini; "Ya Allah berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

"Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku ".

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya Allah BERILAH aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu, "Ya Allah KURNIAKANLAH aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InsyaAllah.

Satu lagi, selalu juga kedengaran dan nampak orang doa begini, "Semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini "Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

Kadang-kala kita juga selalu kan berdoa seperti ini, contohnya, “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah” dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah.

Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya:

"Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '

Amin Ya Mujib"

Sebabnya, bila mana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah.. hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yang sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh:

"Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah.."

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

"Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantulah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah.."

Moga Bermanfaat. 🙂

Aku dah tak ingat siapa yang penulis asal dia sebab artikel ini dah lama dalam buku catatan aku.  Sekiranya anda adalah pemilik asal artikel di atas sila hubungi melalui email di nurulatikayunus23@gmail.com untuk diberikan kredit kepada anda.

Kredit to : Blog Keluarga

Catat Ulasan

5 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. oh patut mcm familiar je baca..hehe


    thanks sharing!

    kt sini ada nama penulis asal

    https://www.keluarga.my/the-power-of-doa-boleh-mengubah-hidup-keluarga-menjadi-yang-lebih-baik/

    BalasPadam
  2. Ada juga terbaca sblum ni. Sngt bermanfaat.

    BalasPadam
  3. Semoga hidup kita selalu diberkati oleh ALLAH..

    BalasPadam
  4. Perkongsian yang baik. Alhamdulillah. Terima kasih nurul

    BalasPadam
  5. ada terbaca juga sebelum ni. btw nice sharing :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad