Type Here to Get Search Results !

Kenapa Aku Berhenti Buat Review Produk Berbayar??

Assalamualaikum
Bismillah

Aku telah lama fikirkan nak buat entri pasal ini. Alhamdulillah, sejak aku mula serius dalam berblog ada banyak jenis job yang aku dapat. Tetapi dalam banyak kerja menulis yang aku dapat aku tidak berapa berkenan sangat untuk buat review produk berbayar.


Memang sangat lumayan guys kalau dapat review produk berbayar (paid review) ini. Bayangkan kalau pageviews blog korang tinggi, buat saja proposal dan submit email kat mana-mana brand yang tengah buat kempen. InsyaAllah pasti ada 2 - 3 brand yang akan sangkut.


Aku pernah dapat 6 paid review dalam sebulan dan bayaran pun boleh tahan masyuk juga. Boleh dapat hampir RM2,000 juga lah. Itupun belum masuk lagi gaji dari adsense, kerja menulis yang lain seperti servis buat blog, pasang domain, dan design template blog. 


Tapi korang kena ingat. Semakin banyak job menulis korang dapat, semakin tinggi komitmen dan kualiti pun kenalah setanding dengan harga yang ditawarkan. 


Alhamdulillah, sepanjang buat paid review, kadang PR tanya balik dari segi views artikel yang dah di publish, setakat ini setiap review yang aku buat bolehlah capai 5k sehingga 10k juga setiap artikel.


Sebenarnya boleh dikatakan aku lepaskan peluang rezeki jugalah kalau aku tak terima dah review produk berbayar ni. Cuma apabila difikirkan, aku rasa buat review produk berbayar ini sangat tidak sesuai untuk aku. Setiap kali aku dapat job ini aku rasa Ya Allah payahnya tangan nak menulis. Kadang mood menulis aku ke laut. Hahaha

Buat Review Produk Berbayar

Kenapa Aku Berhenti Buat Review Produk Berbayar??

1. Buat Review Tapi Banyak Syarat

Tak salah pun sebenarnya nak letak syarat. Apatah lagi kalau kita pun dibayar kan. Bagi aku tak sama kalau buat review tentang skincare yang aku sendiri beli dan guna lepas tu suka hati aku nak cerita apa pasal produk tu. Orang tak kisah. 


Kalau produk review berbayar ni, kalau boleh kita sehabis baiklah nak tulis. Salah tulis boleh kena saman. Ada yang nak aku tulis macam ni. Siap bagi guideline lagi nak tulis. Ehh, kan dah bagus kena bagi panduan nak tulis kan, but still aku suka tulis ikut cara aku macam mana. 


Kadang review yang aku tulis ikut cara aku lagi tinggi pageviews berbanding yang ada guideline. Mungkin sebab penyampaian aku tak sampai kot. Atau aku yang kurang faham sangat kalau ikut guideline ni. 


Ada yang letak syarat kena join affiliate dulu lah, invite orang lah, beli produk orang dulu lah. Tapi job review macam ni aku memang tolak awal-awal lah. Even kawan aku yang buat bisnes pun upah lagi mahal sebab dorang tau nilai seorang blogger itu. 


Bagi aku nama pun review kan. Kalau produk tu tak baik, takkan nak promote juga. Alhamdulillah setakat ini semua review yang aku buat produk dia memang okay. 


Cuma kalau tak sesuai dengan aku memang aku tak sarankan lah orang lain untuk beli kalau mempunyai masalah yang sama macam aku misalnya alergik ke, sensitif ke. 

2. Post Di Media Sosial

Sebenarnya aku tidak berapa suka buat task yang macam ni. Apatah lagi kena ambil gambar sekali dengan muka aku. Kalau post produk sahaja tiada masalah sebenarnya, tapi untuk lagi berkesan kenalah up sekali dengan gambar, orang lagi suka tengok.


Korang tengok sahaja lah model-model tudung tu. Macam mana nak tahu tudung tu elok atau tak kalau tak nampak orangnya pakai kan. Kena lagi model yang lawa. Bertambah lakulah jualan tudung. Aku ni lawa pun tak, haha nak tepek gambar sekali dengan produk memang berat hati sebenarnya.


Tapi bukan itu masalahnya. Aku memang tak berapa suka juga sebenarnya post produk dengan gambar aku sekali di media sosial. Ehh gambar selfie, gambar dengan kawan-kawan dan keluarga lain ya. Dan aku rasa semak tengok instagram dan facebook aku penuh dengan posting macam tu. 


Aku cuma rasa aku tidak berapa sesuai untuk buat task macam tu. Mungkin sebab personaliti aku yang introvert juga mempengaruhi kenapa aku rasa kurang sesuai buat task macam ni. 


3. Terikat Dengan Masa (Dateline)

Aku ni kalau menulis kan suka berkongsi dengan korang macam aku sembang depan orang. Memandangkan idea aku datang bergantung dengan mood, apabila dapat job menulis review aku rasa terikat dengan masa dan terkejar-kejar dateline. 


Kalau time tu lagi aku takda mood menulis lepas tu esoknya kena submit dah. Memang tekanan jugalah. Aku rasa macam jadi student balik buat assignment. 


Tetapi sebab kerja tu dibayar dan rasa tanggungjawab terhadap amanah yang diberi, tidak kiralah aku rasa malas macam mana pun aku gagahkan juga buat. 



Apabila terima sesuatu kerja kenalah buat yang terbaik. Kalau letak harga tinggi, kualiti kerja pun kenalah sesuai dengan harga yang diberi. Barulah puas hati kan. Aku kalau buat review pun manalah mahu buat cincai. 


Dahlah post kat blog, mestilah nak buat sehabis baik juga. Blog aku kot. So aku rasa tak puas hatilah sebenarnya. Mungkin aku lebih sesuai tulis ikut suka kot yang takda format menulis punya. 


4. Hilang Fokus Menulis

Setiap kali aku dapat review berbayar kan, fokus menulis blog aku hilang. Aku ada banyak entri nak publish tapi semuanya dalam draft. Disebabkan ada job jadi aku lebih utamakan untuk siapkan artikel untuk kerja aku dahulu. Barulah aku dapat fokus menulis. 


Selagi kerja aku tidak siap, selagi itulah aku tidak tenang. Lagi satu yang aku perasan sangatlah kan, aku kurang seronok menulis. Kadang-kadang tu rasa rindunya nak membebel di blog. 


Aku nampak saja macam suka hati menulis, tetapi suka hati aku pun tetap ada benda yang bermanfaat aku mesti kongsikan dengan korang. Memang itulah tujuan aku berblog, berkongsi cerita, pendapat, pengalaman dan pengetahuan. 



Kesimpulannya...

Walaupun aku tahu review produk berbayar ini sangat lumayan upahnya. Tapi kalau aku rasa tak seronok, kurang selesa dan lebih banyak beri impak negatif terutama kepada mood aku menulis blog, jadi aku buat keputusan untuk berhenti buat review produk berbayar. 


Aku terima juga review berbayar ini asalkan bukan produk makanan atau skincare. Aku rasa task yang macam ini lebih sesuai untuk instafamous atau blogger yang banyak followers kat media sosial. 


Apa yang aku kongsikan di sini adalah pendapat peribadi aku sendiri. Tiada kena mengena dengan orang lain apatah lagi blogger lain. Jangan pula korang nak bandingkan aku dengan blogger lain pula ya. Sebab itukan pilihan masing-masing. Ada yang selesa buat kerja macam ini. 


Aku suka juga tengok blogger lain buat review produk ni. Nampak sesuai je dengan dorang. Gambar pun nampak cantik. Cuma entahlah, kalau aku yang buat rasa macam something wrong tak kena dengan diri aku. Hahaha~ 


Dan aku lagi suka buat review tu biarlah jujur, sebab orang yang baca review ini dia nak tahu kebaikan dan keburukan sesuatu produk tu. Aku kalau memang suka sesuatu produk tak perlu dibayar pun memang aku buat review juga. 


Mana yang baik teruskan berkongsi, yang tak baik janganlah pula terus kondem produk tu tak baik. Mungkin sahaja dengan aku tak sesuai tetapi buat sesetengah orang pula sesuai. 


Okaylah itu sahaja. Sekian. Ada orang mungkin tak suka dengan apa yang aku nak sampaikan. Apapun ini adalah buah fikiran aku. Benda yang tak menyenangkan buat aku tak salah juga nak dikongsikan. 


Aku masih ada beberapa job menulis review yang aku kena siapkan bulan ni. So next month aku memang berhenti dah terima review produk berbayar. 


Mohon maaf andai terkasar bahasa. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat pembaca aku, rakan blogger dan followers aku. 


Tags

Catat Ulasan

20 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. buatlah sesuatu yang kena dengan jiwa. rezeki insyaallah ada dimana-mana

    BalasPadam
  2. Nak review kena jujur, kalau kita tak suka tapi buat-buat suka memang bertentangan dengan prinsip kan, tu yang x best tu..

    BalasPadam
  3. Part suruh beli produk tu tak tahan tu. huhu

    BalasPadam
  4. Kepuasan menulis tu rasa lain sangat bila buat entri peribadi.

    BalasPadam
  5. Akak pun percaya pada rezeki ada di mana².. salah satu sebab akak tak ambik job paid review adalah dateline..😂 takut x sempat nak kejar dgn keja hakiki dan keja part time pun banyak..

    BalasPadam
  6. Betul tu. Kurang best bila kita tak boleh ikut gaya penulisan sendiri.

    BalasPadam
  7. dateline tu la susah, sbb nak menulis pun kena ada mood then sometimes , nak pulihkan mood pun perlu lebih dari seminggu.... then mesti la nak bg yg terbaik kan, sbb paid review

    BalasPadam
  8. Skincare mmg kak pip tolak dah sekarang. Food supplement pun tak nak buat. Hope sentiasa ada rezeki utk kita semua.

    BalasPadam
  9. susah sebenarnya nak puas kan hati pihak brand bila buat paid review ni....

    BalasPadam
  10. Kita agak cerewet juga... Kenkadang memilih... Ada yang ok kita terima, mana yang x ok.. kita tolak awal2...

    BalasPadam
  11. Sy buat review awal bln sept. Janji nak byr awal bln okt. Ni dah nak abis okt. Tp pr tu x byr2 lagi. Geram tul. Nanti abe koe adu kpd biro pengguna! Ntah2 ni sedara kpd macau scam kot!

    BalasPadam
  12. Akak depend pada mood rasa products tu ok pr tak banyak songeh buat je la. Klu byk syarat rasa mcm terbeban juga... Buat apa yg rasa suka.. Nak menulis pun seronok

    BalasPadam
  13. mama pun x suka ambil gambar sengan muka mama sekali. cuma kalau mood elok aje mama ambil. maluu.. bagi mama sendiri mama akan ambil job yang mama rasa boleh deliver dan yang mana mama boleh bagi komitmen.

    BalasPadam
  14. Boleh tanya. macam mana nak mulakan menaip macam sis ni? minat saya boleh dikatakan suka pada keyboard tapi bukan yang jenis berbayar cuma lebih kepada menulis suka-suka dan just nak sharing review . dan perlu ke buat domain dan lain-lain kalau saya just nak menaip suka-suka sahaja? (hobi)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai sis ada apa2 boleh DM sy di instagram ya @ciknurul23 ataupun email sy di nurulatikayunus23@gmail.com.. InsyaAllah kita boleh sembang lagi lama ^^

      Padam
  15. Ya Allah... samalah kita Nurul... akak pun suka menulis ikut apa yang terlintas di hati dan fikiran... bila ada dateline, nak kena fikir PV bagai aduh... dah jadi takde satisfaction... masa 2005 sampai 2012 gitu memang gila-gila job... tapi lepas tu tiber akak jadi paranoid, ntah kenapa ntah... terus deactivate blog... dulu bukan main lagi banyak blog yang dihandle... laaa ni, tenang, up entri santai-santai je... artikel lama-lama tu pun dok merge zaman dulu-dulu yang sempat diselamatkan... takpelah, yang penting, kita teruskan menulis ikut keselesaan dan dapat terus mengasah bakat dan minat kita ni kan...

    BalasPadam
  16. sama la Nurul..akak pun..macam akak pulak banyak produk review berbandig review berbayar ni. walaupun produk review, tetap sama..mood malas pun datang..kalau yang kita nak review ikut suka ni, okey lagi..suka hati nak tulis macamanan pun. yang produk review ada dateline bagai ni rasa kena paksa2 untuk siapkan task sebab takut kena marah ngan PR. bila tulis pun kena paksa2, ayat yang keluar pun macam x best. x ikhlas.

    BalasPadam
  17. Feel you :). Sampai sekarangpun, saya tak tertarik samasekali untuk membuat postingan berbayar. Saya punya blog khusus menuliskan traveling, hotel dan culinary. Saya banyak dapat tawaran utk menuliskan review product tapi semua saya tolak. Krn saya ga yakin bisa menulis secara objektif kalo dibayar :D.

    Tapi dengan menulis secara bebas, tanpa ada sponsor dari manapun, saya bisa menuliskan review jujur dari apa yang pernah saya rasakan. Saya bisa menulis minus dan positif points dari hotel tempat saya stay. Ayo rasa kuliner yang saya coba. Biar bagaimanapun, menulis apa adanya, buat saya lebih tenang daripada menulis sesuatu yg saya tak suka, tapi harus ditulis suka :D

    BalasPadam
  18. Teringin nak buat review produk berbayar tapi takut macam terlebih jujur bila review

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad