Assalamualaikum
Bismillah
Masa aku tulis azam ini rasanya pageviews blog belum lagi mencecah 3 juta. Aku sudah buat kira-kira by the end of this year aku boleh capai 3.5 juta pageviews. Alhamdulillah akhirnya 1 daripada 5 azam blog aku tercapai.
Sebenarnya ada 2 / 5 azam blogging aku untuk tahun ini dah tercapai. Yang 3 lagi kena tunggu akhir tahun juga baru boleh nampak dapat capai target ataupun tidak.
Baca Sini : Azam Baru Blogging 2020 [Part 2]
Macam yang aku pernah katakan sebelum ini, aku suka tetapkan matlamat apabila hendak melakukan sesuatu. Apabila ada matlamat aku akan jadi lebih fokus, berusaha untuk memberikan yang terbaik dan tidak menganggap berblog ini sesuatu yang boleh diambil mudah (sebab blog ini adalah kerjaya aku).
Cara Untuk Capai Azam Blogging
1. Tetapkan Matlamat Yang Ada Jangka Masa
Tidak kiralah jangka masa pendek ataupun panjang. Apabila ada jangka masa maka kita dapat melihat perkembangan blog semasa. Contohnya azam blogging aku ini dikira sebagai matlamat jangka masa pendek. Azam blogging untuk jangka masa panjang aku nak blog aku boleh menghasilkan pendapatan bulanan yang stabil seperti orang yang bekerja tetap.
Pastikan juga matlamat yang ingin dicapai adalah lebih spesifik supaya mudah untuk dicapai. Contohnya nak target menulis entri sekerap yang boleh. Dengan menulis 5 entri sehari. Nampak sangat perbezaan dia kan?
Baca Sini : Entri Berjaya Cecah 100k Pageviews
2. Buat Pelan Rancangan Tindakan
Sudah tetapkan matlamat aku akan buat pelan rancangan tindakan. Ada orang dia tetapkan untuk menulis entri setiap hari. Ada yang tetapkan menulis sekurang-kurangnya 10 artikel setiap bulan. Bergantung dengan korang.
Cara aku pula aku untuk naikkan pageviews aku akan buat beberapa senarai topik yang evergreen. Topik yang mengundang views yang berterusan. Aku tak kisah untuk habiskan berapa jam menulis entri tersebut, asalkan aku rasa puas hati dan paling best kalau entri tersebut terus naik di halaman pertama google.
Selain itu aku banyak berkongsi artikel blog di Linkedin dan Facebook. Korang join ja mana-mana group di facebook tentang blog. Share sebanyak mungkin artikel. Apatah lagi kalau korang jarang update blog.
Tidak kiralah tercapai atau tidak azam, semoga tahun ini menjadikan diri aku lebih baik dan InsyaAllah terus baik pada masa akan datang. Semoga tahun ini setiap perkongsian di blog dapat memberi manfaat dan pahala yang berterusan.
tahniah ye Nurul, semoga jadi penambah semangat untuk terus menulis :) ♕Tiara Sapphire♕
BalasPadamThankyou perkongsian kak. inysaAllah ;)
BalasPadamTahniah Nurul, semoga terus sukses lagi.. Yes Facebook adalah sumber traffik yang agar tinggi. :)
BalasPadamTahniah, Nurul. Semoga azam yang lain tercapai juga.
BalasPadamTahniah
BalasPadamBlog hebat
Tahniahhhh. nice azam.. hehee
BalasPadamtahniah adik manis
BalasPadamalhamdulillah tercapai azam mu
tahniah :D
BalasPadamTahniah Nurul. Berjaya capai target yang diimpikan ! ^^ #inspirasi
BalasPadamTahniah nurul. Sisyat masih lagi newbie..masih banyak nk kena belajar. Blog nurul sumber inspirasi 😊
BalasPadambyknya!! tahniah.. i have long way to go too! wish me luck ;)
BalasPadamtahniah sis, semoga terus kongsikan info bermanfaat
BalasPadamTahniah kak
BalasPadamtahniah sis! salam kenal :)
BalasPadamAlhamdulillah. Tahniah..jom kita sama sama berusaha untuk capai apa yang kita nak dalam blogging.
BalasPadamWahh.. selamat yah atas pencapaiannya :)
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.