Type Here to Get Search Results !

Cara Renew Domain Blog Di NetKL | siinurul.com

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, tak sangka rupanya dah masuk setahun aku menggunakan domain www.siinurul.com Biasanya dalam tempoh sebelum domain korang expired, korang akan terima email daripada pihak NetKL. So tanpa buang masa jom kita lihat tutorial cara renew domain untuk setahun dan 2 tahun punya. 

Cara Renew Domain Blog Di NetKL


1. Login akaun korang di https://www.billing.netkl.com/login

2. Klik invois (invoice) seperti yang tertera pada gambar di bawah. 



3. Maka akan tertera invois yang belum dibayar (UNPAID). Korang hanya perlu klik sahaja PAY NOW. 

4. Pilih PAYMENT METHOD yang mana korang nak. Aku menggunakan perbankan internet CIMB CLICKS saja. Selain dari online banking, korang juga boleh membuat pembayaran melalui ATM Transfer, Cash Deposit, Paypal atau Credit Card.


5. Selepas itu korang akan terima email pembayaran korang telah berjaya. Tunggu dalam 5 minit macam tu, pihak NetKL akan bagi resit pembayaran (PAID). So yeaah! Domain telah berjaya renew. 

Cara ini adalah bagi yang renew domain untuk setahun dengan bayaran RM46.59 (termasuk caj servis). Kalau korang nak renew domain untuk 2 tahun pula lain lagi caranya. 


Cara Renew Domain Blog Di NetKL Untuk 2 Tahun 

1. Sama juga seperti cara pertama tadi, Login akaun korang di https://www.billing.netkl.com/login

2. Klik Domain. Setelah itu, pada bahagian sebelah kanan korang klik RENEW. (Rujuk gambar di bawah).
3. Kalau korang ada banyak domain, pastikan korang renew domain blog dengan betul ya. Pilih untuk renew 2 tahun dengan harga RM90.00. Lepas tu klik ADD TO CART. 

4. Korang akan nampak seperti di bahagian order summary tu. Selepas tu, klik VIEW CART. 

Cara Renew Domain Blog Di NetKL Untuk 2 Tahun

5. Bahagian review & checkout, klik checkout. 

Cara Renew Domain Blog Di NetKL Untuk 2 Tahun

6. Pilih PAYMENT METHOD yang mana korang nak. Tick Agree Term & Conditions barulah klik COMPLETE ORDER.

Korang bayarlah mengikut kaedah bayaran yang korang dah pilih. Jangan lupa screenshot untuk rujukan dan bukti pembayaran. 


7. Maka akan tertera seperti gambar di bawah. Aku menggunakan perbankan internet CIMB CLICKS saja. Selain dari online banking, korang juga boleh membuat pembayaran melalui ATM Transfer, Cash Deposit, Paypal atau Credit Card.
Cara Renew Domain Blog Di NetKL Untuk 2 Tahun

Cara Renew Domain Blog Di NetKL Untuk 2 Tahun


Dan tunggu beberapa minit sebelum korang akan menerima balasan email atau reply dari NetKl bersama resit bayaran. Bermakna domain kita telah berjaya di renew. 

Jika tidak menerima sebarang reply, korang boleh sahaja hubungi pihak NetKL di nombor yang di sertakan di email. Dengan ini bermulalah perjalanan blog siinurul.com untuk dua tahun lagi. Semoga bermanfaat.

Catat Ulasan

7 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. owh nice..nanti nak renew bolehlah refer sini. terima kasih atas perkongsian :)

    BalasPadam
  2. Lenne pun baru je renew domain name for 3 years terus hehe. Sangat worth it beli domain dengan NetKL :)

    lenne | lennezulkiflly.com

    BalasPadam
  3. Apa kelebihan ada domain sendiri ya?? Eza guna blogspot je sekarang. Mohon tunjuk ajar awak.

    BalasPadam
  4. Pernah guna domain dengan NetKL. Terbaik servis diorg. Tengah malam pun reply hehe

    BalasPadam
  5. hai akak, rabia guna blogspot je. tak ada domain pun. apa kelebihan domain ni ya kak?

    BalasPadam
  6. tak pernah ada domain sendiri so nanti klu dah starts buat akan ke sini balik sbb nk refer :) thank you sharing

    BalasPadam
  7. Senang nak renew sendiri macam ni. Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad