Bismillah
Difficult Time In My Life - Kemurungan (Major Depression)
Aku ingat lagi sepanjang hidup aku the most difficult time in my life when I was in Form 4. Aku selalu sebutkan benda ini sebagai kisah silam. Perkara paling down yang aku pernah hadapi selama hidup.
Aku rasa semua orang ada fasa di mana dia rasa mahu putus asa macam tu. Masa itu aku menghadapi kemurungan (Major Depression). It happend almost a year jugalah. Tambahan pula masa tu kebanyakkan orang tidak aware sangat tentang kesihatan mental ini. Tidak macam zaman sekarang.
Dan paling teruk masa tu aku ada perasaan mahu lari dari rumah dan bunuh diri. Astaghfirullah al'azim memang gila lah kalau fikir balik. But it's real. Kehilangan orang tersayang, financial and families problem, studies and relationship hit me that time. Semuanya berlaku serentak and I just can't handle the problems. Aku tak mahu ulas sangat sebab aku bukan pakar.
Baca Sini : Apa Kaitan Emosi Dengan Minda Bawah Sedar?
Aku ingat lagi aku pernah bagitau kawan-kawan aku "Aku rasa mahu bunuh diri dan tidak tahan dengan hidup". Please guys, jangan ambil remeh kalau korang dengar siapa-siapa dalam kalangan kawan-kawan korang ataupun ahli keluarga cakap macam tu.
Malah ada yang ketawa dan terus label orang tu kurang iman. Betul memang masa tu aku rasa iman di hujung rambut. Fikiran yang ketika itu tidak dapat berfikir dengan waras. Tetapi ditertawakan pula. Someone need your help. Jangan kerana tindakan kita yang tidak aware dengan perasaan orang menyebabkan keadaan bertambah buruk. Kita tidak berada di situasi orang itu.
Alhamdulillah sangat-sangat kerana kasih sayang dan rahmatNya aku masih bernafas sehingga sekarang. A lot of things happend in my life. Alhamdulillah, syukur semua yang terjadi memang ada hikmahnya.
Semua orang ada kisah tersendiri. Walaupun sekarang dah okay. Aku rasa ada side effect juga. Aku tak boleh berhadapan dengan perkara negatif seperti berita, too much toxic people on social media, ataupun orang-orang disekeliling yang terlalu berfikiran negatif. Boleh trigger benda-benda lampau.
Akhir kata sekiranya berhadapan dengan orang-orang seperti ini control diri dari cakap lebih-lebih pasal orang, takut-takut silap hari bulan terkena batang hidung sendiri atau orang terdekat kita. Kita tak tahu apa yang mereka lalui. Kita tak rasa apa yang mereka rasa.
Kita hanya melihat. Melihat dari jauh. Cukuplah kita doakan yang baik-baik untuk orang daripada bercakap buruk pasal orang.
Sejarah pahit yang jadi kenangan dan pengajaran buat kita.
BalasPadamRamai lagi orang tak aware pasal kesihatan mental ni. Mungkin kehidupan dia serba serbi sempurna. Tapi bila orang voice out masalah then ada thoughts macam-macam, better we help accordingly. Sebab itu Eza tak suka grouping then membawang pasal orang, dengar pun rasa berdosa apatah lagi nak join sama nak tambah perisa. Big no! Eza lebih suka kawan dengan orang yang positif yang tak cerita pasal orang lain. :)
BalasPadamPernah alami, rasa tidak semangat hendak hidup dan ada terfikir pasal bunuh diri. Tapi alhamdulillah walaupun tidak diluahkan pada orang, mungkin baca buku agama dan solat membantu.
BalasPadamItulah kalau dengar orang cakap hendak bunuh diri beri semangat tidak pun minta dia rujuk pada pakar.
betul, if someone ckp soal bunnuh diri ni, jgn ambil mudah.... jgn biarkan diorg berseorangan ..and keep checking on them :( i hope you keeping going to be strong k!
BalasPadamTetap semangat mb, dibalik kesulitan akan ada kemudahan dan sebaliknya lagi. Bagai siang dan malam
BalasPadamAlhamdulillah kehidupan semakin ok. Betul tu, setuju! Doakan dan ucapkan yang baik baik :)
BalasPadamFuh, kalo rasa nak lari rumah n nak bunuh diri dah masuk kategori depression ke? sometime I got that feeling. Such a loser.
BalasPadamI can feel you sis.. Apapun akak doakan yang awak sentiasa dalam lindungan Allah hendaknya..
BalasPadamI feel the same when I decide to do a big decision and there in no one to support you. What they do is mocked and blamed what happen. Just stay strong sis. We can do it. Fighting.
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.