Type Here to Get Search Results !

Cabaran 15 Hari | Kalau kaya apa yang anda ingin buat?

Assalamualaikum
Bismillah

Topik kali ini sangat menarik. Siapa yang tak nak kaya? Aku rasa semua orang pun nak kaya cuma bagaimana menggunakan kekayaan yang kita ada itu untuk membantu orang lain. Aku dulu pernah berangan-angan juga kalau aku kaya apa aku nak buat dengan kekayaan aku?


Kalau kaya apa yang anda ingin buat?

1. Bayar Hutang

Perkara pertama sekali aku nak buat ialah bayar hutang orang. Dari dulu sampailah sekarang aku selalu mengelak mahu berhutang dengan orang lain. Aku bukanlah dalam kalangan orang berada bukan juga terlalu susah. Hidup keluarga aku pun sederhana sahaja. Tetapi tidak dinafikan, masa aku kecil dulu keluarga aku memang sangat-sangat susah. Nak sekolahkan aku dan adik-adik aku banyak keluarkan duit. 

Kadang sampai terpaksa hutang sana sini. Inilah benda pertama yang aku akan lakukan sekiranya aku mempunyai duit yang banyak. Aku nak balas jasa orang-orang yang pernah tolong keluarga aku, adik-beradik aku yang lain. Termasuklah kawan-kawan sekolah aku. 

2. Berbisnes

Aku dari dulu memang sangat minat berbisnes. Sekarang pun ada bisnes sendiri juga. InsyaAllah kalau takda halangan dan dimurahkan rezeki dalam perancangan juga nak daftar SSM dan buka akaun perniagaan. 

Kalau aku kaya aku nak buat bisnes yang boleh tolong orang lain buat bisnes juga. Misalnya beli tapak yang besar untuk orang lain berniaga. Ataupun beli bangunan khas untuk orang lain buat bisnes yang mana tak perlu sewa pun. Haha besar kan angan-angan. 

3. Hadiah kepada ibu bapa

Antara impian aku juga ingin beri hadiah kepada orang tua yang telah berkorban dengan membesarkan aku serta adik-beradik yang lain. Hadiah seperti menunaikan haji, bawa family travel ke mana sahaja. Spent time dengan mereka sementara Allah masih beri peluang kepada aku untuk berbakti kepada ibu bapa. Dan azamku tahun ini untuk melakukan ibadah korban. Semoga Allah permudahkan, InsyaAllah. 


Apapun kaya atau tidak yang penting selalu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Jangan lupa banyakkan bersedekah juga. 

Dalam sebuah hadis direkodkan daripada Abu Hurairah: "Seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: "Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?"

Rasulullah SAW menjawab: "Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. Pada waktu ini, baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa engkau katakan begitu, hartamu pasti akan menjadi milik warismu." (Riwayat al-Bukhari)

ALLAH SWT berfirman: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa; iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), ALLAH SWT mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Surah Ali 'Imran, ayat 133-134)
 

Catat Ulasan

6 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Semoga impian Nurul dapat di tunaikan, Insha Allah

    BalasPadam
  2. Insha Allah, semoga awak akan dapat melaksanakan apa yang diimpikan.. Ianya tak mustahil berlaku pada kita, asalkan ada usaha dan selebihnya terserah pada Allah...

    BalasPadam
  3. insyallah moga tercapai semua impian nurul :)

    BalasPadam
  4. Semoga apa yang dihajati tercapai.

    Macam best je challenge ni, kena la sebab asyik takde idea je nak menulis hehe

    BalasPadam
  5. Kalau sy kaya.. saya nak gi umrah with familyyyy.. and bayar hutang tuuu. of course.. moga dilimpahkan rezeki.. AMIN

    BalasPadam
  6. Semoga Nurul dipermudahkan berbuat baik pada semua. Moga dilimpahkan rezeki yang baik. :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad