Assalamualaikum
Bismillah
Alhamdulillah, baru ada peluang mahu menulis balik di blog. Beberapa hari ini aku terpaksa menangguh buat Cabaran 15 Hari Menulis Blog disebabkan oleh kerosakan pada charger laptop aku. Sedih sebenarnya. Dugaan akhir tahun banyak perancangan yang tertangguh dan ada juga yang cancel. Takpa lah perkara dah berlalu, nanti aku cerita di lain entri.
Hari ini aku kongsi pula apa yang aku biasanya buat sebelum tidur.
1. Catat To-Do List
Pertama sekali, aku akan buat perancangan apa yang aku akan buat untuk hari esok (to-do-list). Aku akan catat kat nota bangun sahaja dari tidur apa yang aku akan buat dari segi aktiviti di rumah dan aktiviti blogging aku.
Memandangkan aku bekerja sebagai blogger sepenuh masa, jadi aku kena rancang masa aku dengan baik. Inilah cabaran aku bekerja di rumah juga. Aku sendiri kena bahagi masa aku untuk kerja dan masa di rumah bersama keluarga.
2. Blogwalking & Tulis Draft
Biasanya sebelum tidur sekiranya aku tiada idea nak tulis apa aku akan blogwalking blog kawan-kawan. Masa inilah aku habiskan masa aku untuk membalas komen di blog dan komen di blog rakan-rakan yang lain.
3. Minum Flavettes Effervescent Vital
Aku memang selalu ada masalah dalaman seperti cepat letih, kekurangan kalsium dan mengalami gusi berdarah. Oleh sebab itu sebelum tidur aku mesti ambil sebiji Flavettes Effervescent Vital nie. InsyaAllah nanti aku akan buat review pasal ini.
4. Dengar ayat al-Quran
Aku memang tak boleh tidur kalau tak pasang mp3 ayat al-Quran. Aku suka dengar bacaan dari Mishary bin Rashid Alafasy.
Amalan lain yang kita boleh amalkan sebelum tidur. Semoga bermanfaat.
Buat assignment, urus instagram, atau main game haha
BalasPadamSama pulak kita sis.. belakangan ni sblm tdo taip draf entri dlu.. itu skrg.. dlu dan selamanya sblm tdo akn merencanakan apa yg nk perlu dibuat esok tp semua dlm kepala je
BalasPadamaduh i cepat letih juga.. kena cari minuman tu juga la minum sebelum tido
BalasPadamYang no.4 tue sama, tapi akak pasang mp3 Al-Quran nie sepanjang malam hingga ke pagi .. memang dah jadi habit dah sekarang.. selalunya akak pasang kat ruang tamu, dengan volume yang sederhana.. Jika hari siang pun kalau x tengok tv akak pasang jea mp3 nie...
BalasPadamCik TK pula, tak tentu buat apa sebelum tidur. Ikut mood. Kadang membaca, kadang dengar lagu, kadang blogwalking dan kadang duolingo.
BalasPadamkadang2 lepas isyak je tertido terus dan terjaga jam 1 atau 2 pg
BalasPadamwah bagus nurul ni..teratur..sebelum tidur, dh buat to do list untuk esoknya..kagum..
BalasPadamAlhamdulillah amalan yang baik yang harus dikongsi bersama. :)
BalasPadamdepends juga. kadang-kadang tengok RM atau pun dengar tazkirah. Lagipun tak boleh tido awal sangat, nanti mudah terjaga 3/4pagi.
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.