Assalamualaikum
Bismillah
Baru-baru ini aku ada terbaca kat facebook tentang satu bahagian pada Cimb Clicks yang kita boleh simpan duit setiap bulan yang dipanggil "My Goals". Aku perasan juga sebenarnya cuma tak pernah ambik tahu pun.
Nak tekan pun takut-takut, manalah tau duit dalam bank tiba-tiba lesap ke. Kalau korang dah bosan nak main kutu dengan manusia, bolehlah guna cara ini. InsyaAllah selamat. Yang penting ada akaun cimb dan duit di dalam.
Apa yang best pasal "My Goals" ini korang boleh tulis matlamat korang nak menyimpan ini sebab apa? Nak travel, beli emas, beli part kereta, bayar roadtax ke dan macam-macam lagi lah. Korang boleh set amaun berapa banyak duit setiap bulan.
Cimb akan automatik tolak duit dari akaun korang. Apabila dah sampai tempoh yang telah ditetapkan, jumlah duit terkumpul akan masuk semula ke dalam akaun bank kita. Tiadalah kes duit hilang, mak kutu lari ke. InsyaAllah selamat.
Aku pun baru sahaja mula haha. Target aku nak kumpul duit kahwin lah konon. Manatau kan rezeki kahwin tahun ini haha. Ataupun time emergency bolehlah guna. So set lah ikut matlamat korang sendiri.
Ikuti Cara Buat "My Goals" Dengan Cimb Clicks di bawah (rujuk gambar)
1. Korang buka apps Cimb Clicks (kat smartphone) korang.
2. Klik Accounts (petak hijau). Setelah itu, korang akan jumpa "My Goals". Klik saja.
3. Kalau belum create goals klik saja OK.
4. Kemudian pilih category. Dalam tu ada banyak contoh tujuan seperti travel, rainy day, shopping, health & fitness dan others. Tulislah matlamat korang nak apa.
Pilih kategori apa korang nak. Tak payah nak serious sangat, pilih je apa-apa pun.
5. Pada bahagian Goal Target tu pula berapa target korang nak menyimpan.
6. Contoh macam aku sendiri sebagai permulaan RM300 (starting from Jan - June). Aku simpan tak banyak, at least adalah. Nanti dah cukup tempoh bolehlah aku keluarkan dan simpan di ASB kan. haha~
Aku boleh saja transfer terus ke ASB masalahnya. Aku pandai keluarkan balik. Aihh tak berdisiplin betul.
7. Seterusnya, pada bahagian Auto Contribution dia akan auto tetapkan berapa amaun setiap bulan berdasarkan Goal Target aku tadi. Jadi setiap bulan pihak Cimb Bank akan tolak RM50 daripada akaun aku.
8. Double check semua details dulu, kalau okay, dah puas hati, bolehlah klik proceed.
Tadaa.. siap! Tabung kahwin aku. Hahaha~ Simpan ikut kemampuan saja. Apabila goal dah tercapai korang boleh ambil balik duit tu dan akan dimasukkan semula dalam akaun. Terus jadi kaya dengan usaha sendiri gitu. yeaayy!
Senang saja. Korang boleh cuba. Ada juga yang kata bagus simpan kat ASB sebab ada dividen atau Tabung Haji ke. Aku memang ada menyimpan juga kat ASB.
Tetapi ASB sekarang pun dah boleh transfer dan keluarkan secara online. Jadi susah kadang pandai terguna tu duit. Nanti dah capai goals bolehlah transfer sekali ke ASB.
Aku tak berani nak keluarkan kalau guna "My Goals" ini sebab ada yang kata kena potong duit korang. So, lagi selamat dan berdisiplin lah aku nak main kutu ni. hehe.
Apapun selamat mencuba~
Sebenarnya 'My Goals' nie nak mendisplinkan kita untuk saving duit.. Di mana ada kemahuan di situlah ada jalan.. hihihi
BalasPadamthis is a good one, tak pernah tahu pun ada ni.. so takyah susah susah nak main kutu kan.. dah boleh da guna ni jer
BalasPadamWaaaa. saya baru tahu ada function ni. Huhu
BalasPadamaSSALAMUALAIKUM.
BalasPadamwah,, baru tahu laa pasal ni... lepas ni boleh la godek2 app cimb. terima kasih sinurul
takde acc cimb plak..kalau tak boleh jugak buat
BalasPadamwah bagusnyaa , baru tahu pula cimb ada macam ni :) thanks sebab bagitauuu
BalasPadamyang saya tau kutu yg ada kat atas kepala je. hihihihi
BalasPadamOh baru tahu gunanya perkataan mygoals dlm apps tu ^_^
BalasPadambaguslah..boleh mnyimpan cara cam ni pulak..tq nurul :)
Thanks share..dah lama usya2 mygoals ni tapi takut nak guna haha
BalasPadamThanks share..dah lama duk usya2 mygoals tapi xbuat3 sbb takut nak guna hahahah
BalasPadamUntuk auto contribution tu xfaham lagi .. makna nya bulan2 akan potong duit yg dah ditetapkan Kat auto contribution la ?
BalasPadamUntuk auto contribution tu xfaham lagi .. makna nya bulan2 akan potong duit yg dah ditetapkan Kat auto contribution la ?
BalasPadamwow bagus main kutu cara moden ni
BalasPadamMy goal ini adakah dikenakan interest?
BalasPadamDah berjaya ke saving di my goa? Bulan2 cimb auto topup atau kita kena tekan sendiri add di mygoal?
BalasPadamSaya dah cuba buat my goals ni, tapi dia tak tolak pulak duit saya. Jadinya, dalam tabung my goals ni masih kosong. Kenapa ek jadi mcm tu??
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.