Type Here to Get Search Results !

Kasut Sekolah Pallas Hitam Lebih Ringan Dengan Pengudaraan Yang Baik

Assalamualaikum
Bismillah

Hello semua. Aku harap semua sihat dan jangan lupa jaga kesihatan!

Memandangkan sekolah dah nak mula kembali, mesti ibu bapa di luar sana sedang sibuk menyediakan kelengkapan sekolah untuk anak-anak kan? Anak-anak pun dengan karenah masing-masing nak membeli peralatan baru walaupun yang lama masih elok. Ibu bapa pun nak tak nak, ikut jer apa yang anak mahukan. 

Okay, cerita pasal kelengkapan sekolah, kita mesti akan masukkan kasut dalam senarai kan? Baiklah, sekarang ni aku nak kongsi review pasal kasut Pallas yang selalu menjadi idaman pelajar termasuk adikku sendiri. 

Kasut Sekolah Pallas Hitam Lebih Ringan Dengan Pengudaraan Yang Baik

Kenapa Pilih Kasut Pallas?

Sebenarnya, banyak kasut yang berkualiti di luar sana. Tapi, aku lebih tertarik dengan kasut Pallas. Adik aku sendiri peminat kasut Pallas ni. Tiap tahun, kalau nak beli kasut, mesti Pallas yang dia pilih. Kalau nak tahu, keluaran kasut Pallas ada banyak kebaikan tau, termasuklah: 

  • Lebih Ringan➜ Kasut keluaran Pallas ni lebih ringan kalau nak bandingkan dengan kasut lain. Sebab dia ringan, kita akan rasa lebih selesa bila pakai.
  • Sesuai untuk growing feet ➜ Kasut ni sangat sesuai untuk growing feet anak-anak. Lebih-lebih lagi kasut ni ada pengudaraan yang baik jadi kalau nak pakai lama pun tak perlu risau sebab kaki tetap akan rasa selesa.
  • Ventilation System ➜Walaupun permukaan kasut ni tebal, tak bermaksud pengudaraan tu tak baik. Kasut ni ada pengudaraan yang baik dan memberikan keselesaan yang lebih baik kalau dipakai. Jadi, walaupun  kuat berpeluh, tak perlu risau sangat pasal kaki nanti berbau busuk disebabkan pengudaraan kasut yang lemah. Dengan Ventilation system ni, dapat elakkan bau busuk, di samping memberikan keselesaan yang tinggi untuk kaki si pemakai. 
Kasut Sekolah Pallas Hitam
  • Cepat kering ➜ Kadang-kadang kalau hujan, kasut akan basah. Tak sempat nak jemur sebab besok nak guna lagi. Jangan risau! Sebab kasut ni jenis cepat kering. Cari tempat sesuai untuk keringkan dan esok pagi dah boleh guna balik.
  • Senang dipakai ➜ Lagi satu, tak perlu risau kalau dah lambat, sebab kasut ni jenis tak bertali. Jadi, boleh terus pakai, lekatkan ikut keselesaan dan dah boleh jalan.


Banyak kan kebaikan kasut ni? Sekarang ni, kasut Pallas ada buat promosi untuk Kempen Kembali Ke Sekolah. Korang boleh tengok dekat Facebook page dorang kalau berminat. 

Review Kasut Pallas USP PX37-013BK

Model terbaru kasut ni ada ciri-ciri X-light atau Lightweight dan juga Ventilation System. Selalu kanak-kanak ni suka kasut yang ringan sebab diorang ni kan selalu berlari-lari kalau dah sampai sekolah. Ha, kasut Pallas ni sangatlah sesuai sebab ia lebih ringan dan lebih selesa. 

Lebih-lebih lagi kasut ni sesuai untuk growing feet. Adik saya tak pernah complaint lagi sejak guna kasut ni sebab dia rasa sangat selesa dan tak sakit langsung walaupun dah sehari suntuk pakai. 

Kasut Sekolah Pallas Hitam Lebih Ringan Dengan Pengudaraan Yang Baik

Lagi satu, kasut ni ada pengudaraan yang baik jadi pakai lama pun tetap rasa selesa. Kalau dah basah, hanya ambik sedikit masa untuk kering. Kalau tak sempat nak jemur, jangan risau. 

Boleh guna inisiatif lain. Selalu aku akan keringkan guna kipas. Tapi pastikan, cari masa untuk cuci dan keringkan bawah matahari untuk elakkan bau yang kurang baik. 

Tapak kasut Pallas ni sangat lembut dan selesa jadi kalau nak buat aktiviti lasak pun, tak perlu risau. Boleh radu jer main aktiviti lasak dengan kawan-kawan. 

Dengan cengkaman kuat kan tapak kasut tu, lebih seronok kalau nak main sebab tak perlu risau kecuali kalau tempat bermain tu memang sangat licin. 

Kasut Sekolah Pallas Hitam

Memandangkan kasut ni tak ada tali, kanak-kanak boleh bersiap dengan cepat. Sebab, diorang tak perlu susah-susah nak ikat tali sebelum jalan. Boleh jimat masa kalau nak bersiap cepat. 

Selain itu, boleh elakkan kemalangan kecil seperti tersadung sebab terpijak tali kasut. Kasut Pallas ni hanya perlu lekat untuk ketatkan dan dah boleh jalan. Kalau ada tali, kadang kanak-kanak tak perasan terbuka, dan boleh terjatuh sebab tu. 

Hah, lepas baca mesti dah ada aura nak beli kan? Kasut Pallas USP PX37-013BK ni sememangnya sangat sesuai untuk digunakan dan telah menjadi pilihan untuk para pelajar. 

Bukan sahaja kerana ciri-cirinya yang bagus, tapi sebab banyak review positif dari ibu bapa dan pelajar di luar sana. Harganya pun berpatutan dan mampu milik oleh kebanyakan keluarga. 

Kasut Sekolah Pallas Hitam Lebih Ringan Dengan Pengudaraan Yang Baik

Tambahan pula, kasut ni ada permukaan yang tebal. Sebab itu, orang cakap kasut Pallas ni selesa walaupun dah pakai seharian. Di samping bagi keselesaan, boleh bagi perlindungan bila pakai sebab ketebalan yang kasut ni ada. 

Pakai lama pun selesa, nak main akitiviti lasak dah pun tak perlu risau. Sebab kasut Pallas ni dah tersedia dengan ciri-ciri tersebut. 

Apa lagi, jom dapatkan kasut Pallas anda secara online di www.wow2wee.com ataupun di Servay Hypermarket. Kalau tak dapat pergi kat tempat ni, boleh dapatkan kasut Pallas anda di Aeon, Tesco, Mydin Supermarket dan banyak lagi untuk Kempen Kembali Ke Sekolah. 

Dah makin ramai orang pilih dan gunakan kasut Pallas ni tau. Anda bila lagi? Memandangkan sekarang mereka ada buat promosi jom dapatkan kasut Pallas anda sekarang dan pastikan anda jaga SOP kalau keluar membeli-belah ya. 



Catat Ulasan

6 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. jenama yg sentiasa dipercayai..memang feberet kalau masa sekolah dulu

    BalasPadam
  2. bagus kasut ni. memudahkan utk anak2 dari beli kasut jenis tali 😁

    BalasPadam
  3. Kasut Pallas Jazz ni memang lejen.

    BalasPadam
  4. Ena pon pilih pallas ntk kasut sekolah anak

    BalasPadam
  5. saya suka jenis macam ni untuk bagi anak pakai...kalau tali leceh nak pakaikan...

    BalasPadam
  6. Lebih selesa dengan kasut jenis zap zap ni berbanding jenis tali. Senang dan jimat masa budak-budak nak bersiap

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad