Assalamualaikum
Bismillah
Aku jarang masak ayam yang banyak sangat bahan macam nie. Aku suka masakan yang simple dan mudah. Cuma kali ini aku teringin nak makan ayam masak kicap berkuah pekat. Resepi asal dari Che Nom tapi aku buat versi sendiri.
Memandangkan aku tidak suka pedas, so jangan hairan kalau aku tak letak cili kisar atau cili padi ke. Boleh cuba resepi ini kalau rasa sesuai dengan tekak korang hehe.
Bahan-Bahan
- 1/2 ekor ayam
- Garam
- kunyit
- 1 mangkuk minyak
- 2 sudu besar sos tiram
- kicap manis
- 1 gelas air
- 2 sudu besar air asam jawa
- bawang besar (hiris bulat)
- 1 batang serai (dipotong & tumbuk sikit)
- 2 biji tomato (potong 4)
- Lada putih
- 1 biji kentang
Bahan tumbuk halus/kisar
- 3 ulas bawang putih
- 4 biji bawang merah
- 2 inci halia
- 2 inci kunyit
Cara Penyediaan
1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
3. Goreng kentang supaya nanti masak dengan ayam, kentang cepat masak & lembut. Angkat dan ketepikan.
4. Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi cukup sekadar untuk tumisan. Masukkan bahan tumbuk halus dan kacau sehingga kekuningan.
5. Masukkan serai dan gaul sehingga naik bau.
6. Masukkan sos tiram dan ayam tadi. Kacau seketika.
7. Masukkan pula kicap, agak-agak sahaja supaya cukup kuahnya, air asam jawa dan sedikit air.
8. Masukkan lada putih sebagai penambah rasa, garam dan gula secukupnya.Tutup dan biarkan ayam masak
9. Masukkan kentang, tomato dan bawang besar. Kacau sekejap sahaja anggaran bawang sedikit layu dan padamkan api.
Nampak sedap kejadiannya.
BalasPadamdah lama tak makan ayam kicap ! sedapnyaaa
BalasPadammorning siti
BalasPadamsedappp, skali skala ayam masak kicap memang bestt
sama menu kita ,kebetulan mlm td ank bungsu akak pun tiba2 reguest ayam masak kicap he heee
layan je selera dia
Sedapnya ayam masak kicap berkuah. Masakan yang mudah dan mampu membuatkan bertambah nasi :)
BalasPadamsedapnyaaa tapi nak masak ayam kicap tak berapa laku la dalam rumah ni...
BalasPadamHahaha baru semalam akak buat ayam masak kicap nie...
BalasPadamfevret ni =)
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.