Assalamualaikum
Bismillah
Hai nak tanya dengan korang nie, apa perkembangan azam tahun 2020 korang? Alhamdulillah azam blogging part 1 sebelum ini 3 / 4 azam aku dah tercapai pada bulan Mei. Aku tak sangka juga boleh capai azam blog dalam masa beberapa bulan. Kalau ada kemahuan di situ ada jalan kan.
Baca Sini : Azam Bogging 2020 Part 1
Baca Sini : Azam Baru Blogging 2020 Part 2
Dan pada bulan Ogos aku tetapkan lagi azam blogging part 2. Cuma ada sedikit pembaharuan daripada azam pertama. Jom kita lihat Tercapaikah Azam Blog Tahun 2020?
1. Publish 200 entri Untuk Tahun 2020
Unfotunately I failed to achieved 200 articles for 2020. Aku hanya berjaya menulis 162 entri sahaja pada tahun 2020. Tetapi apa yang menggembirakan aku berjaya juga melepasi entri pada tahun 2019 iaitu sebanyak 121 entri. So ada peningkatan jugalah sebelum tahun ini kan. Tak apa, tahun ini aku cuba lagi hehe.
Antara sebab aku tidak berjaya capai azam ini ialah aku tidak dapat menulis at least 16 artikel dalam sebulan. Faktor mood menulis dan kekurangan idea juga mempengaruhi jumlah entri yang ditulis. Biasalah kan semua blogger pasti menghadapi situasi-situasi seperti writer's block. Ditambah lagi dengan penyakit M.A.L.A.S hahaha~
Sekiranya korang menghadapi situasi seperti yang aku alami, boleh baca entri di bawah :
- Tips Untuk Mengelak Daripada Malas Berblogging
- 150+ Blog Post Ideas For Future Blog Updates
- Ini Cara Paling Cepat Menulis Artikel Yang Banyak di Blog
- Cara Menulis Artikel Sehingga Boleh Mencecah 10k Sehari
Disebabkan itu jugalah aku sangat respect blogger yang boleh menulis 50 entri dalam sebulan atau lebih. Bukan senang tau nak ada disiplin yang tinggi macam tu.
2. Target 200k Pageview Setiap Bulan di Google Analytics
Target untuk capai 200k pageviews di Google Analytics pun tak tercapai. Mungkin disebabkan aku tidak konsisten menulis blog. Kadang hari ini aku tulis lepas tu aku cuti sampai seminggu baru aku publish entri baru. Tahun 2020 aku hanya berjaya capai 189k pageview sahaja. Sikit saja lagi.
Salah satu usaha untuk menaikkan pageviews blog juga bergantung dengan berapa banyak entri yang ditulis secara konsisten. Aku pernah kongsikan di entri sebelum ini iaitu Blog Sii Nurul Capai 2 Juta Pageviews Dalam Masa 6 Bulan Disebabkan aku menulis secara konsisten sebelum ini pageview blog naik mendadak dari 50k kepada 100k sebulan.
Tetapi malangnya, momentum aku menulis terus jatuh bulan Julai - September. Korang perasan tak aku kurang tulis kan pada 3 bulan berturut-turut. Maka bertambah kuatlah hujah aku mengatakan bahawa pentingnya menulis secara konsisten setiap bulan untuk meningkatkan trafik blog. Cewah hehe
Dan apabila dah 3 bulan berturut mood menulis ke laut, akan ambil masa juga untuk naikkan momentum dan semangat berblog balik. Huhu nak jadi blogger sepenuh masa pun bukan senang.
3. Capai 3.5 Juta Pageview
Alhamdulillah, walaupun 2 azam aku tidak tercapai tetapi azam aku yang satu ini aku berjaya capai juga. Korang boleh baca Blog Sii Nurul Mencecah 3.5 Juta Pageviews | Azam Blogging Tercapai Aku ada kongsikan secara ringkas juga macam mana nak capai azam blogging korang.
4. Cashout Adsense 5 kali
Alhamdulillah, syukur kerana berjaya juga cashout adsense sebanyak 6 kali. Dan akhirnya aku berjaya konsisten cashout setiap bulan pada 3 bulan terakhir (Oktober - Disember). Actually ambil masa setahun juga untuk capai (Payment threshold: $100.00)
Aku lulus adsense pada tahun 2017. Boleh baca entri Permohonan Google Adsense Telah Diluluskan Buat Pertama Kali dan selepas 2 tahun baru capai 100USD. huhu~ Lama gila nak tunggu. Boleh baca entri Penantian 2 Tahun Berakhir | Google Adsense Capai 100USD!!So buat korang yang rasa earning adsense slow sangat ke, sehari 10sen sahaja ke. Jangan cepat putus asa ya. Aku rasa semua blogger yang pernah cashout adsense pun rasa seperti yang korang rasa. Aku pun macam tu juga.
Aku pun bukannya hebat sangat seperti yang orang nampak. Semuanya ambil masa yang agak lama untuk capai apa yang aku capai. Apa yang aku boleh katakan jangan pernah putus asa untuk terus menulis dan berkongsi. InsyaAllah, sabar akan membuahkan hasil.
Alhamdulillah, aku berjaya dapat job menulis setiap bulan sejak dari bulan Ogos aku tulis azam ini. Antaranya ialah menulis artikel review, servis buat blog dan pasang domain, serta copywriting.
Apa yang aku nak kongsikan di sini ialah sekiranya nak capai sesuatu kenalah merancang, berusaha dan bertindak untuk capai apa yang kita mahu. Tidak kiralah dalam berblog ke, bisnes atau perkara lain. Dan kadang-kala apa yang kita nak capai itu tidak kita dapat.
Macam azam aku inilah, 2 daripada 5 azam aku tidak tercapai. Tetapi daripada kegagalan itulah kita belajar macam mana nak memperbaiki diri dengan lebih baik lagi pada tahun akan datang.
Alhamdulillah, syukur kerana diberikan kesihatan, rezeki dan ilham untuk tetap bertahan menjadi blogger sepenuh masa. Terima kasih kerana korang sudi membaca blog, komen dan berkongsi pendapat di blog ini.
Semoga tahun ini aku dapat belajar lebih banyak lagi tentang dunia blog. Semoga setiap perkongsian di blog ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Kalau ada silap dan terkasar bahasa maafkan diri ini. Semoga Allah sentiasa redha.
Hebat ni. Tahniah Cik Nurul. Nanti Eza nak minta tunjuk ajar. Hihi.
BalasPadamtahniah2 dear :)
BalasPadamAlhamdulillah tahniah 😍
BalasPadamAlhamdulillah. Penting syukur untuk apa yang sudah tercapai.
BalasPadamDatang melawat sini.
Insya Allah akan datang sini baca.
Pergh... Tahniah jugak untuk yang tercapai tuhhh.. fuhhhhh.. terbaikkk. hihi.. sabar menanti adsense... hihi .
BalasPadamAlhamdulilah
BalasPadamTeruskan menulis blog ya kak
Alhamdulillah semoga tahun 2021 dapat memberi sinar yang lebih baik :)
BalasPadamHa'ah Nurul adsense baru je lulus raya haritu so setiap bulan dapat $2 je haha tapi betul la cakap Nurul tu kena konsisten menulis. Bila bulan lepas entri berkurang maka trafik untuk bulan semasa pun akan jatuh. Semoga azam 2021 kita akan tercapai! Terima kasih selalu bagi semangat :)
BalasPadamTahniah dik..teruskan menulis dan berkongsi info..sy paling tinggi pv bulan tahun lepas 60-70k itu pun tak berapa konsisten huhu
BalasPadamTahniah, semoga terus berjaya
BalasPadamcongratulations !!! keep bloggin yaaaa
BalasPadamMacam mana nak dapat job menulis ni? Boleh kongsikan tak?
BalasPadamAlhamdulillah..kagum! Semoga terus berjaya mencapai target. Aaminn
BalasPadamAlhamdulillah, azam awak akhirnya tercapai jugak walau bukan 100 peratus dan akak bangga dengan pencapaian awak, Nurul.. Apapun, usaha awak pada tahun 2020 membuahkan hasil..
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.